Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16323 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Penyatuan ummah sebagai cabaran pembentukan modal insan usaha Muhammad Rashid Rida
Perang Dunia Pertama menjadi titik penting kepada perubahan politik umat Islam. Dunia Islam yang pada awalnya berada dalam satu kesatuan ummah di bawah seorang khalifah mula tercalar...
Text
Pendidikan kepenggunaan tentang pelabelan makanan dalam pemilihan makanan halal
Sejak kebelakangan ini, masyarakat negara kita dikejutkan dengan pelbagai isu melibatkan produk tidak halal dan meragukan yang terdapat di permis-permis perniagaan baik dipasaraya mahupun di pasar-pasar basah atau pasar harian...
Text
Identiti Melayu Patani: kajian tentang peranan institusi pondok di wilayah Pattani
Abstrak
Ini adalah kajian mengenai peranan institusi pondok di wilayah Pattani dalam mempertahankan identiti Melayu Patani. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan dan temuramah. Kajian dapat mengenalpastikan bahawa identiti Melayu Patani terbahagi kepada identiti agama, kebudayaan, bahasa, sejarah dan pondok. Setiap identiti mempunyai hubungan antara satu sama lain, dan identiti agama berfungsi sebagai teras kepada identiti-identiti lain. Penduduk Melayu di Thailand adalah di antara etnik minoriti yang menerima tindakan dasar asimilasi dan integrasi daripada kerajaan yang seterusnya telah menggugatkan kelangsungan identiti Melayu Patani. Dalam situasi tersebut, pondok merupakan institusi utama yang amat berperanan dalam mempertahankan kemandirian identiti Melayu Patani. la adalah institusi yang menyebarkan teras identiti Melayu Patani. Paranan pondok di wilayah Pattani juga dapat dilihat melalui peranan ulama, kitab Jawi, percetakan, toko kitab, masjid, khutbah Jumaat, sekolah tadika, ceramah agama, adat, pakaian dan penubuhan pondok baru. Melalui peranan institusi pondok dan kesedaran penduduk Melayu terhadap identitinya yang sangat jauh berbeza dengan identiti kebangsaan telah mendatangkan kesukaran untuk menjayakan dasar-dasar integrasi dan asimilasi yang bermotif mewujudkan kestabilan dalam negara.
Text
Peran Mak Yong : pelakon dan watak
Abstrak
Di dalam teater tradisional melayu, elemen humor' terdapat pada watak pembantu (Pengasuh) yang menunaikan tugas kerajaan, urusan peribadi. dan mempastikan kejayaan tokoh utama (raja) diakhir cerita. Di dalam struktur persembahan Mak Yong kategori ini dinamakan 'Peran'. Pelakun Peran Mak Yong di luar persembahan memiliki kemahiran tertentu. kemahiran ini diaplikasikan ke dalam persembahan dengan kreativiti yang tersendiri. Walau bagaimanapun keperluan pelakun di antara persembahan Mak Yong biasa dan persembahan Main Puteri Mak Yong adalah berbeza, kerana faktor fungsi ritual dan hiburan. Peran Mak Yong, adalah Ahli Lawak yang penting di dalam persembahan. Sifat humornya meliputi elemen persembahan seperti lakonan, busana, solekan, prop memiiki gaya yang dikenali sebagai 'Bahasa Peran'. Bermula dari peringkat pengenalan persembahan sehingga peringkat persembahan cerita, pelakun menggunakan beberapa teknik humor spontan mengikut kreativiti masing-masing. Watak Peran dalam cerita Mak Yong adalah watak Pengasuh. la penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi watak Pengasuh dalam Mak Yong biasa hanyalah selapis, iaitu membantu permasalahan peribadi raja seperti soal kasih sayang sehinggalah kepada masalah dalam pentadbiran. Manakala fungsinya dalam persembahan Main Puteri Mak Yong, adalah berlapis. Lapisan sebaliknya adalah perjalanan watak Pengasuh dalam alam ghaib' sebagai bomoh pembimbing angin'. Dalam contoh cerita Dewa Muda ia diwakili oleh watak khas iaitu Awang Sejambul Lebat. Walaupun berbeza fungsi, namun umumnya, watak adalah penggerak plot dalam setiap cerita Mak Yong. Watak menjadi penting bukan sahaja terhadap cerita utama Mak Yong, malah telah menjadi tunggak utama dalam cerita-cerita sampingan, yang dicipta sendiri untuk tujuan hiburan semata mata. Peran boleh dijadikan bahan untuk dibandingkan dengan watak humor dalam genre teater tradisional yang lain seperti watak patung Semar dalam Wayang Kulit di Jawa, dan Vidusaka sebagai watak orang dalam drama Sanskrit India. Walaupun perbandin gan adalah secara umum, namun ianya penting bagi menunjukkan keaslian identiti Peran Mak Yong.
Text
Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti
Abstrak
Kajian disertasi ini telah mengambil sebanyak seratus lima puluh rangkap pantun Melayu yang bertemakan agama sebagai bahan kajian daripada buku Kumpulan Pantun Melayu, oleh Zainal Abidin Bakar (perny), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984. Pantun yang mempunyai keistimewaan tersendiri itu merupakan cerminan pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Keupayaan pantun berperanan sebagai alat pengucapan agama dan akhlak merupakan sesuatu yang istimewa, kerana berperanan sebagai alat komunikasi masyarakat nusantara dalam pelbagai acara atau kegiatan mereka. Ajaran Islam dapat disampaikan secara halus melalui maksud pantun yang dicipta. Kajian jenis pantun yang bertemakan agama yang dikaji ini mempunyai hubungan dengan al Quran. Di sini ingin dijelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama kepada pengarang dalam menghasilkan pantun yang bertemakan agama dan akhlak itu. Dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, pengkaji cuba memperlihatkan pengaruh al-Quran dalam pantun Melayu. Penjelasan ini akan memperlihatkan wujudnya proses-proses transformasi, modifikasi, haplologi dan parallel, iaitu antara prinsip-prinsip intertekstualiti yang sesuai digunakan dalam pengaplikasiannya ke atas pantun yang dikaji. Akhirnya nanti, dengan menggunakan teori intertekstualiti, penemuannya ialah, " dalam sebuah teks terdapat beberapa buah teks".
Text
Pandangan dunia ekonomi Melayu : kajian kes perniagaan makanan di USJ (Utara Subang Jaya)
Abstrak
Aktiviti ekonomi orang Melayu kini telah menelusuri satu perubahan yang positif lagi membanggakan di mana orang-orang Melayu telah pun mula memenuhi sektor ekonomi moden seperti perniagaan. Justeru pandangan dunia Melayu juga turut berubah seimbang dengan pemodenan dan pembangunan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan perbandaran. Konsep rezeki, berkat dan riba yang bersifat Quranik merupakan titik-tolak utama yang menjadi paksi dalam perniagaan. Konsep malu dilihat sebagai satu tembok penghalang kepada peniaga-peniaga Melayu daripada terjebak dengan pertbuatan yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah diri seperti niaga dengan syarikat kewangan yang tidak diawasi oleh pihak kerajaan atau pihak yang bertanggung jawab. Sistem perbankan secara Islam, peranan rakan kongsi dan penaung adalah di antara penggerak kegiatan perniagaan orang Melayu di kawasan kajian. Peniaga-peniaga Melayu yang berpendidikan sekular dan agama telah menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai pedoman dalam menjalani aktiviti perniagaan. Perbincangan tetang ekonomi Melayu dan pandangan dunianya, tidak terlepas daripada tunjang agamanya iaitu Islam. Seiring dengan matlamat lslam yang sejahtera sebagai satu ad-Din Kajian yang dilakukan di kawasan perbandaran ini menjelaskan bahawa pandangan dunia Melayu juga mengalami satu gelombang baru yang mensasarkan perniagaan makanan sebagai aktiviti ekonomi yang terancang dalam pengurusannya. Hasil dapatan kajian menujukkan anjakan paradigma yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu menjadi satu petanda baik bahawa sektor perniagaan Melayu boleh berkembang tanpa kekangan lingkungarn adat dan budayanya.
Text
Perkembangan dan bentuk Syair ikan terubuk pada masyarakat Melayu Bengkalis
Abstrak
SIT terdapat mitos dan legenda yang mengambil peranan penting dalam sebuah karya sastera Melayu Bengkalis. Pada perkembangannya unsur-unsur mitos dan legenda mempunyai pengaruh yang sangat besar dan mendominasi pada masyarakat Melayu Bengkalis. Adapun mitos merupakan kepercayaan yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan satu keyakinan terhadap sesuatu hal yang tidak bisa diterima oleh akal sehat namun diyakini ada. Sedangkan legenda merupakan cerita-cerita rakyat masa lalu yang terkadang menjadi cermin kehidupan masyarakat Melayu Bengkalis dan diperlukan pengkajian yang dalam apakah sebuah cerita tersebut memang ada atau hanya sekadar fiksi sahaja. Seperti mnitos, keberadaan ikan terubuk dan Puteri Puyu Mas yang menguasai alam ghaib serta mitos-mitos sebuah daerah yang bersangkut paut dengan ikan terubuk.
Text
British di Tanah Melayu
komuniti cina
...1 more
The Chinese Protectorate of Selangor 1896-1906
mengkaji peranan dan fungsi Pejabat Pelindung Orang Cina di Selangor dalam tempoh sepuluh tahun yang penting bagi komuniti Cina.
Text
kesultanan melayu
sejarah selangor
...1 more
Sultan Abdul Samad
mengisahkan kehidupan dan pemerintahan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 hingga 1898.
Text
Kelang
Kesultanan Melaka
...2 more
Tun Perak Jadi Penghulu Di Kelang
seorang tokoh penting dalam sejarah Kesultanan Melaka, yang pernah dilantik sebagai penghulu di Kelang sebelum menjadi Bendahara Melaka.
Text
Kesultanan Melaka
pengaruh politik
...1 more
Selangor Di Bawah Takluk Melaka
sejarah awal negeri Selangor ketika berada di bawah pengaruh dan kekuasaan Kesultanan Melaka.
Text
Bijik Timah
Ekonomi dan perdagangan
...2 more
Descriptive Accounts of Nineteenth Century Selangor
gambaran terperinci mengenai negeri Selangor sepanjang abad ke-19, berdasarkan pelbagai sumber sejarah seperti laporan pentadbiran, catatan pengembara, dan rekod tempatan.
Text
Ekonomi tempatan
masyarakat Tradisisonal
...2 more
Selangor: Brief Description of its Country and People Before The Middle of The Nineteenth Century Selangor
gambaran ringkas tentang keadaan geografi, kehidupan masyarakat, dan struktur sosial negeri Selangor sebelum pertengahan abad ke-19.
Text
Abad ke-19
Hubungan Siam-British
...3 more
Kelantan Menjelang Awal Kurun Kesembilan Belas: Satu Tinjauan Ringkas
gambaran umum tentang keadaan politik, ekonomi, dan sosial negeri Kelantan pada permulaan abad ke-19.
Text
Jeram Ampai
Kubu Pertahanan
...2 more
Jatuhnya Kubu Jeram Ampai Pada 1894: Satu Peristiwa Penting dalam Sejarah Pahang
membincangkan detik penting dalam sejarah Pahang apabila kubu strategik Jeram Ampai ditawan oleh pasukan British.
Text
Malysia Timur
mata wang
...2 more
Currency in East Malaysia
mengkaji sejarah dan perkembangan mata wang di Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.
Text
Penghayatan pemikiran logik dalam amalan pentadbiran Islam di zaman pemerintahan Umar Abd Al- Aziz : tinjauan dari sudut relevansinya dalam konteks pemerkasaan modal insan di Malaysia
Penganugerahan akal kepada manusia oleh Allah SWT adalah untuk membolehkan mereka berfikir dengan cara betul dan bertindak dengan cara yang bijaksana bagi melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini...
Text
Datuk Sri Amar Diraja
kedaulatan negeri
...2 more
Datuk Sri Amar Diraja: Penghalang Cita-cita Inggeris Menakluk Negeri Johor
mengisahkan peranan penting tokoh Datuk Sri Amar Diraja dalam mempertahankan kedaulatan Johor daripada pengaruh dan penjajahan British pada abad ke-19.
Text
budaya dan adat resam
masyarakat Bumiputera
...3 more
Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan Belas dan Awal Abad Kesembilan Belas: Satu Tinjaun Sejarah
mengkaji situasi sosial, ekonomi, dan budaya masyarakat bumiputera Sarawak pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Text
catatan buku
kritik sastera
...2 more
Book Notes, Including A Review of 'Jungle Green'
mengandungi ulasan dan catatan mengenai pelbagai karya, termasuk kajian mendalam tentang buku Jungle Green.
Text
Kampung Melayu
Sejarah penempatan
...1 more
A Note on The Origins of A Malay Kampong on The Pahang River
membincangkan sejarah dan asal-usul sebuah kampung Melayu yang terletak di sepanjang Sungai Pahang.
Text
dokumen hilang
pengurusan dokumen
...2 more
Where are The Missing Documents?
membincangkan misteri kehilangan dokumen-dokumen penting dalam konteks sejarah dan pentadbiran.
Text
hubungan keluarga
kehidupan keluarga
...2 more
Family Life
membincangkan aspek-aspek kehidupan keluarga dari segi sosial, budaya, dan psikologi.
Text
asal usul nama
sejarah linguistik
...1 more
The Lure of Malayan Place Names
mengkaji asal-usul dan makna di sebalik nama-nama tempat di Tanah Melayu.
Text
Arkeologi
sejarah purba
...2 more
Malaya's Ancient Past
membincangkan sejarah awal Tanah Melayu berdasarkan bukti arkeologi, sumber asing, dan catatan sejarah tempatan.
Text
kenangan lama
nostalgia
...2 more
Some Recollections of Kuala Lumpur Fifty Years Ago
merupakan himpunan kenangan peribadi penulis tentang kehidupan di Kuala Lumpur sekitar separuh abad yang lalu.
Text
Ambur-ambur
pemalsuan duit syiling
...1 more
'Ambur-ambur' and a Forgery of a Gold Coin
membincangkan satu kes pemalsuan duit syiling emas yang dikenali sebagai "ambur-ambur" dalam konteks sejarah ekonomi dan jenayah di Tanah Melayu.
Text
kepentingan sejarah
penggunaan sejarah
...1 more
What is The Use of History?
Meneroka kepentingan dan kaitan mempelajari sejarah dalam memahami masyarakat manusia, pemerintahan, dan pembuatan keputusan.
Text
Arkeologi
artifak sejarah
...2 more
Johor Lama: An Introduction To Archeology
memperkenalkan kajian arkeologi di tapak Johor Lama, sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan penting pada zaman Kesultanan Johor.
Text
kebenaran sejarah
kritikan sejarah
...1 more
Historical Cocktali: Some Views on History and Historians
merupakan koleksi esei dan pandangan sinis beliau tentang cara sejarah ditulis dan peranan ahli sejarah.
Text
hubungan India-Asia Tenggara
pengaruh budaya
...2 more
Ancient Contacts between India and South East Asia
mengkaji hubungan sejarah dan budaya antara India dan Asia Tenggara sejak zaman purba.
Text
perhambaan
perubahan ekonomi
...2 more
The Passing of Slavery in East Pahang
mengupas proses penghapusan sistem perhambaan di wilayah Timur Pahang.
Text
Arkeologi
hubungan china-melayu
...2 more
Ming Porcelain in Malaya
mengkaji kehadiran dan kepentingan seramik Dinasti Ming yang ditemui di kawasan Malaya.
Text
kepimpinan politik
mesyuarat perasmian
...2 more
The Inaugural Meeting and The Address
merakam ucapan dan peristiwa penting dalam mesyuarat perasmian yang menandakan permulaan era baru pentadbiran di Malaya semasa zaman darurat.
Text
sejarah kedah
sistem komunikasi
...1 more
Early Postal Services in Kedah
sejarah awal perkhidmatan pos di negeri Kedah, bermula dari sistem penghantaran tradisional sehingga kepada pengenalan sistem pos moden di bawah pengaruh British.
Text
adat dan budaya
hiasan kepala
...2 more
Kedah Head-Dresses
membincangkan pelbagai jenis hiasan kepala tradisional yang dipakai oleh masyarakat Kedah, khususnya dalam konteks adat, upacara, dan kehidupan seharian.
Text
kepimpinan wanita
pahlawan melayu
...2 more
A Kedah Heroine
kisah seorang wanita wira dari Kedah yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan negeri daripada ancaman luar.
Text
Perahu Lumba Diraja
sejarah perahu
...2 more
Royal Racing Boats
membincangkan tradisi perahu lumba diraja yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya Melayu, khususnya dalam kalangan kerabat diraja.
Text
Arkeologi Kedah
Kedah Purba
...4 more
Most Ancient Kedah
mengkaji sejarah awal negeri Kedah sebagai salah satu pusat tamadun tertua di Asia Tenggara. Buku ini menelusuri asal-usul Kedah sebagai pusat perdagangan maritim yang penting sejak zaman purba, dengan pengaruh kuat dari India, China, dan dunia Islam.
Text
kedah
penasihat british
...1 more
Memories of The First British Adviser Kedah
Merupakan catatan pengalaman peribadi beliau semasa berkhidmat sebagai penasihat British yang pertama di negeri Kedah. Buku ini memberikan pandangan dari sudut penjajah mengenai pentadbiran, budaya tempatan, hubungan antara British dan istana Kedah, serta cabaran yang dihadapi dalam menyesuaikan sistem pentadbiran kolonial dengan struktur tradisional Melayu.
Text
adat istiadat melayu
perkahwinan diraja
...1 more
The Three Million Dollar Wedding
Mengisahkan sebuah majlis perkahwinan diraja yang penuh kemewahan dan simbolik, yang menelan belanja sebanyak tiga juta dolar. Mendokumentasikan peristiwa bersejarah itu dari segi adat istiadat, protokol diraja, perancangan logistik, serta reaksi masyarakat terhadap kemegahan majlis tersebut.
Text
arkeologi Asia Tenggara
kuil purba
...3 more
The Temple on The River of Cut Stone
Mengkaji sejarah dan kepentingan sebuah kuil kuno yang terletak di tebing sungai yang dikenali kerana batu potongannya yang unik. Karya ini memberi tumpuan kepada aspek arkeologi, seni bina, serta latar belakang budaya dan keagamaan kuil tersebut.
Text
Abad ke-19
kepimpinan melayu
...2 more
Baginda Omar: The Conqueror
Mengisahkan pemerintahan Sultan Baginda Omar, seorang sultan Terengganu yang terkenal dengan sifat kepimpinan, ketegasan, dan usaha memperkukuh negeri pada abad ke-19. Sumbangan Baginda Omar dalam pembangunan politik, ekonomi, dan ketenteraan Terengganu serta kejayaannya mengekalkan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran dalaman dan luaran.
Text
Dato Mata-mata
penguatkuasaan undang-undang
...1 more
Dato Mata-mata
Membincangkan peranan dan tanggungjawab Dato Mata-mata sebagai pegawai penguatkuasa dalam sistem pemerintahan tradisional Terengganu. Karya ini menerangkan bagaimana institusi ini berfungsi dalam menjaga keselamatan, menguatkuasakan undang-undang, serta mengekalkan ketertiban dalam masyarakat.
Text
muzik istiadat
Nobat Perak
...2 more
The Silver Nobat of Terengganu
Sejarah, fungsi, dan kepentingan Nobat Perak dalam tradisi diraja Terengganu. Nobat merupakan alat muzik diraja yang dimainkan semasa upacara rasmi dan istiadat penting seperti pertabalan sultan.
Text
Teori pembangunan masyarakat majmuk Malaysia berasaskan konsep institusi berorientasikan Islam : suatu pengenalan
Secara amnya kebanyakan intelektual Barat cenderung mengetengahkan pembangunan kepada pentafsiran material...
Text
lagenda Melayu
sejarah terengganu
...1 more
Bukit Puteri in Legend and History
Peranan penting Bukit Puteri sebagai lokasi strategik dan simbolik dalam sejarah Terengganu. Karya ini menyentuh aspek legenda rakyat yang mengaitkan bukit tersebut dengan unsur mistik, serta peranannya dalam sistem pemerintahan dan pertahanan negeri, khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin.
Text
gangguan ulu terengganu
ketegangan sosial
...2 more
The Ulu Terengganu Disturbance: A 1982 Diary of Events
Catatan peristiwa rusuhan atau gangguan yang berlaku di Ulu Terengganu pada tahun 1982. Dato Sri Lela merekodkan kronologi kejadian, pihak-pihak yang terlibat, dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan.
Text
Dato Lela
Kemaman
...2 more
Dato Lela: Viceroy of Kemaman
Mengupas peranan dan sumbangan Dato Lela sebagai wakil pemerintah (viceroy) di Kemaman, Terengganu. Meneliti kepimpinan beliau dalam mengurus pentadbiran tempatan, menyelesaikan konflik, serta mengekalkan kestabilan politik dan sosial di wilayah tersebut.
Text
pemerintahan melayu
sejarah terengganu
...1 more
Sultan Zainal Abidin III
Membincangkan pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu dari tahun 1881 hingga 1918. Meneliti peranan baginda dalam membentuk dasar pentadbiran negeri, hubungannya dengan kuasa British, serta usahanya mengekalkan kedaulatan Terengganu.
Showing 1601 to 1650 of 16323 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2