Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19332 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
wau
Wau
Laman tentang sejarah Wau
Website
Wayang Kulit Melayu
Laman tentang Wayang Kulit Melayu
Website
Sejarah ringkas asal usul negeri Sembilan
Laman tentang sejarah ringkas negeri sembilan
Website
Johor
Sejarah kesultanan Johor
Laman tentang sejarah kesultanan Johor
Ombak dilaut meniti buih
Ombak di laut meniti buih,
Ombak datang dari seberang;
Antara budi dengan kasih,
Mana satu dikenang orang.
Orang Acheh menanam padi
Orang Acheh menanam padi,
Padi tumbuh nampak jarang;
Antara kasih dengan budi,
Budi juga dikenang orang.
Orang belayar ke Majapahit
Orang belayar ke Majapahit,
Anak katak tepi ruang;
Untung tuah kalau baik,
Mana tercampak tidak terbuang.
Orang berjamu lauknya kari
Orang berjamu lauknya kari,
Nasi ditanak di pangkal sena;
Orang berilmu bijak bistari,
Bukanlah layak orang yang hina.
Orang berkampung dari hulu
Orang berkampung dari hulu,
Tanam kelapa rata-rata;
Senang susah tanggung dahulu,
Pada siapa hendak dikata.
Orang berniaga semalam-malaman
Orang berniaga semalam-malaman,
Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
Untuk bekalan akhirat nanti.
Orang buat tikar pandan berduri
Orang buat tikar pandan berduri,
Jangan buatnpandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
Jangan hidup dibenci orang.
Orang Daik menumis lada
Orang Daik menumis lada,
Lada ditumis dalam kuali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jauh sekali.
Orang Daik mencari remis
Orang Daik mencari remis,
Membawa bubu bersama tangguk;
Disangka baik mulut yang manis,
Rupanya tipu dalam pujuk.
Orang hulu menebang jati
Orang hulu menebang jati,
Orang darat menetak palas;
Kalau nak tahu budi sejati,
Tidak berhajat minta dibalas.
Orang jawa bersampan panjang
Orang Jawa bersampan panjang,
Sarat muatan antah padi;
Kalau sudah berkasih sayang,
Ilmu tidak berguna lagi.
Orang Jawa membuat tapai
Orang Jawa membuat tapai,
Raginya datang dari seberang;
Selagi cita-cita tidak tercapai,
Biar mati di rantau orang.
Orang menggali ubi
Orang menggali ubi,
Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
Belum juga mendapat jasa.
Orang menjamu bulan terang
Orang menjamu bulan terang,
Hari Ahad tanah seberang;
Tuntut ilmu jangan kurang,
Ke liang lahad tergolek seorang.
Pacak lokan panggang lokan
Pacak lokan panggang lokan,
Lokan tersangkut di papan kemudi;
Kakak bukan saudara bukan,
Tersangkut sedikit kerana budi.
Pada beri baik jangan
Pada beri baik jangan,
Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
Tak boleh petik bunga di taman.
Padi perak berdaun suasa
Padi perak berdaun suasa,
Buahnya mengurai emas merah;
Sudah berbudi lagi berbahasa;
Itulah tanda bistari bertuah.
Website
Melaka
Perkembangan dan kebangkitan Kesultanan Melaka
Laman tentang sejarah kebangkitan kesultanan Melaka
Website
tentera Melayu
Catatan Portugis sahkan kehebatan tentera Melayu
Laman tentang kehebatan tentera Melayu
Website
senjata Melayu
Senjata-senjata Melayu yang digelapkan dalam Sejarah
Laman tentang senjata Melayu terdahulu
Website
Melayu
penjajahan
Bagaimana rumpun Melayu bangun menentang penjajahan
Laman tentang kaum Melayu menentang penjajahan
Text
Debat: Jangan babitkan pelajar
Text
Warisan budaya bantu pelancongan
Text
Ibu bapa perlu bijak bahagikan masa
Text
Definisi globalisasi termasuk kemanusiaan
Text
Pembelaan hak pengguna wajar
Text
Melayu patut hargai pengiktirafan kaum lain
Text
Mapen II garis dasar selepas 2000
Text
keganasan
Keganasan terhadap kulit hitam
Beratus-ratus orang telah mati dan mengalami kecederaan dalam rusuhan-rusuhan di bandar Johannesburg, Soweto dan beberapa buah bandar lain.
Text
Bakat
kesusasteraan
Bakat yang "promising" dalam kesusasteraan Melayu kini
Hanya dengan bakat alam semata-mata, seseorang itu tidak mungkin mencapai sesuatu dalam ciptaannya dalam masa yang singkat.
Upacara Khatam Al-Qur' an
" Berkhatam Al-Qur'an bermakna sudah menamatakn pelajaran membaca (mengaji) kitab suci Al-Qur'an ".
Text
Politics
"Kita akan jatuhkan Zia!" - Benazir Bhutto
Banazir mempunyai keyakinan bahawa kalau pilihanraya diadakan, beliau dan Parti Rakyatnya akan mecapai kemenangan besar.
Text
Politics
"Kami tidak gentar!" - Zia ul-Haq
Zia dikatakan mempunyai keyakinan bahawa rakyat tidak akan memberikan sokongan kepada anak Allahyarham Zulfikar Ali Bhutto itu.
Text
Tiger
Memandi harimau
Pembantu-pembantu zoo itu memandikan harimau-harimau itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Website
kedah
Kedah: Pusat industri peleburan besi tertua di dunia
Laman tentang pusat industri peleburan besi di Kedah.
Text
kemiskinan
Bagaimana membantu Afrika?
Kebanyakan rakyat Afrika masih berada dalam tahap kemiskinan malah di setengah-setengah negara kemiskinannya sangat menyedihkan.
Text
Central Intelligence Agency
Casey: ketua CIA yang bermain bahaya
Casey dikatakan telah berjaya meninggikan nilai pengumpulan maklumat dan analisa-analisa perisikan terutama yang berkaitan dengan keganasan.
Cucur badak dimakan satu
Cucur badak dimakan satu,
Selesai satu mkan roti;
Maut tidak mengenal waktu,
Maka itu ingatlah mati.
Bergurau senda petang hari
Bergurau senda petang hari,
Duduk bersama berlama-lama;
Kalau anda mencari isteri,
Pegangan agama diberi utama.
Bubuh lokan dalam raga
Bubuh lokan dalam raga,
Ulam raja atas peti;
Agama bukan barangan niaga,
Boleh dijaja sesuka hati.
Sembilang karang beliak mata
Sembilang karang beliak mata,
Sama pari punggah di jeti;
Salah orang nampak di mata,
Salah sendiri simpan di hati.
Pak Fuat sama Mak Siah
Pak Fuat sama Mak Siah,
Kerja sendiri mananam padi;
Orang membuat amalan jariah,
Pahala diberi buat abadi.
Beli kentang sama nanas
Beli kentang sama nanas,
Jambu batu buah kurma;
Jika berhutang perlu dilunas,
Menjadi satu tuntutan emas.
Buah berangan buah pulasan
Buah berangan buah pulasan,
Dikelas-kelas peraih menanti;
Berhutang dengan sesama insan,
Dilunas jelas sebelum mati.
Pucuk geti santan kelapa
Pucuk geti santan kelapa,
Gulai nangka dimasak Mak Siti;
Menyinggung hati ibu bapa,
Allah murka kejinya hati.
Pak seman jadi drebar
Pak seman jadi drebar,
Dibayar gaji seperti dijanji;
Orang beriman lagi penyabar,
Allah memuji dijauhi keji.
Showing 18801 to 18850 of 19332 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2