Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19333 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Pokok temu si akar lana
Pokok temu si akar lana,
Pucuk meranti si bunga turi;
Kalau ilmu disalah guna,
Ilmu nanti memakan diri.
Menangkap kedari tepi perigi
Menangkap kedari tepi perigi,
Umpan keladi tunggu tak lama;
Ilmu dicari tiadanya rugi,
Ia menjadi tuntutan agama.
Permata delima harganya patut
Permata delima harganya patut,
Harganya patut seluruh benua;
Ilmu agama wajib dituntut,
Di samping dituntut ilmu dunia.
Batasnya rata ditanam kelisa
Batasnya rata ditanam kelisa,
Tepi bendang pagi hari;
Mewah harta berbudi bahasa,
Orang memandang tingginya diri.
Beli jamu sangat banyaknya
Beli jamu sangat banyaknya,
Penuh seraga dari Mak Mah;
Menjadi tamu ada adabnya,
Samalah juga si tuan rumah.
Burung bersarang di celah madat
Burung bersarang di celah madat,
Gambar dirakam kamera lama;
Pantang larang bersandar adat,
Hukum hakam berpandu agama.
Text
Mabbam jadi penyelaras pengajian bahasa Melayu
Text
Peribahasa Melayu perlu reformasi
Text
Kompleksiti bahasa Melayu di Kalimantan
Text
Bahasa dan campur aduk bahasa
Text
Tiga strategi penegasan semula dasar bahasa Melayu
Text
Seminar bahasa Melayu di UM
Text
Kaedah tulis karangan tidak bantu pelajar
Text
Media massa penentu ‘biah salihah’
Text
Ke mana perginya bahasa yang indah?
Text
Bahasa: DBP diminta jangan berlembut
Text
Melayu sebabkan citra BM merosot
Masak sekawah lauk berkuah
Masak sekawah lauk berkuah,
Menjamu semenda Datuk Kelana;
Hidup mewah dengan rasuah,
Berkat tiada dipandang hina.
Mula terang terbitnya fajar
Mula terang terbitnya fajar,
Bermula hari memetik puspita;
Ramai orang pandai mengajar,
Diri sendiri menyanggah kata.
Bersama kakanda menyambut tetamu
Bersama kakanda menyambut tetamu,
Tamu tiba dari Seberang;
Jika anda tidak berilmu,
Jangan cuba mengajar orang.
Bakar ketuka gulai tenggiri
Bakar ketuka gulai tenggiri,
Malam hari makan di taman;
Orang suka menyombong diri,
Kecewa diri tidak berteman.
Tidur nyenyak balik sekolah
Tidur nyenyak balik sekolah,
Bangun terkapa petang hari;
Terlalu banyak membuat salah,
Sampai terlupa muhasabah diri.
Ke pasar Arau membeli lada
Ke pasar Arau membeli lada,
Roti sebuku kacang tanah;
Kalau bergurau biar berpada,
Terlanjur laku mengundang fitnah.
Sungguh indah cincin suasa
Sungguh indah cincin suasa,
Dihulur tangan sarung di jari;
Apabila sudah memegang kuasa,
Lupa jangan padanya diri.
Mangkuk kaca diisi bubur
Mangkuk kaca diisi bubur,
Bubur diberi oleh kakanda;
Quran dibaca di atas kubur,
Tanda diri ilmunya tiada.
Ranting leban ditutuh cantas
Ranting leban ditutuh cantas,
Pokok saga rendang berseri;
Berjubah berserban berhibur di pentas,
Tidak menjaga harganya diri.
Asam paya buahnya lebat
Asam paya buahnya lebat,
Setiap hari dipetik buahnya;
Sudah kaya berasa hebat,
Lupa diri asal usulnya.
Tanam jagung berbaris-baris
Tanam jagung berbaris-baris,
Ubi kayu di tepi-tepi;
Pemimpin mengagung bahasa Inggeris,
Bahasa Melayu dipandang sepi.
Buah melaka apam balik
Buah melaka apam balik,
Halwa pala seri kaya;
Orang suka berdolak-dalik,
Sampai bila tidak percaya.
Jual lemang di pekan Bentong
Jual lemang di pekan Bentong,
Dapat laba banyaknya sakan;
Berniaga memang mencari untung,
Tamak haloba jangan amalkan.
Cik Lili membeli permata
Cik Lili membeli permata,
Cantiknya permata berbinar-binar;
Jangan peduli orang mengata,
Asalkan kita berkata benar.
Perahu tambang lalulan ke kota
Perahu tambang laluan ke kota,
Tidak seteruk naik sekoci;
Apabila bersembang tambah mengata,
Amalan buruk Allah membenci.
Pergi kota asyik berkelana
Pergi kota asyik berkelana,
Apabila jemu resahnya hati;
Kaya harta tidak ke mana,
Kaya ilmu orang hormati.
Tumbuk cabai parut kelapa
Tumbuk cabai parut kelapa,
Tidak berleka sembahyang Asar;
Anak mengabai ibu bapa,
Jadi derhaka dosanya besar.
Bakar bingka air dijerang
Bakar bingka air dijerang,
Kemudian dicari kuih bahulu;
Jangan suka mengata orang,
Diri sendiri cermin dahulu.
Jambu batu belum musimnya
Jambu batu belum musimnya,
Buah papaya di sana sini;
Sabar itu ada batasnya,
Kerana ia fitrah insani.
Hendak mencari buah saga
Hendak mencari buah saga,
Bertembung beruang kami diuji;
Maruah diri tidak dijaga,
Membuka ruang orang mengeji.
Pak Hasan memakai kain
Pak Hasan memakai kain,
Kainnya jarang serba tak kena;
Menyusahkan urusan orang lain,
Tandanya orang tidak sempurna.
Tunggu tetamu di Kuala Langkat
Tunggu tetamu di Kuala Langkat,
Petang hari datang berombong;
Orang berilmu perasan hebat,
Petanda diri menjadi sombong.
Beli jamu di kedai Mak Nita
Beli jamu di Kedai Mak Nita,
Jamu setahil makan sendiri;
Orang berilmu kata dikota,
Orang jahil menghelah diri.
Lauk berkuah ikan duri
Lauk berkuah ikan duri,
Botok-botok ditambah perisa;
Menggadai maruah bangsa sendiri,
Amat terkutuk di mata bangsa.
Makan ketupat duduk berhadap
Makan ketupat duduk berhadap,
Cicah kari ketupat dirasa;
Kerja mengumpat memangnya sedap,
Lupa diri padanya dosa.
Website
pantun
Pantun Melayu moden
Laman tentang pantun Melayu moden
Website
puisi
Puisi tradisional Melayu
Laman tentang puisi tradisional Melayu
Website
pantun
Pantun: Seni tradisi yang semakin dilupakan
Laman tentang pantun tradisi Melayu
Website
pantun
Ornitologi: Perlambangan cara hidup masyarakat Melayu menerusi pantun tradisional
Laman tentang pantun tradisional Melayu
Website
pantun
Pantun: Sumber rujukan sosiobudaya masyarakat Melayu
Laman tentang pantun sosiobudaya masyarakat Melayu
Website
pantun
Fungsi pantun dalam masyarakat Melayu tradisional
Laman tentang fungsi pantun dalam masyarakat Melayu tradisional
Website
pantun
Sejarah dan perkembangan pantun
Laman tentang sejarah perkembangan pantun
Website
pantun
Pantun cinta, romantis dan klasik untuk pasangan
Laman tentang pantun romantis untuk pasangan
Showing 19001 to 19050 of 19333 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2