Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19246 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Suasana pergolakan tempatan
"Bantuan daripada pihak kolonial yang dianggap sebagai satu keperluan yang tidak dapat dielakkan oleh penduduk peribumi hingga ke satu masa yang dianggap sesuai"
Text
Mereka tidak mengerti ; wacana memperkasakn bangsa
" Pemerkasaan bangsa melalui sastera bukan sesuatu yang baru dan asing"
Text
Wacana penjajahan inggeris
"wacana penjajahan inggeris masih lagi melekit cerpen tersebut berlatar suasana selepas kemerdekaan."
Text
Perspektif melayu dan implikasinya
" Keris Mas adalah pengarang yang memiliki kepintaran yang luar biasa pada zamanya"
Text
Nafas terakhir Albuquerque: Nafas Baru menembus pensejarahan Melayu
"Saat -saat akhir kehidupan Albuquerque yang terkena santau oleh Tsukinah iaitu anak bongsu ...."
Text
Perspeksi terhadap bangsa lain
"kematian Albuquerque sebagai suatu penderitaan ..."
Text
sastera Melayu
Zeitgeist di cakera nusantara
Kajian ini membahas potensi Asia Tenggara sebagai penghasil teori lokal, pascakolonialisme dan pencarian identitas, pengaruh pascamodernisme, serta penguatan identiti sastra Malaysia dan Asia Tenggara dalam konteks multidisiplin dan penggunaan bahasa sebagai modal budaya.
Text
Muhammad Haji Salleh sebagai pengarang pascakolonial : analisis teks dan konteks
Abstrak
Kajian ini menganalisis karya kreatif, nonkreatif dan tindakan Muhammad Haji Salleh daripada perspektif pascakolonial. Kaedah yang digunakan ialah pendekatan pascakolonial sebagai strategi pembacaan yang diperkenalkan oleh Bill Ashcroft. Kaedah ini dirumuskan sebagai pembacaan teks-teks pascakolonial secara spesifik dan berdasarkan konteks sosial dan sejarah yang spesifik. Kajian ini mendapati sikap pascakolonial pengarang terhasil akibat daripada faktor pengalaman, peristiwa, persekitaran, memori kolektif, sejarah dan sosial, sejarah diri dan negaranya. Sistem pendidikan, keadaan ekonomi, politik di bawah kolonial dan legasinya, turut membentuk sikap dan pemikiran sebagai pengarang pascakolonial. Kajian ini turut membuktikan latar belakang pengarang menentukan sikap dan pemikiran pascakolonial dalam puisinya.Dalam karya kreatif dan nonkreatifnya, pengarang memberikan interprestasi, mempersoalkan kewujudannya sebagai Melayu ‘baru’, kembali ke dunia silam, bersifat intelektual dan kritis terhadap bangsanya sendiri sebagaimana kritis terhadap Barat serta kagum dengan bangsa Timur lain yang maju.
Text
Budaya benda sebagai disiplin ilmu: identiti dan warisan bangsa
Makalah ini akan mengemukakan budaya benda sebagai suatu disiplin ilmu yang berpotensi untuk dikembangkan dalam kontcks Malaysia scbagai scbuah negara pasca-kolonial...
Text
Pengisian dan penghayatan Kemerdekaan: peranan Wartawan dan Pendidikan
Pengenalan
Judul perbincangan ini menekankan dua aspek. Pertama, peranan yang dapat dimainkan oleh wartawan, dan pendidik. Kedua, matan atau subjek yang wartawan dan pendidik berperanan melakukannya, iaitu pengisian, dan penghayatan...
Text
Sosio budaya Melayu
Pemikiran abang Yusuf Puteh terhadap budaya ondor rarat masyarakat Melayu Sarawak
Kajian ini adalah untuk menjelaskan pemikiran Abang Yusuf Puteh terhadap sikap negatif masyarakat Melayu Sarawak.
Text
Dinamika persekitaran dan karya sastera : satu kajian terhadap novel-novel peraduan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei 1980-1990
Abstrak
Tesis ini adalah satu kajian terhadap novel-novel peraduan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sepanjang tahun 1980 sehingga tahun 1990. Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan dinamika teks yang dihasilkan dengan konteks persekitaran yang menghasilkannya, khususnya peraduan menulis novel tersebut. Untuk itu, dimanfaatkan satu pendekatan yang dinamakan kaedah integrasi dua dimensi - seni dan sosial. Pendekatan ini menekankan interaksi antara persekitaran dan karya sastera yang dihasilkan. Bertolak dari karangka pendekatan itu, kajian ini memperkatakan enam faktor luaran yang dikenal pasti turut mengelilingi peraduan iaitu latarbelakang penulis, gagasan gagasan sastera, konvensi sastera, citarasa pembaca, ideologi negara dan budaya. Perkara-perkara ini semua merupakan konteks umum penghasilan novel-novel peraduan tersebut. Di samping itu, kajian ini juga meniliti peraduan-peraduan itu sendiri sebagai konteks khusus. Seterusnya kajian ini menganalisis dinamika penghasilan melalui tema dalamn novel novel yang dikaji. Penelitian memperlihatkan lima tema pokok yang disenangi oleh para penulis iaitu pembangunan, sosial, nasionalisma, keagamaan dan moral. Selanjutnya kajian memperkatakan bentuk dalam novel-novel tersebut. Penelitian aspek ini memperlihatkan bentuk naratif yang konvensional begitu disenangi oleh para penulis. Kajian ini mendapati bahawa penghasilan novel-novel yang dikaji telah dimediasi oleh berbagai-bagai faktor persekitaran yang mengelilinginya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, ketara atau samar-samar, banyak atau sedikit. Kesan mediasi faktor-faktor itu dapat dilihat pada isi dan bentuk novel-novel tersebut.
Text
Isu Utama dalam Pendidikan Bahasa Melayu / Awang Sariyan
Text
Dari awal pertumbuhan kajian tentang...
"Dari awal pertumbuhan kajian tentang bahasa beberapa abad sebelum Masihi di Yunani, telah jelas bahawa bahasa dan sastera merupakan suatu kesatuan, bukan dua identiti yang terpisah. Demikian juga, retorik yang mula berkembang sejak zaman itu turut memadukan unsur sastera sebagai bahagian yang penting."
Text
Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan ...
"Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan perkembangan linguistik moden yang beralih dari paradigma permisahan linguistik daripada sastera, sebagai akibat perkembangan linguistik struktual, kepada penggunaan korpus sastera sebagai asas analisis linguistik. sehingga berkembang menjadi stalistik linguistik."
Text
Dari sudut pendidikan bahasa pula...
"Dari sudut pendidikan bahasa pula, tidak sukar difahami kewajaran menggunakan sastera sebagai salah satu bahan pengajaran apabila dilihat karya sastera sebagai salah satu realisasi penggunaan dan kewujudan bahasa."
Text
Dalam konteks pendidikan di Malaysia...
"Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pengajaran bahasa sudah dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal yang bermula pada abad ke-19."
Text
Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera...
"Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera sebagai bahan ajar bahasa itu disebut dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sebagai "penyerapan unsur sastera."
Text
Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua,,,
"Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua tujuan itu dapat dicapai. Pertama, karya sastera. Betapa kreatif sekalipun bentuknya setelah melalui manipulasi alat-alat stilistik, sebenarnya masih dalam lingkungan sistem bahasa masyarakat."
Text
Untuk tujuan yang kedua, iaitu ...
"Untuk tujuan yang kedua, iaitu untuk menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang. Karya sastera memang ditandai oleh kelainan gaya antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain, sekalipun tidak ditolak adanya pengarang yang kuat mempengaruhi gaya pengarang sesudahnya."
Text
Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga...
"Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga pendekatan utama penggunaan sastera sebagai bahan ajar bahasa. Yang pertama, pendekatan berasaskan bahasa. Yang kedua, pendekatan berasaskan kandungan. Ynag ketiga, pendekatan pengayaan peribadi."
Text
Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa...
"Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa kajian bahasa teks sastera membantu mengintegrasikan bahasa dan sastera lebih rapat. Analisis bahasa teks sastera dipercayai dapat membantu pelajar membuat tafsiran atau penilaian yang bermakna."
Text
Dari segi pemilihan dan organisasi ...
"Dari segi pemilihan dan organisasi bahan, bahan yang diutamakan ialah bahan dapat menayangkan ciri-ciri stilistik tertentu tetapi tidak diabaikan pula aspek kekuatan sastera yang lain."
Text
Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan...
"Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan teks merupakan pendekatan yang paling tradisional. Antara pemberatnya termasuklah latar sejarah, sosial dan politik sesuatu teks dihasilkan, bentuk dan retorik teks."
Text
Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa...
"Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa sastera ialah wahana penting untuk mendorong pelajar mengemukakan pengalaman, perasaan dan pandangannya. Sastera mesti digunakan untuk menggerakkan intelek dan emosi pelajar menjadi aktif."
Text
Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa...
"Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Tiada jalan lain, melainkan menggunakan faktor majoriti pelajar dalam bilik darjah sebagai asas memilih teks."
Text
Pelajar yang menguasai bahasa yang...
"Pelajar yang menguasai bahasa yang baik sekalipun belum tentu mempunyai "kecekapan sastera", khususnya teks sastera yang agak kompleks wacananya. Oleh itu, guru perlu melakukan pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa dengaan berasaskan "bermula dengan yang lebih lazim" pada sebilangan besar pelajar."
Text
Latar belakang budaya pelajar termasuk...
"Latar belakang budaya pelajar termasuk persepsi mereka tentang kemasyarakatan, politik dan ekonomi banyak menentukan pemahaman mereka tentang teks. Ada teks yang mudah difahami oleh pelajar tentang latar budayanya, seperti teks yang berkaitan dengan sejarah tuntutan kemerdekaan tanah air tetapi ada sesetengah pelajar tidak memahami teks falsafah atau yang berteras pada sesuatu persoalan intelektual."
Text
Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini...
"Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini sukar dijadikan landasan yang tepat kerana tahap penguasaan bahasa pelajar berlainan antara satu dengan yang lain."
Text
Ada pelajar yang dari awal...
"Ada pelajar yang dari awal terdedah kepada bahan sastera, baik prosa mahupun puisi. Bahan bacaan dalam bentuk buku cerita akan memberikan kesan positif kepada pelajar apabila didedahkan kepada bahan sastera dalam pelajaran bahasa."
Text
Faktor ini menyukarkan guru menyajikan...
"Faktor ini menyukarkan guru menyajikan teks sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Tetapi barangkali dengan memahami bidang yang diminatinya, misalnya sukan, maka guru dapat memikirkan pemilihan teks yang ada kaitannya dengan minat pelajar berkenaan. Sebagai contoh, cereka tentang ahli sukan untuk memesrakan pelajar berkenaan dengan sastera."
Text
Falsafah pendidikan bahasa : kajian tentang konsep dan pelaksanaannya di Malaysia dengan rujukan khusus kepada pendidikan bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Abstrak
Kajian ini bertitik tolak daripada latar belakang fenomena yang berkisar di sekitar tiga hal. Yang pertama ialah hakikat pendidikan dan juga pendidikan bahasa sebagai asas kehidupan bertamadun bagi manusia. Yang kedua ialah peranan pendidikan bahasa dalam proses berlangsungnya pendidikan umum, iaitu sebagai ilmu asas menurut hierarki ilmu yang dikemukakan oleh al-Ghazali. Yang terakhir pula ialah agenda dan program ‘’pengislaman ilmu’’ yang mula digerakkan sejak tahun 1970-an sebagai upaya menanggap persoalan ilmu menurut pandangan hidup dan epistemologi Islam. Dalam program tersebut, salah satu aktiviti yang diberi tumpuan perhatian ialah pengislaman ilmu dalam segala disiplin, termasuk linguistik dan pendidikan
Kajian ini pada dasarnya bertujuan merumuskan falsafah pendidikan bahasa (sekaligus falsafah bahasa itu sendiri) menurut tasawur Islam sebagai alternatif kepada falsafah pendidikan Barat yang didapati terpecah-pecah menurut kecenderungan pelbagai aliran falsafah dan teori. Di samping itu dikaji juga pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa dalam konteks Malaysia, sesuai dengan pelaksanaan gagasan bersepadu, yang merupakan hasil langsung daripada Persidangan Pertama Pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977.
Selain mengemukakan pelaksanaan pendidikan bersepadu yang turut melibatkan pendidikan Bahasa (dalam konteks ini bahasa Melayu yang menjadi bahasa kenbangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu), dikaji juga suatu aspek pelaksanaannya di sekolah dengan memilih aspek persepsi guru Bahasa Melayu sebagai fokusnya.
Beberapa rumusan tentang asas-asas falsafah pendidikan bahasa disarankan, iaitu pendidikan bahasa sebagai pengembangan potensi tenurani pada manusia, pendidikan bahasa sebagai saranan untuk menekuni suatu sistem dalam sistem sarwajagat ciptaan Tuhan, pendidik bahasa sebagai asas proses pengilmuan manusia, serta pendidikan bahasa sebagai wadah pewarisan nilai-nilai dan kebudayaan. Dalam aspek perlaksanaannya di Malaysia, disarankan suatu penyataan eksplisit tentang falsafah pendiidikan bahasa Melayu, langkah-langkah mengatasi masalah–masalah yang ada, langkah-langkah memesatkan perlaksanaan pendidikan bersepadu bahasa Melayu, serta beberapa kajian lanjutan.
Text
Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat hadari
Tamadun sesuatu umat terbina sesudah kebudayaan umat itu melalui temnpoh tertentu, sesudah mengalami pelbagai tantangan atau cabaran serta peningkatan dalaman dan luaran...
Text
Kesinambungan bahasa dalam karya sastera Melayu [Malaysia] : satu kajian linguistik daripada sudut sintaksis
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat terapan, iaitu menghubungkan rumus-rumus tatabahasa dengan pe laksanaan rumus-rumus tersebut dalam penulisan karya sastera. Tujuan asasi kajian ini ialah meninjau hakikat kesinambungan (continuity) bahasa Melayu dengan berdasar pada karya sastera (prosa) yang dipilih berasaskan dua zaman secara kasar, iaitu zaman klasik dan z aman moden. Tumpuan yang diberikan untuk meninjau kesinambungan bahasa Melayu dalam kajian ini ialah aspek sintaksis atau pembinaan ayat. Kajian ini menggunakan rangka Tatabahasa Transfo rmasi- Generatif sebagai model analisis.
Bahasa Melayu sebagai Wahana Pembinaan Negara Bangsa
Membincangkan peranan bahasa Melayu sebagai medium penyatuan masyarakat majmuk dan asas pembinaan identiti kebangsaan di Malaysia
Text
Tidak harus dipisahkan aspek analisis ...
"Tidak harus dipisahkan aspek analisis bahasa daripada kandungan teks dan tidak pula wajar diabaikan upaya menjadikan sastera sebagai penyubur intelek dan emosi pelajar. Yang lebih penting, pemberatan salah satu aspek itu dalam sesuatu pelajaran."
Text
Mereka sudah ada pengalaman menghayati...
"Mereka sudah ada pengalaman menghayati karya sastera dan sudah mempunyai kesediaan menerima karya sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Sebaliknya, ada pula pelajar yang kurang atau sama sekali tidak terdedah kepada sastera dari usia awalnya dan tidak mempunyai kesediaan untuk menghayati sastera dalam pelajaran bahasa. Oleh itu, sastera akan menjadi sesuatu yang asing dalam kehidupannya."
Still Image
Melayu dan politik
Bersatulah Melayu
Content:
Bersatulah Melayu
Text
aktivis
doktor
...3 more
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
Text
Masyarakat Melayu dengan perkembangan seni lukis dan seni ukir / Ayah Ghani Hamid
Text
Kelab sastera sekolah perlu perhatian
Text
Sosio budaya Melayu
Konsep tema 'Islamik' dalam 'Filem Islamik' Syurga CInta (2009)
Kajian ini dilakukan bertujuan mengupas dan menganalisa sejauhmanakah konsep tema Islamik yang ‘digunapakai’ oleh filem Syurga Cinta, mampu mengangkat filem ini sebagai sebuah ‘filem Islamik’.
Text
aidilfitri
cuti
...4 more
2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS sempena cuti Aidilfitri
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka kira-kira dua juta kenderaaan menggunakan semua rangkaian lebuh rayanya setiap hari puncak pada 20 hingga 21 April, 24 hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 hingga 7 Mei ini, sempena Aidilfitri.
Text
Hari Raya
2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS sempena cuti Aidilfitri
Orang ramai disaran untuk merancang perjalanan pulang ke kampung ekoran pertambahan bilangan kenderaan menjelang hari raya
Text
Kebaikan pusat sumber di sekolah
Still Image
Kesenian Melayu
Melayu
...1 more
Sains di balik batik
Content:
Sains di balik batik
Text
Puisi A. Samad Said telah dibosankan
Text
Usaha memulihara kesenian rodat patut dilakukan
Text
Unsur-unsur muzik, lagu dalam makyung
Text
Puteri Gunung Ledang dedah keserakahan nafsu
Showing 2151 to 2200 of 19246 results
Page
of 385
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2