Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19276 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
cendekiawan yang cemerlang
"Ismail Hussein mengikuti kelas kepujian dalam pengajian melayu yang baru saja diadakan pada tahun 1956"
Text
Puasa
ramadan
Cendol Moksu laris berganda pada Ramadan
Seorang perniaga yang berusia 61 tahun telah berniaga cendol selama 20 tahun telah menggunakan 15 kg tepung beras untuk menghasilkan cendol sehari
Text
Cepat, lekas, segera
Text
KOTO GADANG
Minang
...1 more
Cer-rem: Minang maimbau
Cerita remaja yang mengisahkan tentang "Minang maimbau".
Text
Adat
orang asli
Cerai mati berlaku apabila...
"Cerai mati berlaku apabila salah seorang dari suami isteri telah meninggal dunia. Cerai mati berlaku pada hari ke-100 selepas jenazah pasangannya dikebumikan. Cerai mati merupakan cara memaklumkan kepada orang ramai bahawa sesorang itu telah menjadi duda atau janda dan tidak lagi mempunyai ikatan dengan si mati."
Text
aidilfitri
anak bulan
...4 more
Cerap anak bulan ikut kriteria Malaysia
Penetapan tarikh awal bulan Hijrah di setiap negara berbeza-beza kerana konsep matla' atau tempat terbit anak bulan yang amak berlainan di seluruh dunia.
Text
aidilfitri
anak bulan
...4 more
Cerapan anak bulan lebih ketat, teliti
Insiden hari raya 'terkejut' yang diperkata ramai dan mungkin diramal sekali lagi melanda Malaysia Jumaat depan pastinya tak akan berulang.
Cerita asal-usul.
Text
Cerita binatang dipercayai sebagai salah...
"Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang tertua ; sama usianya cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa manusia masih lagi hidup di dalam gua. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya."
Text
halal bi halal
Jakarta
...1 more
Cerita dan berita: halal bi halal di Jakarta
Halal bi halal lokasi di Jakarta edisi kali ini
Still Image
Melayu
Sosio budaya Melayu
...1 more
Cerita Dari Padang Golf
Content:
Cerita Dari Padang Golf
Text
Cerita dongeng ialah cerita yang...
"Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan , tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku sebenarnya. Ia lebih kepada cerita rekaan yang di dalamnya ada unsur mitos, lagenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya."
Text
Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah ....
"Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah milik zaman sastera rakyat, tetapi juga berasal dari luar tanah air seperti India, Arab dan Parsi. Cerita ini tidak diambil bulat - bulat daripada yang aslinya tetapi telah diubah dan pelakon dan latar belakang ceritanya ditukar ganti untuk disesuaikan dengan masyarakat Melayu. "
Text
Cerita jenaka juga dikenali sebagai...
"Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain. Cerita jenaka di seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceitanya, maksud dan bentuk ceritanya. Ia mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang."
Text
Cerita jenaka melayu
" Cerita jenaka melayu dikatakan terhada kepada lima cerira sahaja iaitu Pak Pndir,Pak Belalang ,Lebai Malang, dan si luncai"
Text
Cerita jenaka papar kreativiti penulis Melayu
Text
Cerita jenaka wadah ciptaan rakyat
" Kelucuan dadan tekanan kejenakaan telah membebaskan pencerita dan khalayaknya darpada segala entuk kekangan
pada ketika ceritanya"
Text
keluarga melayu
Cerita krisis rumah tangga jadi iktibar
Nabil mengaku lebih hargai jasa isteri, jaga keharmonian keluarga.
Text
Cerita lipur lara rakyat Terengganu dari sudut estetika
Abstrak
Kajian ini terbahagi kepada enam bab atau enam bahagian. Dalam bab l termuat bahagian pengenalan yang mencakupi latar belakang kajian yang melihat sepintas lalu kajian-kajian yang terdahulu dalam bidang sastera rakyat. Juga tujuan kajian ini yang menjadi fokus kajian dan baharn kajian iaitu cerita lipur lara. Dalam bab ini juga terakam kaedah pengkajian yang digunakan dalam mengkaji enam buah Cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu. Malah disisipkan juga batasan-batasan dalam kajian ini. Selain itu biodata penglipur lara yang menjadi orang sumber bagi cerita-cerita rakyat yang menjadi bahan kajian dan kedudukan cerita lipur lara rakyat Terengganu dahulu dan sekarang turut termuat dalam bab ini. Bab ini agak penting kerana menjadi asas atau menentukan hala tuju kajian pengkaji. Bab 2 yang dikenali sebagai kerangka teoritis, mengandungi konsep-konsep seperti sastera rakyat, penglipur lara dan lain-lain yang menjelaskan maksud istilah 1stilah penting yang mempunyai hubung kait dengan bahan kajian. Malah dalam bab ini Juga turut memperincikan konsep estetika mengikut pandangan tokoh-tokoh falsafah dan rumusan konsep mengikut pandangan pengkaji yang dikukuhkan dengan pandangan pandangan sasterawan dan contoh -contoh daripada cerita-cerita rakyat. Bab ini juga akan memperkatakan model-model kajian terdahulu seperti model Strukturalisme, Formalisme, Fenomenologi, Rasa-Fenomenologi, Persepsi estetika dan multiple intelligence Bahagian 1ni menjelaskan huraian setiap model dan kekuatan serta kelemahan model-model tersebut dan mengaitkan kepentingan model-model ini dengan kajian pengkaji. Apa yang lebih utama dalam bab ini ialah perincian mengenai model yang digunakan dalam kajian ini iaitu model Persepsi Estetika Zakaria Osman dan model Multiple Intelligence Howard Gardner. Dalam bab tiga pula, memuatkan persoalan-persoalan penghayatan kita terhadap estetika isi yang merupakan peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam enam buah cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu yang menjadi fokus kajian. Dalam bab ini juga kita berpeluang melihat bagaimana isi cerita Lipur Lara ini berkeupayaan merangsang minat dan memberikan pengalaman estetika kepada pendengar yang menghayatinya. Segala keindahan ini terakam menerusi pendekatan model Persepsi Estetika yang merupakan salah satu kaedah kajian pengkaji. Manakala dalan bab empat kajian ini, merakamkan estetika pengucapan berdasarkan kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh penglipur lara. Melalui kecerdasan ini, kita dapat melihat keestetikaan pengucapan seseorang penglipur lara menerus1 penggunaan kata yang diselitkan dengan bahasa berirama, pantun, mantera, metafora dan lain-lain gaya bahasa. Keestetikaan juga terserlah melalui kepelbagaian cara atau teknik persembahan cerita lipur lara ini diperdengarkan. Gabungan kecerdasan linguistik, muzik, bodily kinestetik, interpersonal dan intrapersonal yang dimiliki penglipur lara mampu mempengaruhi jiwa dan minat pendengar untuk terus menghayati cerita-cerita yang disampaikan.
Text
Cerita lipur lara terpilih berdasarkan pendekatan pengurusan
Abstrak
Kajian ini menekuni satu pendekatan baharu dalam dunia kajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin dengan ilmu pengurusan. Teks cerita lipur lara terpilih yang menjadi pegangan untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985), HIkayat Awang Maim Demam (1998), Hikayat Malim Dewa (1998) dan Hikayat Raja Muda (1998). Perbincangan kajian berdasarkan Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Teks-teks kajian dibincangkan secara rinci bertujuan mencapai tiga objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara terpilih. Kedua, menganalisis cerita lipur lara terpilih berdasarkan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan. Ketiga, merumuskan kepentingan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang diketengahkan dalam cerita lipur lara terpilih. Dengan mengemukakan definisi konsep pengurusan dan prinsip-prinsip pengurusan, kerangka Pendekatan Pengurusan telah digunakan sebagai satu indikator penting untuk menerapkan dan menganalisis teks cerita lipur lara ini. Lima prinsip dalam pendekatan pengurusan, iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan pengorganisasian, prinsip penstafan dan prinsip kawalan menjadi tunjang penting kajian. Kajian ini menemukan beberapa hasil dapatan bertitik tolak daripada analisis menggunakan Pendekatan Pengurusan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa cerita lipur lara Melayu mendampakkan suatu kecenderungan yang tinggi dalam menyerlahkan kelima-lima prinsip pengurusan bertitik tolak daripada analisis terhadap karya. Daya pengurusan yang dipancarkan menerusi prinsip perancangan dalam teks-teks kajian menyerahkan kepentingan karya sastera tradisional ini dalam denyutan dunia globalisasi yang menuntut daya pemikiran yang kreatif dan kritis.
Text
Cerita lisan
"Cerita lisan disebut sebagai sastera rakyat berbentuk cerita"
Text
Cerita penglipur lara atau disebut ...
"Cerita penglipur lara atau disebut juga dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan atau berdukacita. Cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsur-unsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan,dan peperangan."
Text
raja batak
Cerita Raja Batak
Raja Batak gemar sekali berkahwin banyak dengan tujuan untuk dihormati dan kemegahan. Kaum wanita yang dikahwininya pula merasa bangga bila diri mereka dimiliki oleh orang orang yang kuat dan berkedudukan. Cara perundangannya juga berbeza yang mana badan pesalah dan darah pesalah akan dimakan dan diminum bersama untuk kekuatan dan kesihatan.
Text
Cerita rakyat Armenia: saudagar muda dengan tiga orang penipu
Setelah mendapatkan maklumat dari beberapa orang peniaga, dia mendapat tahu bahawa kotak-kotak kayu amat laris dijual di bandar Aleppo.
Text
Cerita rakyat bukan sekadar untuk hiburan
Cerita-cerita yang penuh dengan moral serta pengajaran juga memberi kanak-kanak peluang berfikir secara kritis tentang nilai-nilai baik dan buruk.
Text
cerita rakyat
Cerita rakyat kisah dari Tonga: lelaki yang hodoh
Si gadis tersebut pun membawa sebuah bakul besar dan menuju ke ladang Pekalo. Dia kehairanan melihat buah-buah pisang yang telah masak dengan banyaknya, sedangkan tanamannya sendiri tidak ada yang menjadi.
Website
Cerita
Cerita rakyat Malaysia
Laman tentang cerita rakyat Malaysia
Text
Cerita rakyat Melayu : analisis dari aspek komunikasi dua hala
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian cerita-cerita rakyat Melayu yang diperolehi menerusi Penglipur Lara Ali Badron bin Hj Sabor. Kajian ini berdasarkan bahan sastera rakyat, penganalisian dilakukan dengan menggabungkan jalin beberapa teori yang bersifat saintifik Teori Komunikasi, Teori Interaksionisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai.
Keseluruhan kajian ini bersandar pada andaian pengkaji bahawa sudah tiba ketikanya tinjauan mengenai sastera rakyat Melayu lakukan seiringan dengan teori-teori yang bersifat sistematik. Sehubungan itu, hala tuju penyelidikan sastera rakyat wajar diubah agar tidak lagi berada di ruang lingkup ilmu yang terbatas Paradigma sebegini mampu memperkembangkan dunia penyelidikan sastera rakyat Melayu ke arena antara bangsa.
Text
Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural
Abstrak
Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kajian ini merupakan satu penyelidikan terhadap cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan yang tinggal di kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan. Sejumlah dua belas cerita rakyat Temuan telah berjaya dikumpulkan. Kajian ini terbahagi kepada enam bab. Bab pertama, dinyatakan pendahuluan bahan dan pembatasan kajian, permasalahan kajian, tujuan, metodologi serta kajian-kajian berkaitan. Bab kedua pula, membicarakan tentang latar belakang cerita rakyat, perkembangannya, konsep dan ciri ciri, serta penggolongan cerita rakyat. Selain daripada itu turut diterangkan tentang pendekatan struktural yang dijadikan panduan untuk menganalisis bahan kajian. Bab ke tiga, perbincangan mengenai latar belakang masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya dan masyarakat suku Temuan di Negeri Sembilan khasnya termasuk lokasi, jumlah penduduk, taraf hidup, dan sosio-budaya mereka. Bab keempat mengandungi analisa cerita rakyat Temuan secara pendekatan struktural iaitu menyentuh aspek tema, plot, pervwatakan, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Manakala bab kelima pula meneruskan kerja menganalisa dari segi penggolongan cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan. Dalam bab keenam, pengkaji membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian serta mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dijadikan landasan buat pengkaji-pengkaji lain. Dapatlah dinyatakan bahawa cerita-cerita rakyat Temuan merupakan hasil kesusasteraan lisan masyarakat Malaysia yang tinggi nilainya, baik dari aspek sastera, bahasa, estetika mahupun akal budi.
Text
Cerita Cinta
Indonesia
...1 more
Cerita remaja: once upon a time
Mengimbau kisah bercinta hingga berkahwin
Text
Cerita Terakhir Tentangnya: Melankolik tapi bermesej
Text
Cerita-cerita Awang Batil : kajian rasa fenomenologi
Abstrak
Cerita Awang Batil merupakan salah satu sastera tradisional yang harus diperlihara serta dipertahankan supaya tidak dilupakan begitu sahaja pada suatu masa nanti. Kajian cerita-cerita Awang Batil dari Perlis ini disesuaikan dengan teori Rasa Fenomenologi serta input-input Islam untuk melihat nilaj nilai estetik yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Cerita-cerita yang menjadi bahan kajan ini meliputi dua generasi, iaitu cerita yang disampaikan oleh arwah Encik Mahmud Wahid serta cerita yang dipertuturkan oleh naknya, Encik Ramli Mahmud. Cerita-cerita tersebut ialah "Cerita Awang Miskin', 'Cerita Sri Miskin', Cerita Mek Siti Galin', Cerita Awang Denoi atau Raja Kamaruzaman', Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi, 'Cerita Awang Betui' dan Cerita Awang Akar Larak. Cerita-cerita ini ditranskripsi dengan menggunakan dialek perlis untuk mengekalkan keaslian cerita tersebut. Daripada analisis tersebut, rasa yang paling banyak dan dominan timbul ialah rasa cinta, rasa wira, rasa malu, rasa syukur, rasa duka dan rasa marah. Rasa-rasa yang timbul daripada cerita cerita tersebut sekaligus dapat mengambarkan cara hidup dan budaya masyarakat yang diceritakan. Selain itu kajian ini juga dapat menyerlahkan ketokohan sesorang penglipur lara dalam menyampaikan sesebuah cerita.
Text
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk...
"Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar. Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan Kura-kura."
Text
Cerita-cerita lisan Orang Sungai Di Sandakan Sabah
Abstrak
Tajuk kajian ini adalah cerita-cerita lisan Orang Sungai di Sandakan, Sabah. Tajuk ini dipilih kerana pengkaji melihat ada kesesuaian antara tajuk tersebut dengan tujuan kajian ini dijalankan, iaitu mengumpul dan menyimpan cerita-cerita lisan Orang Sungai di Sandakan Sabah.
Dalam kajian ini juga, pengkaji mempersembahkan 5 Bab. Bab pertama, bertajuk latar belakang kajian. Bab kedua, bertajuk Sandakan selayang pandang. Bab ketiga, transkripsi cerita-cerita lisan Orang Sungai. Bab keempat, analisis bahan kajian. Manakala, bab terakhir iaitu bab kelima adalah kesimpulan.
Bab pertama atau latar belakang kajian, mengandungi pengenalan, tujuan dan kepentingan kajian. Ia juga menerangkan kaedah serta konsep-konsep dalam sastera rakyat secara umum. Konsep-konsep yang diterangkan adalah seperti konsep sastera rakyat itu sendiri, konsep cerita lipur lara, cerita lagenda, cerita binatang, cerita metos, cerita jenaka dan cerita memorates atau pengalaman.
Bab kedua pula secara keseluruhannya menceritakan tentang bandaraya Sandakan. Perbincangan adalah berkisar tentang sejarah, penduduk, ekonomi, serta agama dan kepercayaannya.
Seterusnya bab ketiga, Bab ini pula merupakan transkripsi semua bahan kajian iaitu tujuh cerita lisan Orang Sungai yang telah dikumpul.
Bab keempat pula merupakan bahagian yang terpenting dalam kajian ini, kerana kajian analisis bahan kajian akan dilaksanakan. Analisis cerita tersebut adalah berdasarkan pendekatan struktural, iaitu menyentuh tema dan persoalan, plot cerita, watak dan perwatakan, latar, serta mesej dan pengajaran.
Bab yang terakhir pula ialah bahagian kesimpulan. Disini,terkandung rumusan keseluruhan mengenai kajian. Dalam bahagian ini juga, pengkaji akan memberikan serba sedikit pandangan mengenai kajian yang dijalankan ini.
Text
Cerita-cerita rakyat Kelantan : analisis struktur cerita
Abstrak
Dalam pengkajian ini fokus kajian adalah kepada cerita-cerita Mak Yong Kelantan. Sebanyak tiga buah cerita Mak Yong telah dipilih untuk dianalisis. Dalam penulisan ini teori pendekatan struktural digunakan untuk menganalisis aspek dalaman bahan kajian. Sehubungan dengan itu, bagi membuat analisis dari aspek plot cerita, model morfologi V.Propp digunakan, kerana kaedah V.Propp dikatakan yang terbaik dalam melihat keseragaman plot cerita. Sehubungan dengan itu juga dalam menganalisis aspek tema, watak dan latar bagi cerita Mak Yong itu dibuat perbandingan dengan tiga buah cerita Awang Belanga yang menjadi bahan kajian oleh Mustafa Mohd Isa (1987) dan tiga buah cerita Tarik Selampit yang menjadi bahan kajian oleh Siti Aishah Mat Ali (1983). Oleh kerana cerita-cerita Mak Yong ini diperoleh secara lisan yakni secara kajian lapangan dari penutur cerita yang ditemui, maka perbincangan berkaitan tentang tukang cerita juga dilakukan meliputi aspek pemikiran dan kepercayaan tukang cerita. Hasil dari penelitian yang dilakukan didapati cerita-cerita rakyat ini sama ada cerita Mak Yong atau cerita Awang Belanga atau cerita Tarik Selampit, secara umumnya adalah berasaskan kepada satu bentuk struktur cerita yang hampir sama. Seakan terdapat satu acuan khas dalam mempersembahkan cerita tersebut.
Text
Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis
Abstrak
Pada asasnya penulisan ini adalah untuk membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan serta world-view masyarakat Iban melalui cerita-cerita rakyat yang telah dihasilkan oleh masyarakat ini sendiri. Ini kerana setiap cerita rakyat yang terhasil dalam masyarakat ini adalah banyak dipengaruhi peristiwa dan pengalaman hidup mereka. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban. Saya telah merakamkan cerita rakyat masyarakat Iban ini ke dalam pita rakaman. Sebanyak sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban telah berjaya dikumpul oleh penulis. Keseluruhannya kajian ini telah mengkaji peranan dan aspek kemasyarakatan cerita rakyat masayarakat Iban ini. Pendekatan kajian seperti yang dikemukakan oleh Plummer iaitu seorang pengkaji Barat yang banyak menulis tentang peranan cerita rakyat terhadap masyarakat yang menghasilkannya digunakan dalam kajian ini. Keseluruhan kajian tertumpu kepada aspek kehidupan masyarakat yang melahirkan teks cerita rakyat tersebut. Teori sosiologi sastera seperti yang dikemukakan oleh Plummer telah digunakan dalam kajian ini. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama. Anataranya ialah berhubung dengan bila cerita rakyat ini telah wujud dalam masyarakat penciptanya, siapakah khalayak karya atau siapakah golongan yang mendengar cerita rakyat itu, hubungan karya dengan dunia sosial, situasi sosio-budaya dan politik masyarakat cerita rakyat itu, tanggungjawab sosial pengarang dan akhir sekali mengapa tema-tema tertentu dipilih. Hasil atau dapatan daripada kajian ini, kita telah mengetahui bahawa teori sosiologi mengikut Plummer amat sesuai bagi mengkaji kehidupan dan budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Iban. Aspek yang telah dikemukakan oleh penulis dalam mengkaji cerita rakyat Iban ini begitu sesuai dalam mencari persoalan tentang hasil kesusasteraan masyarakat Iban yang semakin pupus ini. Melalui kajian terhadap cerita rakyat Iban ini, kita telah mengetahui tentang corak hidup orang Iban yang masih lagi teguh menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi huma, berburu dan masih lagi mengekalkan corak hidup yang mendiami rumah panjang. Secara tidak langsung, melalui cerita rakyat masyarakat Iban, kita mendapati bahawa orang Iban masih lagi kukuh memegang adat serta kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sampai ke hari ini. Lantas, atas dasar ingin membongkar rahsia ketinggian nilai cetusan pemikiran masyarakat tradisi, pada pendapat penulis amat perlu untuk cerita cerita rakyat khazanah bangsa ini diberi perhatian wajar dengan meneliti dan memberi interpretasi terhadap fungsi yang tersembunyi dibalik keseronokkan cerita. Apa yang paling penting ialah cerita atau bahan-bahan yang bakal dikaji memaparkan eleman tentang nilai kehidupan atau nilai kemasyarakatan masyarakat yang menghasilkannya.
Website
Cerita
sejarah Melayu
Cerita-cerita sejarah Melayu
Laman tentang cerita-cerita sejarah Melayu
Text
Ceritera angin
Text
CERPEN
Text
Cerpen
"Buat beberapa tahun lamanya cerpen Melayu terus berkembang dengan pesatnya dan ia bukan sahaja menjadi salah satu alat yang memancarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu, tetapi juga menjadi penting sebagai hasil kesusasteraan yang memberikan gambaran tentang sesuatu zaman sama ad peristiwa-peristiwa yang berhubung dengan masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya."
Text
Cerpen
"Antara cerpen yang dimaksudkan ialah tetangga yang mengambil latar di luar negara"
Text
CERPEN : Perbatasan Kabur
Text
Cerpen " Hati yang Merusuh" turut...
"Cerpen " Hati yang Merusuh" turut membawa pengajaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa agar tidak terlalu mengongkong kehidupan anak-anak khusunya dalam menentukan jodoh. Pengarang cuba menyedarkan khalayak bahawa penentuan jodoh oleh ibu bapa pada zaman moden sekarang tidak wajar lagi diamalkan."
Text
Cerpen jiwa raga-Azman Hussin hebat
Text
Cerpen mastika: kehilangan
Dia meraba-raba di sekelilingnya. Mukanya. Badanya. Kakinya. Tiba-tiba dia menjerit. Seluruh anggotanya tidak sama lagi. Dia sudah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Pertamanya, dia tahu dia sudah kehilangan kedua-dua belah matanya
Text
Cerpen Melayu selepas Perang Dunia Kedua
"Salah satu perkembangan yang menarik selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu ialah pertumbuhan yang amat pesat dalam bidang percetakan dan oenerbitan. Pertumbuhan i ni seringkali dikaitkan dengan kesedaran orang-orang Melayu khasnya terhadap perkembangan politik yang berlaku di tanah air."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun
"Ada beberapa faktor yang menyebabkan cerpen berkembang dengan subur sebelum Perang Dunia Kedua. Dari tahun 1876-1941 terdapat sebanyak 153 akhbar dan majalah berkala yang kebanyakannya memuatkan cerpen."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun : Corak dan pemilihan tema
"Sesungguhnya para penyelenggaraan akhbar dan majalah terpaksa akur dengan kehendak pemerintah Jepun supaya media massa dipenuhi dengan unsur-unsur propaganda Jepun, mereka tidak selamanya dapat bertahan dengan syarat-syarat yang telah dikenakan."
Text
Cerpen Najwa ciplak Ana
Text
Cerpen Najwa ciplak Ana
Showing 3301 to 3350 of 19276 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2