Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Penggunaan buku teks KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Abstrak
Kajian ini menyelidiki penggunaan buku teks Komponen Melayu (KOMSAS) oleh guru dalam pengajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 (BM-T4) di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘Pendekatan Kajian Kaedah Gabungan Berurutan’ yang diubahsuai daripada model Creswell. Dua kaedah digunakan, iaitu (1) kajian tinjauan dan (2) kajian kes kualitatif. Kajian tinjauan bertujuan mendapatkan maklum balas daripada 377 responden tentang kekerapan pengguaan buku teks KOMSAS dalam pengajaran BM-T4. Data dikutip dengan menggunakan satu set barang soal selidik untuk guru. Data kemudian dianalisis menggunakan perisian computer SPSS dan dibentangkan secara deskriptif dengan bantuan jadual. Manakala kajian kes kualitatif, bertujuan mengkaji amalan dan bentuk penggunaan buku teks KOMSAS oleh guru di dalam kelas yang sebenar. Data telah kutip dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis semasa dan setelah pengutipannya selesai dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan dan analisi kandungan.
Text
Puisi Melayu moden : kajian teori pengkaedahan Melayu
Abstrak
Tesis ini mengkaji puisi-puisi Melayu moden dengan penerapan teori Pengkaedahan Melayu dan menjurus kepada Pendekatan Firasat dan Pendekatan Dakwah, iaitu dua daripada enam Pendekatan yang terangkum di dalam teori tersebut.
Objektif kajian ialah untuk melihat unsur alam dan unsur dakwah di dalam puisi Melayu moden. Unsur alam diteliti dari penggunaan kata-kata yang merupakan objek alam, iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan, laut dan waktu (pertukaran malam dan siang). Unsur dakwah dikenal pasti daripada maksud puisi, pemikiran dan sikap penyair yang selaras dengan aliran agama Islam dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran. Al-Hadith dan tulisan-tulisan pemikir Islam. Dengan mengambil karya-karya daripada ramai penyair, dapatlah dilakukan analisis secara perbandingan bagi meninjau persamaan dan perbezaan di dalam cara penyair-penyair menggunakan objek-objek alam fizikal pada lapis tersurat bagi menyampaikan maksud tersirat, iaitu maksud puisi yang sebenar.
Text
Industrialisasi dan perubahan nilai masyarakat Melayu Riau : kajian di kawasan perindustrian Pulau Batam
Abstrak
Sebelum Pulau Batam menjadi kawasan perindustrian, kehidupan masyarakat Melayu Batam bergantung kepada tanah dan air (laut) sebagai alat pengeluaran. Kemasukan industri di kawasan ini, telah menimbulkan perubahan terhadap nilai-nilai warisan masyarakat Melayu tempatan, seperti nilai ekonomi, pendidikan, keluarga, peranan wanita dan keagamaan. Selain itu aspek sosiobudaya masyarakat juga berubah, iaitu dari masyarakat tani menuju masyarakat industri.
Kajian ini tentang perubahan nilai masyarakat Melayu Batam, setelah daerah ini dikembangkan menjadi kawasan perindustrian. Persoalan kajian ini ialah bagaimana terjadinya perubahan nilai masyarakat Melayu Batam dan bagaimana persepsi mereka terhadap industri, serta apa kesan industri terhadap perjalanan hidup harian masyarakat Melayu Batam setelah daerah ini dikembangkan menjadi kawasan perindustrian. Nilai yang menjadi tumpuan utama kajian ini ialah nilai ekonomi, pendidikan, keluarga dan peranan wanita.
Text
Kualiti perkahwinan keluarga peneroka Melayu : di ladang kelapa sawit Jambi – Indonesia
Abstrak
Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan mengkaji tahap kualiti perkahwinan peneroka di dalam proses pembangunan ladang kelapa sawit. Kualiti perkahwinan peneroka diukur menggunakan lima dimensi kualiti perkahwinan iaitu : kebahagiaan dalam perkahwinan, interaksi dalam perkahwinan, masalah dalam perkahwinan, ketidakfahaman dalam perkahwinan dan kecenderungan untuk bercerai. Persoalan yang dikaji ialah : (1) hubungan yang signifikan antara tahap pembangunan dengan kualiti perkahwinan di kalangan masyarakat luar Bandar, (2) hubungan kualiti perkahwinan dengan tahap pembangunan kampung peneroka dan perkaitan di Bungan karekter antara karakteristik peneroka, dan (3) hubungan karakteristik responden dengan kualiti perkahwinan.
Seramai 300 peneroka Melayu yang berada di tiga tahap pembangunan di ladang kelapa sawit di Jambi, telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan satu kaedah pensampelan rambang. Data telah dikumpulkan melalui borang soalselidik yang diisikan sendiri oleh responden dan telah dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Perkaitan diantara pembolehubah dihuraikan secara deskriptif. Manakala penganalisaan dalam bentuk inferensi menggunakan orelasi, Ujian-t, Anova sehala dan Ki-Kuasadua.
Text
Kesan plagiarisme…melalui engin carian Internet
Text
Guru…dimotivasikan dengan wang?
Text
Mengkudu penawar pelbagai penyakit mujarab
Text
Khasiat daun tembaga suasa
Text
Wacana negative era moden
Text
Pedagang perkenal rodat
Text
Seni lukis berliku menuju alaf baru
Text
Remaja bermasalah
Text
Guru ajar akhlak, pemimpin tepuk meja
Text
Biomegnetik, bioelektrik rawat mati pucuk
Text
Kaitan cetak rompak dengan jenayah
Text
Guru-guru…turut diancam bahaya
Text
Universiti Internet…jenayah potoh dan tampal, plagiarisme
Text
Penanggungjawaban dalam melatih remaja
Text
Pasca moden menguasai disiplin ilmu kemasyarakatan
Text
Pengasuh…perlukah diberi pengiktirafan?
Text
Bangsa berilmu kuasai dunia
Text
Banteras rogol
Text
Perkahwinan…perlukan persediaan minda dan rohani
Text
100 ibu hamil positif HIV tahun lalu
Text
Tekstil Melayu…patut dikembangkan
Text
Asal usul Melayu..fakta buku sejarah mungkin dirombak
Text
Keistimewaan air rebusan pokok letup-letup
Text
Ibu alaf baru hadapi cabaran getir
Text
Pengaruh Islam dalam pengajian Melayu
isu-isu bias gender dalam masyarakat muslim
"Gagasan pembebasan yang dijana oleh Islam telah berjaya mengangkat kedudukan perempuan dalam masyarakat Muslim."
Faktor bias gender dalam masyarakat muslim
"Dalam wacana gender, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya hubungan gender yang tidak adil dalam masyarakat."
Rekayasa kedudukan perempuan dalam Islam
" Islam datang dalam keadaan masyarakat Arab yang Jahiliah mempunyai tahap kebejatan sosial yang tinggi."
Kedudukan perempuan dalam masyarakat muslim
" Golongan perempuan biasanya digambarkan sebagai kumpulan yang terdindas dalam masyarakat,.."
Kapur di dalam al-Quran
"Kapur hanya sekali disebutkan di dalam Al-Quran dengan perkataan kafuran seperti yang disebukan di dalam surah Al-Insan ayat 5: "
Kapur barus di dalam sebutan sejarah perkembangan Agama Islam Nusantara
" Sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara di seluruh Nusantara,..."
Adat istiadat dan budaya pada Etnik Melayu Sambas di Kalimantan Barat
"Ajaran Islam dijadikan sebagai landasan utama yang membimbing perilaku orang-orang Melayu, sehingga cara hidup mereka mencerminkan prinsip-prinsip Islam."
Sistem kekerabatan etnik Melayu Sambas di Kalimantan Barat
"Etnik Melayu Sambas di Kalimantan Barat memiliki ikatan kekerabatan yang erat dengan suku Melayu di Malaysia dan Brunie Darussalam."
Asal mula entik Melayu Sambas di kalimantan barat
" Menurut pandangan Raden Kesuma Sambas, etnik Melayu di Kalimantan Barat memiliki latar belakang campuran (asimilasi)..."
Dinamika kajian astronomi Islam di alam Melayu:...
" Perkembangan kajian astronomi Islam di Indonesia mengalami pasang surut sesuai perkembangan zaman."
Sejarah astronomi Islam dan literatur-literatur yang berkembang di Alam Melayu
" Dalam khazanah intelektual Islam klasik astronomi Islam ( ilmu falak) merupakan salah satu ciri kemajuan peradaban Islam."
Pembebasan wanita dan agama
"Bukan semua pembebasan dan kebebasan wanita dilarang dan dihalang oleh agama Islam."
Cabaran semasa dan wanita Melayu
"Kaum wanita sentiasa menghadapi cabaran skima kehidupan kaum wanita."
Wanita Melayu: Antara Islam dan pembebasan "
" Arus pemodenan telah mengikis sebahagian dari nilai tradisional wanita Melayu, tetapi di sebaliknya pula pemodenan juga telah melibatkan wanita Melayu..."
Peranan wanita Islam
"Ada beberapa peranan penting yang telah ditentukan oleh Allah kepada kaum wanita."
Status wanita Islam
"Wanita tetap mempunyai taraf yang sama dengan kaum lelaki di sisi Allah."
Perbincangan dan dapatan kajian berhubung cabaran semasa tulisan jawi
"Bagi mengatur langkah untuk memelihara tulisan Jawi sebagai satu warisan peradban bangsa Melayu, maka perlu diteliti apakah cabaran semasa yang dihadapi."
Peranan tulisan sebagai warisan peradaban Bangsa Melayu
" Tulisan jawi digunakan secara meluas dalam penulisan bangsa Melayu dan merupakan lambang dan simbol yang mewakili bahasa dan bangsa Melayu di seluruh kepulauan Melayu."
Sejarah dan perkembangan awal tulisan jawi di Tanah Melayu
" Manakala Tulisan Jwai dikatakan telah digunakan sejak abad ke-10 masihi iaitu seiring dengan kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu."
Text
A comparative syntactic analysis of Malay and Tagalog : a minimalist approach
Abstrak
Kajian ini ialah satu kajian perbandingan sintaksis di antara bahasa Tagalog dan bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Minimalist atau Minimalist Program (MP). Kajian ini bertujuan untuk melihat persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua dengan menggunakan pendekatan tersebut. Malah kajian ini juga bertujuan untuk menguji penggunaan Minimalist Program di dalam bahasa Tagalog dan bahasa Melayu, di samping menghuraikan persamaan dan perbezaan unsur-unsur sintaksis di dalam kedua-dua bahasa. Seterusnya kajian ini juga berusaha untuk mengenal pasti struktur sintaksis yang umum di antara bahasa Melayu dan bahasa Tagalog.
Kajian perbandingan antara bahsa-bahsa Tagalog dan Melayu, kususnya berkenaan sintaksis agak kurang dilakukan. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan. Namun tumpuan adalah pada analisis fonologi, morfologi dan leksikal. Kajian akan membandingkan bahasa Melayu dan Tagalog, bukan dari pendekatan sejawi, sebaliknya melalui pendekatan secara sinkronik. Walaupun kebanyakan kajian yang dilaku terhadap bahasa ini menggunakan pendekatan sinkronik, namun rata-rata adalah bersifat deskriptif. Oleh itu, kajian ini tidak akan menggunakan analisis tradisional, sebaliknya secara perbandingan akan menggunakan pendekatan generatif.
Text
Konflik nilai sosial di kalangan pekerja Melayu dalam syarikat multinasional : satu kajian kes di sebuah syarikat Korea di Senawang
Abstrak
Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk mengkaji sejauh mana nilai sosial masyarakat Melayu dan Korea yang berbeza boleh menimbulkan konflik budaya di antara pekerja Melayu dengan pekerja dan pengurusan Korea dalam konteks tempat kerja di kawasan perindustrian. Kajian kes yang dijalankan di sebuah syarikat multinasional Korea ini dibuat berdasarkan pendekatan budaya (antrapologi). Konflik nilai sosial antara budaya dianalisis dengan berpandukan kepada empat dimensi model budaya, iaitu tiga dimensi model budaya Hofstede G. (1980,1984,1997) dan satu dimensi baru, iaitu dimensi takdir yang berdasarkan unsur orientasi alam sekitar, penggunaan masa, dan aktiviti yang disyorkan oleh Kluckhon & Strodbeck (1961), Hampden-Turner & Trompeanaars (1997) dan dimensi kebenaran Hofstede.
Showing 4251 to 4300 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->