Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
orang asli
orang melayu
The Land Orang Asli...
"The Land Orang Asli consisting only of the Jakun, the Kanak and the Temuan, are found only in the Malay Peninsula. It has been the tradition among scholars when writing about them to place them in the umbrella group of the Malayan aborigines, who are divided into the three categories of Negrito, Senoi and Proto-Malays. The last category is used to differentiate them from the other Malays (who are given the label "Deutero-Malays")."
Text
orang asli
"Orang Asli" is a term used only...
""Orang Asli" is a term used only in Malaysia to refer to the aborigines. In Malaysia's view they are an integral part of the peoples of Malaysia, just like the other indigenous (Bumiputra) groups (Figure 1.1), and if there are orang Melayu, orang Iban, orang Kadazandusun etc., so there are Orang Asli. The only difference is that both the components in the lexical item Orang Asli have to be written with uppercase 'O' and 'A', and Asli (an adjective) cannot stand on its own as a label to a group of people. The grammatical cohesion of these two components in conveying a specific meaning is so tight that they have to be given equal treatment in graphic presentation."
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
Conditions have changed...
"Conditions have changed since the last decades of the 20th century. There are no hunters and gatherers any more. The people can choose to stay put in the jungle areas where they used to live, or to re-locate to housing areas outside their erstwhile natural environments, such that they are closer to the other communities, such as the Malays and the Chinese. Either way, houses are built for them by the government through the Department of Orang Asli Affairs."
Text
orang asli
orang melayu
Given our understanding of the origin of the word sakai...
"Given our understanding of the origin of the word sakai as outlined above, we are not able to agree with Couillard's opinion that the word has its source in Sanskrit sakhi with the meaning "friend, companion, comrade" (quoted from Dentan et al., p. 52) The Sanskrit word and its meaning is correct, but it is unlikely that it had been borrowed by Malay speakers into their language to convey a meaning which is already found in a number of native words such as "kawan, rakan, teman, saingan"."
Text
bumiputera
orang asli
...3 more
The term Bumiputra in...
"The term Bumiputra in the Malaysian sense can be translated into "indigenous" or "native". In the figure above, the Orang Asli are indigenous people together with Malays and the Non-Malay Bumiputera. At the same time, there is also the sense given to the term "indigenous peoples", who are defined as "a special kind of ethnic minority" (in Maybury-Lewis and MacDonald, in Denton at al., 1997, p. viii) - a definition not in line with that given in the Oxford Dictionary quoted above which gives indigenous as equivalent to native."
Text
orang asli
orang laut
Orang Asli (original people) is...
"Orang Asli (original people) is a Malay term currently in use for small ethnolinguistic groups living on mainland Malay Peninsula and the islands around it. It is a direct translation of the English word aborigines, but this label was strictly used by the British to refer only to those living on the mainland. Those living in the islands and roamed the seas were seen as a separate group and were called "sea-people" or "sea-gypsies"."
akademik
java
...3 more
Srivijaya, Yava and Kataha
The article by Ir. J. L. Moens looks at old historical and geographical records to identify early sea powers in the indian Archipelago, focusing on Srivijaya, Java, and Kataha, using Chinese and Arabian Sources.
Memang sedap air kelapa
Memang sedap air kelapa,
Pak Dolah petik di darat;
Derhaka terhadap ibu bapa,
Dibalas Allah dunia akhirat.
Terang menyerlah mentari bersinar
Terang menyerlah mentari bersinar,
Terkelip mata hari berdebar;
Apabila telah berkata benar,
Hendaklah kita banyak bersabar.
Asyik menari di bulan terang
Asyik menari di bulan terang,
Gendang dipalu terus menari;
Jangan mencari salahnya orang,
Cari dahulu salah sendiri.
Kopi segelas pula dijamu
Kopi segelas pula dijamu,
Sambil makan duduk bertiga;
Orang ikhlas menuntut ilmu,
Allah tunjukkan jalan ke syurga.
Kak Saodah menyiang kelah
Kak Saodah menyiang kelah,
Mak Ngah menyiang pelata;
Kalau sudah rasa bersalah,
Jangan berlengah maaf dipinta.
Tumbuh ara tepi rumah
Tumbuh ara tepi rumah,
Ditebang ia ditanam sala;
Orang berbicara penuh hikmah,
Dipandang mulia mendapat pahala.
Kait berangan tepi paya
Kait berangan tepi paya,
Encik Taib kait sendiri;
Jangan berangan hendak kaya,
Jika usaha tiada di diri.
Selepas memburu pergi memukat
Selepas memburu pergi memukat,
Berpesan-pesan sesuatu tak kena;
Ajaran guru disanjung masyarakat,
Mendidik insan menjadi sempurna.
Goreng keli dengan sambalnya
Goreng keli dengan sambalnya,
Sayur peria cara desa;
BErjual beli ada adabya,
Dilanggar ia tanggunglah dosa.
Kak suri cantik bercelak
Kak suri cantik bercelak,
Apabila dipuji tersenyum ceria;
Merendah diri adalah akhlak,
Orang memuji Allah memulia.
Ke pekan sari membeli lada
Ke pekan sari membeli lada,
Lada berampai serbuk kari;
Kalau memberi biar berpada,
Jangan sampai menyusahkan diri.
Tengku laksamana menjadi tamu
Tengku laksamana menjadi tamu,
Datang dengan kaum senteri;
Buku laksana lautan ilmu,
Itulah bandingan sarjana memberi.
Bakar dupa di tempat bara
Bakar dupa di tempat bara,
Tempat bara dari kediri;
Jangan dilupa jasa negara,
Tiada negara siapalah diri.
Anak teruna berasa gayat
Anak teruna berasa gayat,
Memanjat kelapa sampai teralpa;
Selama mana adanya hayat,
Ibu bapa jangan dilupa.
Makan biskut kopi secawan
Makan biskut kopi secawan,
Pagi hari tergesa-gesa;
Orang kedekut jangan dikawan,
Takut diri menjadi mangsa.
Buat pintu rumah Pak Jamal
Buat pintu rumah Pak Jamal,
Dari papan kayu meranti;
Ilmu itu untuk diamal,
Bukan disimpan di dalam hati.
Buat rombong hadiah tamu
Buah rombong hadiah tamu,
Kak lijah buat sendiri;
Jangan sombong jika berilmu,
Buruk natijah padanya diri.
Anak memerang jantan betina
Anak memerang jantan betina,
Datang meredah kanan dan kiri;
Mengata orang perbuatan hina,
Jaga lidah cerminlah diri.
Pandai menari walau berusia
Pandai menari walau berusia,
Penuh bergaya namanya Syikin;
Rezeki diberi jangan disia,
Gunalah ia sebaik mungkin.
Lemak senangin samba kerang
Lemak senangin samba kerang,
Goreng pelata sedap rasanya;
Kalau ingin dihormati orang,
Amal kata jujur hendaknya.
Kak Senah keluar berjaja
Kak Senah keluar berjaja,
Berjaja teruk di Pekan Lukut;
Tidak amanah padanya kerja,
Sifat buruk jangan diikut.
Pagi hari memetik duku
Pagi hari memetik duku,
Harinya terang penuh ceria;
Jauhkan diri bersombong laku,
Barulah orang memandang mulia.
Pekan laksa di Pekan Rabu
Pekan laksa di Pekan Rabu,
Makan bertiga petang hari;
Berbuat jasa kepada ibu,
Allah menjaga takwanya diri.
Beli serkap di Pekan Kerpan
Beli serkap di Pekan Kerpan,
Sebilah parang pula dicari;
Kalau bercakap biarlah sopan,
Baru orang memuji diri.
Pak Hadi sama Mak Tinah
Pak Hadi sama Mak Tinah,
Mereka hendak menanam lada;
Kalau berbudi padanya tanah,
Rugi tidak untungnya ada.
Gula melaka pemanis bubur
Gula melaka pemanis bubur,
Dimasak suri juga keria;
Jangan suka bersifat takbur,
Hinanya diri di mata manusia.
Pak Jenal mengerat palas
Pak Jenal mengerat palas,
Tertusuk duri padanya diri;
Apabila beramal biarlah ikhlas,
Baru diri pahala diberi.
Pokok peria berbuah jarang
Pokok peria berbuah jarang,
Dipetik budak sama cendawan;
Tiada setia padanya orang,
Jika tidak memiliki kawan.
Terkapar-kapar mata berbinar
Terkapar-kapar mata berbinar,
Kerana luka terbubuh cuka;
Mulut celopar lakunya honar,
Kawan tak suka Allah pun murka.
Petik teluki bawa ke peran
Petik teluki bawa ke peran,
Letak di ceruk tepi laci;
Berhasad dengki terhadap jiran,
Lakunya buruk Allah benci.
Ibu pesan membeli pala
Ibu pesan membeli pala,
Beli di kota bersama teman;
Jaga lisan jangan mencela,
Baru dikata orang beriman.
Terung belanda dipetik tok bilal
Terung belanda dipetik tok bilal,
Sama peria lada sulah;
Berpada-pada rezeki yang halal,
Infak ia ke jalan Allah.
Tumpang kereta ke Tanjung Karang
Tumpang kereta ke Tanjung Karang,
Sampainya cepat kerana sehala;
Di dunia kita ditipu orang,
Di akhirat dapat saham pahala.
Rumah batu tepi pekan
Rumah batu tepi pekan,
Seberang titi satu hala;
Ihsan itu suatu kebajikan,
Melembut hati dapat pahala.
Kebaya kasa basuh dibilas
Kebaya kasa basuh dibilas,
Sidai di laman oleh Cik Lina;
Buat jasa mengharap balas,
Tanda iman belum sempurna.
Kutip pedada beria-ia
Kutip pedada beria-ia,
Duri keman menusuk kaki;
Orang berada berhati mulia,
Dijaga iman dimurah rezeki.
Mak Timah pergi ke darat
Mak Timah pergi ke darat,
Membawa raga memetik nangka;
Diwajib muslimah menutup aurat,
Demi menjaga maruah mereka.
analisa psikologi watak-watak
Membincangkan mengenai perluasan aspek psikologi dalam watak-watak yang dimainkan
Gulai belida santan kelapa
Gulai belida santan kelapa,
Makan pagi pukul sebelas;
Derhaka kepada ibu bapa,
Di dunia lagi Allah membalas.
Kak Minah tinggal di Bangi
Kak Minah tinggal di Bangi,
Berpakat-pakat hendak ke kuala;
Orang amanah Allah senangi,
Diberi berkat rezeki pahala.
Pak seman jadi drebar
Pak seman jadi drebar,
Dibayar gaji seperti dijanji;
Orang beriman lagi penyabar,
Allah memuji dijauhi keji.
Pucuk geti santan kelapa
Pucuk geti santan kelapa,
Gulai nangka dimasak Mak Siti;
Menyinggung hati ibu bapa,
Allah murka kejinya hati.
Buah berangan buah pulasan
Buah berangan buah pulasan,
Dikelas-kelas peraih menanti;
Berhutang dengan sesama insan,
Dilunas jelas sebelum mati.
Showing 4651 to 4700 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->