Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19278 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pemikiran dalam novel Mohd. Affandi Hassan : analisis dari sudut kajian budaya
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis aspek pemikiran budaya Mohd. Affandi Hassan lewat novel-novelnya dengan menggunakan pendekatan Kajian Budaya (Cultural Studies). Lima buah novel: Tampang Sasterawan, Citra Pujangga, Wajah Pendeta, Aligupit, dan Jejak Warisan dijadikan bahan kajian selain sumber-sumber lain yang menyokong hujah dan pemikiran dari sudut Kajian Budaya. Pemahaman konsep Kajian Budaya dalam kajian sastera diperkukuh dengan pendekatan oleh Chris Barker dan Nyoman Kutha selain Ben Agger untuk menggeledah sudut-sudut budaya dalam lingkungan hidup masyarakat Malaysia yang hidup dalam karya Mohd. Affandi Hassan. Kekuatan analisis menggunakan pendekatan Kajian Budaya telah menemukan sikap dan pemikiran pengarang terhadap persoalan budaya dan pembinaan kebudayaan dalam konteks ketamadunan. Pengetahuan adalah sumber penting dalam pembinaan budaya yang dapat membina narasi besar tentang diri dan masyarakat selain memperkukuh jati diri dalam menghadap gugatan nilai di pentas global. Idea-idea mengenai pembinaan diri dan masyarakat ini diungkap dengan baik oleh Mohd. Affandi Hassan sementara bedah siasat Kajian Budaya meletakkan peranan sastera dalam masyarakat sebagai agen pembina budaya. Jelas, kajian yang menggunakan Kajian Budaya untuk melihat pemikiran pengarang tentang budaya dalam karya sangat relevan, bahkan sosiobudaya dalam karya dapat dianalisis dengan rangka pemikiran yang bersifat kesemasaan dengan nilai intelektual yang dipaksakan dalam perbincangan. Kajian ini berjaya mengangkat sikap, tanggapan dan pemikiran Mohd. Affandi Hassan tentang watak dan perwatakan entiti manusia yang membangunkan identiti masyarakat berbudaya. Mohd. Affandi Hassan ternyata mengedepankan nilai teras - agama dan budaya - yang muni/sejati (esensial) bagi pencerahan subjek/entiti, gender dan etnik di samping daya tahan melawan nilai baharu seperti liberalisme dan sekularisme yang bertopeng modenisme. Mohd. Affandi Hassan melihat kuasa dan politik dalam penentuan agenda kebangsaan yang berteras jati diri bangsa, budaya dan agama sebagai unsur paling utama. Kajian ini juga menemukan keperluan pengarang merakam nilai budaya dalam karya serta usaha setiap pengarang untuk menghasilkan karya sastera yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan budaya kerana karya sastera seharusnya menjadi magum opus masyarakat bertamadun.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh drama asing terhadap masyarakat Melayu
Abstrak
Perkembangan budaya Korea, Jepun dan China di Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya ialah faktor globalisasi yang menyebabkan segala ideologi bebas masuk di negara ini melalui pelbagai jenis media dan salah satunya adalah televisyen. Melalui rangkaian televisyen inilah yang menyebabkan berlakunya lambakan drama asing di media Malaysia yang berjaya menarik minat masyarakat Melayu umumnya untuk terus menonton. Terdapat berbagai faktor yang berjaya menarik minat masyarakat Melayu untuk menonton drama asing. Salah satu faktornya ialah disebabkan oleh faktor tema cerita. Namun begitu, lambakan drama asing ini juga telah meninggalkan beberapa kesan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Kesan positif yang dapat dilihat adalah melalui drama yang ditayangkan, ia berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para penonton. Walaupun drama asing ini mempunyai kesan yang negatif, namun ia juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Text
Konflik menentukan masa depan
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
kedah
lagu
...2 more
Nobat Di Raja Kedah Tumpuan kepada Lagu-lagu dan Pemuzik-pemuzik
Walaupun Nobat begitu penting dalam pentadbiran kerajaan Melayu hanya negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu saja yang mempunyai pancaragam Nobat Diraja ini. Di antara Nobat-nobat tersebut, Nobat Diraja Kedahlah yang dianggap paling tua usianya dan paling bersejarah yang masih aktif hingga kini.
Kajian mengenai Nobat Diraja Kedah ini dijalankan bagi mendalami lagi kesenian mengenainya dan mendedahkan kepada pengetahuan umum. Sebenarnya kajian ini merupakan langkah awal dan pertama sekali dilakukan dan diharapkan membuahkan ahsil yang baik. Dalam kajian ini akan ditinjau secara mendalam mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah terutamanya mengenai lagu-lagu nobat dan ahli-ahli mzuim yang terlibat.
Text
kelantan
rumah melayu
Rumah Melayu di Kelantan: Struktur, Fungsi dan Makna
Dalam kes kajian ini, sekiranya kita ingin meniliti dengan mendalam setiap struktur, fungsi dan makna bagi tiap-tiap bentuk atau jenis rumah yang terdapat di Kelantan maka kita akan mendapat gambaran konsep fungsi dan makna yang berbeza bagi tiap-tiap rumah. Keadaan ini terjadi kerana masyarakat Melayu Kelantan ini merupakan masyarakat yang sudah lama terdedah dengan dunia luar. Kesannya pelbagai kebudayaan mempengaruhinya. Oleh sebab itu ada variasi-variasi tertentu dalam aspek budaya bagi setiap kampung berbanding kampung lain. Walau bagaimanapun, variasi kebudayaan ini tidaklah sampai mewujudkan rumpun budaya yang lain.
Text
Pre-angkor malay port polities in cambodia, lao pdr and vietnam's History
Abstract
The corpus of present day prehistory and history of Southeast Asia (Cambodia, Laos PDR and Vietnam) had been a series of unconnected accounts, mainly touching upon the dominant Khmers as a result of Angkor civilisation's archaeological discovery...
Text
Warisan pakaian melayu cam di kemboja dan vietnam
Abstrak
Mengamati cara berpakaian sesuatu bangsa merupakan aspek terpenting dalam kajian antropologi...
Text
Seni bina alam melayu
Abstrak
Alam Melavu -vang menjadi fokus kajian seni bina vernakular kaum Austronesia ini -amat luas kawasan geografinya serta mempunyai pelbagai rupabentuk (forms) binaannya.
Text
Thermoluminescence Dating (TL-Dating): Measurement and Accuracy Factors In Archeological Dating of Ceramic Base Materials
Thermoluminescence dating is one of the known techniques that have been established in many laboratories across the region...
Text
Merawat penyakit ekonomi
Text
Empat aspek kawalan minda penganut ajaran sesat
Text
Empat aspek kawalan minda penganut ajaran sesat
Text
kelantan
Melayu
...3 more
Penglibatan Wanita Melayu dalam Perniagaan Kecil-kecilan: Kajian Kes di Pasar Kubang Kerian
Kajian ini dibuat untuk melihat kegiatan wanita Melayu dan bidang perniagaan kecil-kecilan, mengkaji sejauhmanakah penglibatan mereka ini telah memberi kesan dalam mencorak keadaan ekonomi dan sosial dalam keluarga mereka khasnya.
Kajian ini akan menyentuh beberapa aspek iaitu faktor-faktor yang mendorong penglibatan kaun wanita dalam perniagaan,untuk melihat masalah-masalah dan kesan yang dialami secara langsung dan tidak langsung di sebalik penglibatan kaum wanita di dalam bidang tersebut, serta pandangan dan perhatian masyarakat terhadap golongan wanita yang terlibat.
Text
Cerita-cerita rakyat Kelantan : analisis struktur cerita
Abstrak
Dalam pengkajian ini fokus kajian adalah kepada cerita-cerita Mak Yong Kelantan. Sebanyak tiga buah cerita Mak Yong telah dipilih untuk dianalisis. Dalam penulisan ini teori pendekatan struktural digunakan untuk menganalisis aspek dalaman bahan kajian. Sehubungan dengan itu, bagi membuat analisis dari aspek plot cerita, model morfologi V.Propp digunakan, kerana kaedah V.Propp dikatakan yang terbaik dalam melihat keseragaman plot cerita. Sehubungan dengan itu juga dalam menganalisis aspek tema, watak dan latar bagi cerita Mak Yong itu dibuat perbandingan dengan tiga buah cerita Awang Belanga yang menjadi bahan kajian oleh Mustafa Mohd Isa (1987) dan tiga buah cerita Tarik Selampit yang menjadi bahan kajian oleh Siti Aishah Mat Ali (1983). Oleh kerana cerita-cerita Mak Yong ini diperoleh secara lisan yakni secara kajian lapangan dari penutur cerita yang ditemui, maka perbincangan berkaitan tentang tukang cerita juga dilakukan meliputi aspek pemikiran dan kepercayaan tukang cerita. Hasil dari penelitian yang dilakukan didapati cerita-cerita rakyat ini sama ada cerita Mak Yong atau cerita Awang Belanga atau cerita Tarik Selampit, secara umumnya adalah berasaskan kepada satu bentuk struktur cerita yang hampir sama. Seakan terdapat satu acuan khas dalam mempersembahkan cerita tersebut.
Text
Usah beri bukan islam bela anak
Text
Kesan karya pascamodemisme Melayu
Text
Kesan karya pascamodenisme Melayu
Text
Wacana negative era moden
Text
Sarjana buat hipotesis sendiri
Text
Postmodenisme mengetepikan humanisme
Text
Postmodenisme mengetepikan humanisme
Text
Sarjana buat hipotesis sendiri
Text
Di manakah nilai ketimuranmu?
Text
Social problems
Sistem pondok bantu anak yatim
Keistimewaan sistem pondok itu ialah ibu bapa angkat akan tinggal bersama dengan anak-anak yatim itu demi mewujudkan suasana kehidupan kekeluargaan.
Text
Peribahasa sebagai sumber epistimologi melayu : satu singkapan terhadap etika kerja
Abstrak
Kertas ini menyingkap etika kerja Melayu dari peribahasa. Beberapa peribahasa Melayu menunjukkan orang Melayu mempunyai etika kerja seperti tertib, mengikut peraturan, merancang, bersungguh-sungguh, berhati-hati, dan buat hingga sempurna...
Text
Perkembangan istilah matematik dan sikap pengguna
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan istilah matematik bahasa Melayu dan mengenal pasti sikap pengguna terhadap istilah tersebut. Kajian dilakukan dengan membandingkan 50 istilah yang terdapat dalam buku istilah Fizik, Hisab dan Kimia (IFHK, 1968) dengan istilah yang terdapat dalam buku istilah Matematik untuk Sekolah-sekolah Malaysia (IMSSM, 2003). Istilah yang berubah kemudian dianalisis denga menggunakan kaedah analisis komponen makna. Seterusnya, kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk melihat penerimaan penggunaan terhadap istilah tersebut. Sejumlah 122 responden dilibatkan dalam kajian yang terdiri daripada 109 tenaga pengajar, 7 pegawai kementerian, dan 6 editor. Selain itu, sikap penggubal istilah dilihat berdasarkan istilah yang dicipta oleh mereka.
Lauk sejuk beku tetap berkhiasat
Lauk sejuk beku boleh tetap berkhasiat jika diproses dan disimpan dengan betul. Terdapat beberapa faktor yang memastikan lauk sejuk beku tetap berkhasiat. Walau bagaimanapun, dengan mematuhi amalan penyimpanan yang betul, lauk sejuk beku boleh menjadi pilihan yang sihat dan berkhasiat untuk masa-masa ketika makanan segar tidak tersedia.
Text
Keluarga berwawasan asas kecemerlangan
Text
Syor swasta biayai pelajaran pekerja
Text
Sejajar dengan pembangunan minda melayu Tenggang tafsiran terbaru
Text
Kecerdasan emosi dalam novel remaja
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal komponen-komponen kecerdasan emosi dalam novel-novel remaja dan pengaruh komponen kecerdasan emosi terhadap pembentukan sahsiah remaja dalam novel kajian. Kehadiran komponen kecerdasan emosi dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh watak yang pastinya mempunyai kaitan denga latar belakang watak dan tahap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh remaja tersebut. Remaja yang pandai mengurus emosi pastinya memiliki sifat remaja unggul iaitu mempunyai keimanan yang kukuh, akhlak yang mulia dan disanjung oleh semua orang. Terdapat tiga objektif yang dicapai dalam kajian ini iaitu, mengenal pasti kehadiran komponen kecerdasan emosi pada watak-watak yang terdapat dalam teks kajian, menganalisis kecerdasan emosi yang terdapat pada watak-watak protagonis remaja berdasarkan Model Kecerdasan Emosi (MKE) dalam teks kajian dan menilai pengaruh dan kepentingan komponen kecerdasan emosi terhadap pembentukan sahsiah unggul watak protagonist remaja dalam teks terpilih. Kajian ini berlandaskan Teori Kecerdasan Emosi yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey (1990) dan Teori Kecerdasan Emosi oleh Daniel Goleman (1995/1999). Selain itu, Pendekatan Tauhid juga diguna pakai untuk melihat apspek-aspek kerohanian Islam dalam diri remaja.
Text
sastera Melayu
Komponen kesedaran peribadi dalam novel remaja terpilih
Kajian ini dijalankan untuk meneliti pengaruh kecerdasan emosi dalam komponen kesedaran peribadi terhadap pembentukan sahsiah remaja dalam novel-novel remaja terpilih.
Text
Pentingkan diri punca perbalahan
Text
Masalah remaja kian meruncing
Isu remaja yang semakin berleluasan dalam bersosial
Text
Remaja suka rosakkan diri sendiri
Text
Anak kucar-kacir jika kurang agama
Text
Remaja kini makin ganas
Text
Sekitar Simposium Wanita Dalam Perundangan dan Syariat Islam : Cerai perlu bawa ke mahkamah
Text
Log Book
Laporan buku log: Jabatan Pelajaran Kelantan
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Pelajaran Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2003
Text
war
Collection of Letters of Raja Haji Ahmad of Riau: An Introduction by WAN MOHD. SHAGHIR Abdullah
Introduces a collection of letters by Raja Haji Ahmad of Riau, highlighting their historical value and contribution to Malay intellectual and literary history.
Text
war
Treasures of the Manuscripts of the Legacy of Syeikh Ahmad al-Fatani by Wan Mohd. Shaghir Abdullah
Highlights the manuscript heritage of Syeikh Ahmad al-Fatani and its importance in preserving Islamic scholarship and Malay intellectual tradition.
Text
war
Authors of Book Manuscripts in the Malay World: A Preliminary Survey by WAN MOHD. SHAGHIR Abdullah
Gives an overview of manuscript authors in the Malay world and highlights their contributions to Malay literary and intellectual history.
Text
war
Famous Copyists of Biblical Manuscripts from the Malay Peninsula by WAN MOHD. SHAGHIR Abdullah
This work discusses scribes in the Malay Peninsula who were involved in copying religious manuscripts. It highlights their role in preserving written traditions, showing how manuscript culture relied on careful copying and transmission of texts across generations.
Text
war
A Collection of Letters from Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong, who was Called the Shepherd of Malay Business: An Introduction
Discusses letters by Raja Ali bin Raja Muhammad (Tengku Nong) highlighting his role in developing Malay trade, business networks, and early entrepreunership in the Malay community.
Text
Tokoh-tokoh penyalin manuskrip kitab dari Semenanjung Tanah Melayu
Manuskrip kitab dari Semenanjung Tanah Melayu banyak dilahirkan oleh pengarang yang diteruskan karangan mereka oleh penyalin bagi tujuan memperkaya dan mempersebarluaskan versi salinan kitab agar mudah ditelaah oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Text
Khazanah manuskrip pusaka Syeikh Ahmad al-Fatani
Showing 4751 to 4800 of 19278 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2