Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Gerakan menentang komunis
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Gerakan menentang komunis
Parti Komunis Malaya
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaya yang kedua: Analisa
Harapan rakyat dan pemimpin negara untuk mengecapi keamana yang berkekalan selepas zaman Darurat Pertama meleset apabila sekali lagi pemimpin dan kerajaan terutamany pasukan keselamatan terpaksa bekerja keras bagi menghadapi Zaman Darurat Kedua Malaysia. Niat dan tujuan pengganas komunis yang ingin mengambilalih tampuk utama pemerintahan negara sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat. Menyedari akan perkara ini maka pelbagai usaha dan aktiviti telah disusun atur dengan begitu rapi oleh kerajaan bagi menyelamatkan negara dari ancaman dan serangan pengganas komunis. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera, Pasukan Polis, Pasukan Sukarela serta pasukan dan kesatuan gabungan lain-lain telah bekerjasama dan berganding bahu untuk menentang keganasan yang telah dianjurkan oleh pengganas komunis dalam tempoh tersebut.
Pelbagai operasi dan gerakan ke atas seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan oleh pasukan tentera dan polis dalam menentukan semua keerluan, kemudahan dan kekuatan pengganas komunis dapat dimusnah dan dihapuskan. Sebagai agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan negara, bangsa dan agama serta diiringi dengan rasa tanggungjawab, maka pasukan keselamatan yang telah diamanahkan, mengambil berbagai-bagai langkah untuk menjaga dan mengekalkan keamanaan negara yang tercinta ini. Dengan semangat perjuangan yang amat tinggi serta rasa ingin melihat negara sendiri dalam keadaan aman, maka keamanan negara telah dapat dicapai apabila negara diisytiharkan bebas dari ancaman pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah merupakan usaha oleh pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya ianya adalah merupakan usaha bersama oleh beberapa agensi kerajaan.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2