Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (3 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Kuda Kepang
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Johor
Kuda Kepang
Kuda Kepang (Khasnya di Negeri Johor)
Kuda Kepang adalah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh. Perkataan 'kepang' membawa maksud anyaman. Kuda-kudaan ini digunakan oleh pemain-pemain untuk menggantikan kuda sebenar. Kuda Kepang ini terkenal di kalangan penduduk negara ini yang berketurunan Jawa. Kuda Kepang ini biasanya dipersembahkan di dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian.
Kuda kepang ini ada hubungannya dengan kuasa ghaib. Oleh itu di dalam pertunjukan kuda kepang ini selalunya didapati beberapa orang pemain terlalu ghairah hingga tidak sedarkan diri atau mabuk. Mereka yang mabuk ini akan dipulihkan oleh bomoh atau pengawal-pengawal yang telah siap sedia dari awal hingga ke akhir pertunjukan.
Text
Kuda Kepang
Kuda Kepang
Menurut informan, Wak Kasman, tarian kuda kepang merupakan satu bentuk permainan tradisional yang amat digemari oleh penduduk yang berketurunan Jawa. Oleh kerana di negeri Johor khususnya terdapat ramai anggota masyarakat yang berketurunan Jawa, maka tarian ini amat popular di negeri tersebut. Menurut Wak Kasman lagi di kawasan Ulu Selangor juga terdapat permainan kuda kepang ini.
Terdapat dua jenis kuda kepang. Pertamanya adalah Kuda Kepang Jaranan. Jenis kuda kepang ini amat popular di daerah Muar. Ianya tidak menggunakan ilmu sihir dalam persembahan dan mereka yang memainkannya tidak mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya ialah kuda kepang biasa sahaja. Ia berbeza dengan Kuda Kepang Jaranan dimana pemainnya akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Malah mereka yang melihatnya, terutama mereka yang lemah semangat juga akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Kuda kepang ini tidak begitu popular lagi kerana persembahannya yang agak berbahaya.
Text
Barongan
jawa
...1 more
Peralatan muzik Barongan
Lazimnya kumpulan Barongan wujud beriringan dengan kumpulan-kumpulan Kuda Kepang. Ini disebabkan persembahan Kuda Kepang adalah sebahagian daripada persembahan Barongan itu sendiri. Setakat kajian ini dijalankan, penulis dimaklumkan bahawa kumpulan-kumpulan Barongan boleh didapati di beberapa buah kampung terutamanya di sekitar daerah-daerah Batu Pahat, Pontian dan Muar di negeri Johor. Kumpulan-kumpulan Barongan ini lazimnya terdapat di kampung-kampung yang sebilangannya besar penduduknya adalah keturunan masyarakat Jawa. Setakat kajian ini dilakukan, belum ada lagi dijumpai npersembahan Barongan oleh orang-orang bukan dari keturunan Jawa seperti Melayu, Banjar, Bugis dan sebagainya.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2