Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (6 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Langkawi
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
cerita rakyat
Langkawi
Benarkah Mahsuri berzina?
Semasa ketiadaan suaminya, Mahsuri diberitakan selalu menerima kedatangan Dramang ke rumahnya. Datin Isteri Datuk Kama Jaya yang cemburu terhadap kemasyhuran Mahsuri itu meminta suaminya menyiasat dan mengambil tindakan. Dan akhirnya Mahsuri dibawa ke muka pengadilan.
Text
hospital pakar
Langkawi
Langkawi wajar miliki hospital pakar.
Pelancong asing memerlukan rawatan kesihatan di pulau pelancongan, jadi, pewujudan hospital pakar perlu dibina bagi menarik pelabur.
Text
Langkawi
pelancongan
...1 more
Industri Pelancongan dan Kesannya kepada Peniaga-peniaga Kecil di Pulau Langkawi
Kertas projek ini mengkaji mengenai industri pelancongan di Langkawi dan kesan-kesannya kepada peniaga-peniaga kecil. Antara kesan positif kepada peniaga-peniaga kecil ini adalah dari segi peningkatan pendapatan dan kemudahan-kemudahan perniagaan. Banyak pembangunan telah dinikmati oleh penduduk Pulau Langkawi dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Kegiatan perniagaan turut bertambah sejak pulau ini dijadikan pulau bebas cukai pada tahun 1987. Pembangunan setiap aspek ini menolong Pulau Langkawi menempatkan dirinya sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Text
industri
industri pelancongan
...4 more
Kesan Industri Pelancongan di Langkawi Terhadap Masyarakat Kampung
Industri pelancongan adalah satu bidang baru di negara ini. Menyedari bahawa sektor pelancongan mempunyai potensi sebagai sumber pendapatan tukaran wang asing, penekanan diberikan terhadap penggabungan usaha-usaha penggalakan dan pemasaran, meningkatkan mutu daya tarikan, kemudahan dan perkhidmatan yang penting, mempertingkatkan kemahiran serta menyenangkan aktiviti pelancong yang datang ke Malaysia.
Pulau Langkawi telah diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan yang dijangkakan dapat menarik pelancong dengan keindahan dan keunikan semulajadi pulau itu. Kalau dahulu Langkawi dianggap sebagai sebuah pulau yang sepi, tidak bertenaga malah sebagai sebuah pusat pelancongan paling mundur dari segi kemudahan dan pembangunan tetapi kini telah menjadi tumpuan dan tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.
Pulau Langkawi akan menjadi pusat pelancongan dan pusat perniagaan serta kewangan yang terbaik di rantau ini apabila lebih banyak syarikat penerbangan asing dibenarkan membuat penerbangan terus ke situ.
Ahli parlimen
dewan rakyat
...2 more
Seksis: Speaker belum buat keputusan terhadap Ahli Parlimen Langkawi
Text
Langkawi
meninggal dunia
...2 more
Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman
Bekas Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia jam 3 pagi semalam waktu Malaysia di Frankfurt, Jerman.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->