Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (2 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Pendudukan Jepun
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ekonomi pertanian
kedah
...2 more
A Study of the Rice Trade in Kedah Before and During the Japanese Occupation
Perdagangan beras di Kedah sebelum dan semasa pendudukan Jepun (1941–1945). Meneliti bagaimana sistem pengeluaran dan pengedaran beras berubah akibat dasar-dasar Jepun serta kesannya terhadap petani tempatan dan keselamatan makanan.
Text
Kesultanan Melayu Melaka
Pendudukan Jepun
...1 more
Sistem pertahanan Melayu sejak tahun 1400 sehingga tahun 1990-an
Kajian "Sistem Pertahanan Melayu: Mulai 1400 sehingga sekarang" bukan sahaja dilihat dari sudut keselamatan atau berkaitan ketenteraan semata-mata. Malah ianya mencakupi skop yang lebih meluas yang merangkumi struktur dan bentuk pemerintahan, kuasa-kuasa politik, adat resam, budaya sosial, sosio-ekonomi dan tamadun Melayu secara keseluruhannya bermula sejak 1400 iaitu era keujudan Kesultanan Melayu Melaka hingga sekarang. Dalam erti kata yang lain kertas kajian ini mengkaji sejauh mana wujudnya ketuanan Melayu.
Beberapa persoalan perlu difikirkan dengan warasnya dan dijawab oleh pembaca. Walau bagaimanapun tinggi atau teguhnya ketahanan dan tamadun Melayu, hakikatnya adalah bangsa Melayu mampu mempertahankannya daripada serangan dan pengaruh Barat. Barat bukan sahaja dapat merampas wilayah-wilayah Melayu secara fizikal tetapi ciri-ciri tamadun Melayu sendiri telah diserang dan dimusnahkan sehingga orang Melayu adanya yang tidak lagi kenal aspek-aspek tertentu dan tamadun Melayu. Tamadun sesuatu bangsa tidak terbentuk dalam sekelip mata. Oleh itu kita harus faham tamadun sesuatu bangsa mengambil masa yang lama mungkin beratus-ratus tahun untuk dibentuk.
Penjajahan yang berlaku ke atas bangsa Melayu harus dijadikan iktibar dan pengajaran supaya kesilapan-kesilapan yang lalu dapat dihindarkan dari berulang lagi.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->