Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (25 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: arabes
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Dalam memperkatakan antara hubungan arabes...
"Dalam memperkatakan antara hubungan arabes dengan kesenian Kristian terdapat bukti-bukti yang menunjukkan hiasan arabes telah menyerap masuk dalam kesenian Gothik di Eropah. Ini bermakna pengaruh kesenian Islam telah mempengaruhi kesenian Barat lebih awal lagi sebelum zaman renaissance."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Motif arabes ini mula dikenali di...
"Motif arabes ini mula dikenali di Alam Melayu setelah kedatangan Islam itu sekitar abad ke-14 M. dan selepasnya. Ia dibawa oleh saudagar-saudagar. Motif-motif yang umum dikenali ialah penggunaan tulisan-tulisan Arab dijadikan hiasan pada kraftangan."
Text
arabes
kesenian islam
...3 more
Permulaan abad ke-17 M. merupakan detik...
"Permulaan abad ke-17 M. merupakan detik permulaan bagi pereka dan pengukir menghiasi barang-barang kemas dengan reka bentuk arabes. Antara pengukir-pengukir tersebut ialah Daniel Mignot (1590), Hans Hensel (1599), M. Le Blon, Jacques Hurtu (1615-19), Marcus Grundler (1617), Jean Toutin (1618-1619) dan Esias Van Hulsen (1617)."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Selain motif kaligrafi, arabes juga...
"Selain motif kaligrafi, arabes juga sangat menarik minat dan mempersonakan seniman-seniman Barat. Ciri-cirinya yang halus, unik dan bertindan-tindih serta boleh digunakan dalam berbagai bahan dan bentuk menjadikannya seni hias yang tiada tolok bandingnya."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Permaidani Parsi merupakan permaidani yang...
"Permaidani Parsi merupakan permaidani yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini kerana kehalusan, warna dan motif arabes yang digunakan."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Komunikasi visual antara audien dan seni hias...
"Komunikasi visual antara audien dan seni hias merupakan proses dari satu sistem interpretasi dan metodologi seni. Proses timbal balik ini selain memerlukan bantuan bahasa seni yang lain, ia juga meminta audien sentiasa peka dan sedar kepentingan Islam sebagai al-Din yang bertindak menguasai dan melahirkan kesenian tersebut."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Tujuan arabes ialah memberi gambaran...
"Tujuan arabes ialah memberi gambaran tentang sesuatu corak yang tidak terbatas sifatnya kepada pendengar atau penonton. Dengan itu kekuasaan Allah yang tidak terbatas ditegaskan semula dalam corak yang boleh dilihat dan didengar."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Manakala gaya Uthmaniyah khususnya di istana...
"Manakala gaya Uthmaniyah khususnya di istana Topkapi, mengambil motif bunga sebagai hiasan dalaman serta menggunakan kepelbagaian warna pada jubinnya."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Warna merupakan media penting dalam...
"Warna merupakan media penting dalam penerokaan keseluruhan kehebatan arabes sebagai seni hias yang tidak ada tolok bandingnya. Terdapat perbezaan pemilihan warna antara gaya-gaya yang berbeza."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Arabes tidak membataskan ruang artistiknya...
"Arabes tidak membataskan ruang artistiknya pada permukaan seni bina masjid, malahan kekuatan tenaga artistiknya menjalar ke permukaan kayu, batu, permukaan yang dilukis, hiasan tembikar, gelas, besi, penjilidan buku, hiasan buku dan corak raga Islam."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Manakala atomisme merupakan tema yang...
"Manakala atomisme merupakan tema yang menjelaskan hubungan kombinasi unit-unit motif yang berbagai-bagai dalam satu kesatuan ruang dan permukaan. Ia merupakan kesatuan sistem yang terbentuk daripada kepelbagaian dalam kesatuan, kesatuan dalam kepelbagaian."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Tema-tema penting yang harus dilihat dari arabes...
"Tema-tema penting yang harus dilihat dari arabes ialah perutusan berhubung dengan konsep atomisme dan sifat Allah yang kekal abadi."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif-motif yang bertindih-tindih...
"Motif-motif yang bertindih-tindih, sering berulang-ulang menimbulkan pergerakan berirama yang melahirkan kesan-kesan harmoni. Tidak wujud apa yang dinamakan ketegangan atau percubaan yang sia-sia."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif geometri juga menjadi hiasan...
"Motif geometri juga menjadi hiasan di mimbar masjid Aladin di Konia dan juga kubah di beberapa masjid di Iran. Penggunaan motif geometri juga tidak terhad di permukaan kubah, tetapi juga menjadi hiasan pada jubin-jubin di permukaan dinding, menara dan lantai masjid."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Motif-motif berbentuk geometri yang berkembang...
"Motif-motif berbentuk geometri yang berkembang di Mesir juga merupakan motif-motif penting selain motif daun dan tumbuh-tumbuhan. Kehebatan penggunaan motif geometri adalah disebabkan kepelbagaian sudut yang dibentuk olehnya. Dari bentuk-bentuk asas tiga segi dan empat segi melahirkan bentuk-bentuk yang lebih kompleks-pentagon, heptagon, hexagon, oktagon dan monogon."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Unsur-unsur pokok desain arabes...
"Unsur-unsur pokok desain arabes didasarkan pada pengaturan bentuk-bentuk daun di dalam bentuk-bentuk sudut banyak yang abstrak yang dalamnya tangkai dan cabang saling berkelindan dan ruang-ruang diisi dengan serasi."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Pada prinsipnya arabes tidak lari dari...
"Pada prinsipnya arabes tidak lari dari seni hias yang terkandung di dalamnya berbagai motif daun-daun, bentuk-bentuk geometri, tulisan dan imej binatang. Ia diubahsuai dengan penuh gaya mengikut kecenderungan kreativiti seniman Islam berdasarkan kemampuan imaginasi mereka."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Mores ialah satu lagi istilah...
"Mores ialah satu lagi istilah yang menerangkan corak-corak hiasan awal berdaun yang mempunyai dasar yang sama seperti arabes dalam hubungannya dengan motif-motif tumbuh-tumbuhan. Ia berasal dari Damsyik dan berkembang di Mesopotamia, Parsi dan Syria."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Arabes atau corak yang tidak terbatas...
"Arabes atau corak yang tidak terbatas mempunyai gaya yang khas bagi merujuk daerah munculnya kesenian ini. Umpamanya seni hias di Parsi digelar gaya setengah Parsi, Syria dan Mesir disebut Saracenic gaya atau corak Arab, di Tunisia, Moroko dan Sepanyol dipanggil gaya atau corak Moor, di Turki disebut gaya atau corak Uthmaniyah manakala di India dipanggil Indo-Saracenic."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Perkembangan arabes sebagai satu cabang kesenian...
"Perkembangan arabes sebagai satu cabang kesenian yang penting telah menjalar ke seluruh dunia Islam hingga ke Eropah. Ia telah berkembang di Syria, Afrika Utara dan Parsi pada abad ke-8 M. di Mesir pada abad ke-9 M., di Andalusia dan India pada abad ke-11 M. dan Turki pada abad ke-15 M."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Keutamaan arabes dalam kesenian Islam...
"Keutamaan arabes dalam kesenian Islam berasaskan bahawa arabes menjadi tema asasi dalam berbagai-bagai aspek kesenian, kepelbagaian etnik dan pelbagai bahan sama ada yang bersifat pejal atau elastik."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Arabes lahir dalam satu budaya...
"Arabes lahir dalam satu budaya dan tamadun yang umat awalnya amat mahir dalam berbagai-bagai ilmu-matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber pertalian estetik. Seniman-seniman Islam juga dikenali sebagai ahli sufi, ahli sosiologi, ahli matematik dan ahli falsafah."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Arabes atau corak yang tidak terbatas...
"Arabes atau corak yang tidak terbatas merupakan unsur penting yang melampaui ruang masa dan daerah yang tidak terpisah dari kesenian dan dunia Islam, sebagaimana yang dijelaskan oleh R. Sandler: Arabes merupakan unsur utama seni bina Islam sepanjang zaman dan merupakan objek yang kedapatan di seluruh dunia."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhan...
"Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi adalah alternatif kepada larangan yang disebut oleh Hadith. Sungguhpun berbagai-bagai tafsiran telah dibuat sebagai reaksi Hadith-hadith tersebut namun seniman Islam melihat motif-motif hiasan merupakan cetusan dan kekuatan kreativiti. Malahan ia terkandung nilai-nilai yang berteraskan kepada landasan keislaman."
Text
arabes
kesenian islam
Arabes
Arabes atau corak yang tidak terbatas memberi ruang dan bidang yang luas kepada seniman-seniman Islam menggayakannya dengan berbagai cara.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2