Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (8 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: dialek
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
dialek
Konsep dialek
Laman tentang konsep dialek
Website
dialek
Homonim antara dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melanau
Laman tentang dialek Bahasa Melayu dan Melanau
Text
Bahasa Melayu Standard
dialek
Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa...
"Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa sebaik mungkin mengambil kira segala bentuk pendokumentasian yang dilakukan terhadap kosa kata yang menyeluruhi pandangan dunia orang-orang Melayu yang mungkin terdapat dalam semua dialek yang mendukung sesuatu bahasa standard untuk kegunaan yang antar-dialek dalam sesebuah masyarakat bahasa. "
Text
dialek
negeri sembilan
Dengan menganggap bunyi Bahasa Melayu Standard...
"Dengan menganggap bunyi BMS terbelenggu oleh sistem sebutan yang fonemik, maka DNS yang alofonik sifatnya dengan sendirinya memperlihatkan keserasian perubahan secara relatif dengan kadar yang agak seragam juga pada keseluruhannya. "
Text
dialek
negeri sembilan
Dialek Negeri Sembilan adalah dialek...
"Dialek Negeri Sembilan adalah dialek petani, kelainan daripada Bahasa Melayu dan piawai. "
Text
dialek
negeri sembilan
Dialek Negeri Sembilan: Satu lambang ciri budaya Negeri Sembilan
Pendekatan kepada dialek membuatkan kita memahami kepentingan kebudayaan Melayu Negeri Sembilan sebagai latar, yakni : cara berfikir dan berbuat masyarakat tersebut dan keseniannya.
Text
dialek
Pengaruh dialek Perak di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Keli, Perak Darul Ridzuan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan sederetan bunyi yang lahir daripada gerakan alat sebutan (artikulator) manusia. Oleh itu, penguasaan berbahasa yang baik biasanya menghasilkan kebiasaan berkomunikasi yang sempurna dan berkesan. Sungguhpun bahasa Melayu kini digunakan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara, timbul keraguan sama ada dialek-dialek Melayu turut mempengaruhi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Ajib Che Kob (1981:491) dalam satu simposium "Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ada dua golongan pendapat yang pro atau kontra mengenai pengaruh dialek dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Golongan pertama diwakili oleh pengkaji seperti Azman Wan Chik yang menganggap dialek sebagai satu unsur berfaedah dan bermanfaat. Beliau mengesyorkan supaya dialek itu diterangkan dalam beberapa aspek. Golongan kedua diwakili oleh pengkaji seperti Abd Hamid Mahmood, mereka berpendapat bahawa dialek memang mempengaruhi serta memberi gangguan terhadap pengajaran bahasa Malaysia. Golongan ini mencadangkan supaya penggunaan dialek seminimum mungkin terutama di sekolah-sekolah.
Text
dialek
fonologi
...2 more
Beberapa ciri menarik dialek Baling dari segi fonologi dan leksikal
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat analistik, yakni kajian yang membuat analisis tentang dialek Patani-Baling dari aspek fonologi dan leksikalnya. Kajian ini meliputi aspek-aspek sistem vokal, sistem konsonan dan aspek kosa kata.
Dalam Bab 1 dibincangkan tentang latar belakang dialek di Kedah termasuk dialek Patani-Baling sebagai sub-dialek kepada dialek Kedah. Bab ini juga memuatkan tentang tujuan kajian dibuat, penyataan masalah, batasan kajian, metodologi kajian dan beberapa definisi dialek yang diberikan oleh para sarjana tempatan mahupun sarjana barat.
Bab 2 pula mengupas tentang beberapa maklumat asas daerah Baling termasuk dari segi sejarah, penduduk, aspek pendidikan dan aspek ekonomi. Bab ini dapat memperjelaskan latar belakang daerah Baling kepada umum secara sepintas lalu.
Analisis dalam Bab 3 merupakan intipati kepada kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan aspek fonologi, merangkumi sistem vokal dan konsonan yang terdapat dalam dialek Baling. Distribusi konsonan meliputi distribusi konsonan plosif, nasal dan frikatif juga dibincangkan dalam bab ini.
Bab 4 pula membincangkan aspek leksikal dan kosa kata. Aspek ini merangkumi aspek pembinaan kata satu sukukata dan pembinaan kata dua sukukata dan lebih, kata monosilabik dan apek kosa kata. Dalam aspek kosa kata, kajian ini membincangkan kata dari segi Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Bab 5 merupakan bab penutup. Dalam bab ini pengkaji cuba merangkumkan perbincangan dalam bab-bab awal dalam satu kesimpulan dan saranan yang dikumpulkan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2