Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (7 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: motif
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
batik sarung
corak
...2 more
Batik sarung ialah yang mula-mula dihasilkan...
"Batik sarung ialah yang mula-mula dihasilkan dari kesenian membatik. Batik sarung kebanyakannya dibuat dengan menggunakan teknik sutera saring dan ianya boleh didapati dalam pelbagai corak yang menarik. Dalam tahun 1960-an batik sarung dibuat dengan menggunakan teknik blok dan kemudiannya motif-motifnya dicanting dengan berus."
Text
corak
motif
Untuk menghasilkan corak, motif-motif yang dipilih...
"Untuk menghasilkan corak, motif-motif yang dipilih disusun di dalam ruang-ruang dan bahagian-bahagian tertentu. Menurut Siti Zainun Ismail, "Bentuk motif yang disusun tunggal (satu motif) disebut bunga, susunan berderet di bahagian pinggir disebut corak pinggir". "
Text
corak
motif
...2 more
Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun...
"Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun bagi menghasilkan songket. Biasanya pucuk rebung yang direka oleh pereka corak motif ialah berbentuk tiga segi. Bahagian pucuknya lebih panjang atau tinggi kerana kedudukannya atau sifatnya pokok buluh akan menunjang untuk menaikkan pucuknya. Bentuk tiga segi yang terdapat pada pucuk rebung ini berkedudukan seimbang. Kelebihan yang terdapat pada corak motif pucuk rebung ini ialah motif ini boleh disusun secara menegak, melintang, bertentangan dan berlawanan."
Text
corak
fabrik
...1 more
Motif merupakan gambaran visual atau imej yang menjadi ragam hias...
"Motif merupakan gambaran visual atau imej yang menjadi ragam hias corak sesuatu permukaan fabrik yang berfungsi untuk mengindahkan, mencantikkan dan menambah nilai pada sesuatu fabrik. Motif menurut Teuku Iskandar (1970) ialah unsur utama dalam penghasilan ragam hian dan menjadi dasar kepada Ragam hias sesuatu permukaan fabrik itu."
Text
motif
tumbuh-tumbuhan
Menurut Haziyah Hussin (2006), secara keseluruhan motif tumbuh-tumbuhan...
"Menurut Haziyah Hassan (2006), secara keseluruhan motif tumbuh-tumbuhan adalah motif yang paling banyak dihasilkan. Motif ini digubah melalui banyak modifikasi sehingga sukar untuk dikenali. Namun begitu, kebanyakan motif ini, dengan kebijaksanaan dan kreativiti perekanya, masih mengekalkan identiti motif tersebut. Contohnya dalam penggunaan motif 'bunga penuh' yang biasa dibuat di Terengganu dan Kelantan atau 'bunga tabur' pula di Pahang."
Text
cerita lama
hikayat
...2 more
Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama...
"Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama atau hikayat yang disampaikan oleh generasi terdahulu dan diadaptasikan dalam bentuk lakaran serta diaplikasikan dalam bentuk barangan kraftangan."
Text
kehidupan hutan
motif
...1 more
Kehidupan hutan juga menjadi sumber...
"Kehidupan hutan juga menjadi sumber idea kepada pereka bentuk motif yang mengubah suai dan melakukan penggayaan (stylisation) imej-imej fauna seperti unggas dan haiwan. Antara bentuk-bentuk motif yang biasa terdapat dan diguna pakai dalam seni kraf Melayu termasuklah kupu-kupu, siput, keluang, itik, gajah dan lain-lain lagi."
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2