Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (6 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: pertukangan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kesenian islam
Logam
...1 more
Selain pengaruh Rom, seni pertukangan...
"Selain pengaruh Rom, seni pertukangan logam juga telah dipengaruhi oleh Sasan. Motif-motif yang sering digunakan dalam pertukangan perak di Parsi ialah pemandangan perburuan, bentuk tumbuh-tumbuhan dan binatang yang ganjil."
kesenian islam
pertukangan
...1 more
Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera...
"Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam sama ada di Parsi, India dan di negara Islam yang lain mempunyai jenis dan nama yang tertentu misalnya pedang, jambia, lembing, tombak, kapak dan keris. Selain kualiti ketahanannya yang diakui, ia juga telah dihias dengan motif kaligrafi, tumbuh-tumbuhan dan arabes dengan begitu halus dan unik."
Text
besi
kesenian islam
...1 more
Besi telah digunakan dalam berbagai...
"Besi telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak 6000 tahun yang lalu. Nabi Allah Daud A.S. adalah orang yang awal di dunia ini menggunakan besi sebagai senjata. Dari segi penggunaannya, ia begitu dikehendaki dalam penciptaan alat-alat senjata bagi tujuan peperangan."
Text
perahu
pertukangan
...1 more
Perahu: Seni Pertukangan Tangan Masyarakat Melayu Tradisional
Semenanjung Malaysia adalah sebuah negara yang di kelilingi oleh laut dengan cabang-cabang sungai yang banyak. Sejak zaman berzaman, orang Melayu telah dikenali sebagai pelaut yang mahir.
Perahu yang juga dikenali sebagai sampan adalah alat perhubungan dan pengangkutan yang terpenting dizaman dahulu. Perahu adalah "small open vessel for travelling in on water especially the kind moved with oars". Perahu bergerak di permukaan air dengan cara didayung dengan sejenis alat yang dinamakan pengayuh yang dibuat daripada kayu dan diberi ulu supaya mudah dipegaang ketika berkayuh. Oleh kerana perahu menggunakan tenaga manusia untuk mengayuh maka penggunaannya adalah terhad di kawasan persisi pantai, sungai dan tasik.
Text
brunei
perak
...3 more
Seni Pertukangan Perak di Brunei Darussalam
Antara semua pertukangan tempatan yang terdapat di Brunei Darussalam, Pertukangan Perak Brunei adalah merupakan satu pertukangan yang termasyhur sekali di peringkat antarabangsa, dan juga salah satu daripada pertukangan yang tertua sekali.
Pertukangan seni perak adalah merupakan satu pertukangan yang terkenal dengan kemahiran dan kecekapan tradisi untuk beberapa abad yang lampau. Walaupun tidak terdapat lombong perak di Brunei, ini tidak bermakna bahawa kerja-kerja pertukangan Perak Brunei tidak dapat dijalankan dan tidak menghasilkan mutu serta kemahiran yang tinggi.
Text
brunei
pertukangan
...1 more
Pertukangan Tembaga di Negara Brunei Darussalam
Menurut informan bagi kajian ini (Haji Ibrahim bin Tahir, seorang guru pertukangan tembaga di Bangunan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei), pertukangan tembaga dalam tahun-tahun 1930an dan tahun-tahun sebelumnya hanyalah merupakan sebagai aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa lapang yang senggang bagi anggota-anggota tertentu masyarakat Brunei dan bukanlah bertujuan untuk komersial. Tetapi apabila masyarakat Melayu Brunei khasnya masyarakat di tempat kajian iaitu masyarakat Melayu Kampung Ujong Bukit yang telah terdedah kepada unsur-unsur kebendaan dan dunia luar serta mereka telah menjadi masyarakat yang terbuka dengan menerima unsur-unsur modenisasi, maka pertukangan tembaga ini semakin menjadi popular dan telah dijalankan secara penuh masa. Dengan kata lain ianya telah dijadikan sebagai mata pencarian oleh sebilangan anggota-anggota masyarakat di tempat kajian.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2