Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (2 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: proses sosialisasi
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
faktor sosialisasi
institusi keluarga
...3 more
Proses sosialisasi dalam masyarakat Melayu
Kertas projek ini dibahagikan kepada empat bab. Dalam bab pertama, saya terus membincangkan dan menghuraikan apa yang disebutkan sebagai proses sosialisasi atau konsep bagi proses ini dan bagaimana ia dijalankan. Ia juga tidak ketinggalan menerangkan matlamat proses ini dan apa peranan yang dimainkan oleh agen-agen sosialisasi dalam proses ini dari segi faedah dan faktornya.
Bab kedua adalah bab mengenai peringkat-peringkat kitaran hidup yang ditumpukan dalam proses sosialisasi. Saya telah membahagikan peringkat-peringkat tersebut kepada empat tahap iaitu dari tahap bayi, tahap kanak-kanak, tahap remaja sampai ke tahap dewasa. Pembahagian ini membolehkan kami melihat proses sosialisasi yang dialami secara terperinci.
Manakala dalam bab ketiga pula saya cuba meneliti sejauh manakah faktor agama iaitu Islam telah mempengaruhi proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Manakala bab keempat merupakan kesimpulan yang saya buat mengenai proses sosialisaso yang dijalankan dalam masyarakat Melayu.
Text
asal usul orang Rawa
pantang larang
...2 more
Berjojak : Ritual terpenting dalam lingkaran hidup masyarakat Rawa
Berjojak merupakan tradisi warisan masyarakat Rawa golongan Pantang Tanah. Ia adalah perkataan Rawa yang berasal dari perkataan 'jejak' iaitu menjejakkan kaki ke tanah. Bagi golongan Pantang Tanah, ritual ini dijalankan pada kali pertama bayi menjejakkan kakinya ke tanah. Ritual ini adalah satu proses yang mengiiringi proses lingkaran hidup masyarakat Melayu khususnya Melayu Rawa.
Berjojak wijud dari kepercayaan golongan Pantang Tanah ini adalah dari keturunan raja. Justeri itu, mereka harus berpantang tanah dan ritual Berjojak perlu dijalankan untuk membatalkan pantang larang yang dikenakan kepada setiap individu. Ada pihak menganggap bahawa ia adalah ritual yang banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur semangat dan kepercayaan animisme yang fanatik.
Kepercayaan masyarakat Melayu yang lain terhadap upacara ini adalah berbagai; sebahagian golongan yang menerima dan sebahagian lagi menolaknya. Walaupun ianya dianggap menjadi amalan golongan Pantang Tanah, namun sebenarnya ia turut diamalkan oleh masyarakat Melayu lain. Perbezaannya hanyalah dari segi pengamalan, penggunaan peralatan dan kepercayaan terhadap kepercayaan tersebut.
Secara ringkasnya kajian ini dijalankan bertujuan melihat amalan ritual golongan Pantang tanah yang dianggap sebagai upacara yang terpenting dalam kehidupan mereka. Kajian ini seterusnya juga akan membincangkan mengenai kitaran atau lingkaran hidup manusia. Huraian dibuat berkisar kepad upacara-upcara yang diamalkan dalam mengiiringi proses lingkaran hidup manusia. Kajian ini tidak memfokuskan kepada proses pembesaran hidup manusia. Sebahagian kajian ini meliputi lingkaran hidup masyarakat Rawa, perlaksanaan ritual, kepercayaan serta fungsi ritual tersebut.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2