Berjojak : Ritual terpenting dalam lingkaran hidup masyarakat Rawa

Dublin Core

Description

Berjojak merupakan tradisi warisan masyarakat Rawa golongan Pantang Tanah. Ia adalah perkataan Rawa yang berasal dari perkataan 'jejak' iaitu menjejakkan kaki ke tanah. Bagi golongan Pantang Tanah, ritual ini dijalankan pada kali pertama bayi menjejakkan kakinya ke tanah. Ritual ini adalah satu proses yang mengiiringi proses lingkaran hidup masyarakat Melayu khususnya Melayu Rawa.

Berjojak wijud dari kepercayaan golongan Pantang Tanah ini adalah dari keturunan raja. Justeri itu, mereka harus berpantang tanah dan ritual Berjojak perlu dijalankan untuk membatalkan pantang larang yang dikenakan kepada setiap individu. Ada pihak menganggap bahawa ia adalah ritual yang banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur semangat dan kepercayaan animisme yang fanatik.

Kepercayaan masyarakat Melayu yang lain terhadap upacara ini adalah berbagai; sebahagian golongan yang menerima dan sebahagian lagi menolaknya. Walaupun ianya dianggap menjadi amalan golongan Pantang Tanah, namun sebenarnya ia turut diamalkan oleh masyarakat Melayu lain. Perbezaannya hanyalah dari segi pengamalan, penggunaan peralatan dan kepercayaan terhadap kepercayaan tersebut.

Secara ringkasnya kajian ini dijalankan bertujuan melihat amalan ritual golongan Pantang tanah yang dianggap sebagai upacara yang terpenting dalam kehidupan mereka. Kajian ini seterusnya juga akan membincangkan mengenai kitaran atau lingkaran hidup manusia. Huraian dibuat berkisar kepad upacara-upcara yang diamalkan dalam mengiiringi proses lingkaran hidup manusia. Kajian ini tidak memfokuskan kepada proses pembesaran hidup manusia. Sebahagian kajian ini meliputi lingkaran hidup masyarakat Rawa, perlaksanaan ritual, kepercayaan serta fungsi ritual tersebut.

Creator

Mashitah Binti Mohamed Tahir

Source

Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya
PL5065 1999 Masmt

Date

1999

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A515625386

Citation

Mashitah Binti Mohamed Tahir, “Berjojak : Ritual terpenting dalam lingkaran hidup masyarakat Rawa,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14745.