Pengintegrasian sumber negara ke arah pertahanan Malaysia dalam konteks HANRUH

Dublin Core

Description

Kerajaan telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan mengadakan satu pasukan tentera yang besar untuk menjaga keselamatan dan pertahanannya. Keputusan ini dibuat berdasarkan kos penyelenggaraan yang tinggi serta ancaman kepada keselamatan negara sendiri jika mempunyai kuasa tentera yang besar. Kerajaan lebih selesa jika dasar pertahannya adalah seiringan dengan dasar dan perhubungan luar negara. Oleh yang demikian, struktur pertahanan negara adalah terdiri daripada satu pasukan tetap yang sederhana kekuatannya dan penambahan sumber manusia didatangkan dari komponen awam dan pasukan bantuan yang lain.

Untuk membolehkan dasar ini berjalan dengan sempurna, Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) telah dimasukkan sebagai salah satu daripada elemen Dasar Pertahanan Negara (DPN). Antara komponen HANRUH adalah 'Bantuan Nasional termasuk pengemblingan sumber negara untuk pertahanan negara seperti sumber material, perkhidmatan pengangkutan dan orientasi pengangkutan awam.'

Sesungguhnya HANRUH telah diperkenalkan sejak 1989 lagi, namun sehingga sekarang perjalanannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Ini disebabkan oleh tiadanya satu badan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya yang mengkoordinasi dan melaksankan dasar yang dipersetujui. Setakat ini hanya KEMENTAH sahaja yang mengambil berat tentang peranannya sedangkan jabatab-jabatan lain belum lagi memainkan peranan masing-masing.

Memandangkan perkara ini telah begitu lama terbiar adalah dicadangkan satu Jawatankuasa khusus ditubuhkan bagi mengkoordinasikan segala keperluan untuk keselamatan dan pertahanan negara. Banyak sumber-sumber negara yang boleh diintegrasikan demi mempertahankan kepentingan negara.

Creator

Mejar Ahmad Jamaludin Bin Royan

Source

Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya
PL5065 1997 Ahmjr

Date

1997

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A515625695

Citation

Mejar Ahmad Jamaludin Bin Royan, “Pengintegrasian sumber negara ke arah pertahanan Malaysia dalam konteks HANRUH,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/13992.