Konsep pertahanan menyeluruh di Malaysia pasukan simpanan menuju tahun 2020
Dublin Core
Subject
Setiap warganegara di seluruh dunia menyedari peperangan membawa pelbagai kesengsaraan jiwa dan harta benda. Setiap nyawa yang terkorban bererti kerugian kepada negara. Sejarah membuktikan peperangan melibatkan semua rakyat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. perang Teluk dan pergolakan di Bosnia seolah-olah menyedarkan dan meminta perhatian yang lebih berat ditumpukan kepada soal pertahanan. Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku maka berbagai persoalan disuarakan oleh rakyat terhadap kerajaan. Antaranya adakah kita mampu mempertahankan negara atau mampukah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjamin keselamatan negara dari ancaman dalam mahupun luar negara. Adakah kita mempunyai kelengkapan yang cukup canggih mengikut perkembahan teknologi mutakhir atau masih pada takuk lama? Ini jelas mencerminkan bahawa tuntutan keselamatan negara menjadi teras dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkenaan.
Rakyat di negara ini kini lebih matang dalam membuat perbandingan dan menilai faedah dan prestasi serta identiti pertahanan negara dengan negara-negara lain. Sewajarnya Kementerian Pertahanan dapat mewujudkan hasil-hasil yang boleh meningatkan sumbangan-sumbangan inovatif yang berkesan dari segi keanggotaan, kelengkapan (logistik), skim perkhidmatan yang menggalakkan, perkembangan teknologi termasuklah pendidikan dan pembangunan ATM. Justeru itu, Pasukan Simpanan yang memikul tanggungjawab bersama di dalam aspek keselamatanm dan keamanan negara amat perlu dimantapkan. Satu kerjasama bersepadu perlu diselenggarakan dengan kementerian-kementerian lain bagi menolong dan memperteguhkan sistem yang sedia ada. Sesungguhnya dari peringkat rakyat hinggalah ke peringkat pemimpin-pemimpin negara, mereka haruslah sedar dan memandang serius terhadap pembangunan pertahanan negara bagi menjamin pembangunan dan kemajuan negara yang tercinta.

Creator
Mejar Nazari Bin Abd Hadi
Source
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya
PL5065 1997 Nazah
Universiti Malaya
PL5065 1997 Nazah
Date
1997
Contributor
kelly
Format
Project Paper
Identifier
A515625148
Collection
Citation
Mejar Nazari Bin Abd Hadi, “Konsep pertahanan menyeluruh di Malaysia pasukan simpanan menuju tahun 2020,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14668.