Kajian penggunaan bahasa dalam novel Syajar
- Subject
- Kertas projek ini dihasilkan bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam novel kesusasteraan Melayu moden berjudul Syajar hasil karya Mana Sikana. Di samping itu, secara tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri utama bahasa dalam kesusasteraan Melayu moden bentuk prosa.
Di dalam kertas projek ini, ia mengandungi lima bab. Di dalam bab satu iaitu pendahuluan, ia meliputi latar belakang kajian, tujuan dan kepentingan kajian, bahan dan bidang kajian, metodologi kajian dan sinopsis cerita. Latar belakang kajian meninjau sejarah kajian penggunaan bahasa scara pendekatam lingusitik dan sastera dalam karya kesusasteraan Melayu. Tujuan dan kepentingan kajian melihat apakah tujuan atau objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini dan bagaimanan kepentingan kajian dihasilkan. Bahan dan bidang kajian menerangkan bahan yang dijadikan kajian iaitu, novel kesusasteraan Melayu bentuk prosa dan bidang skop kajian iaitu bahasa. Metodologi pula melihat pendekatan yang digunakan untuk kajian iaitu pendekatan linguistik Transformasi Generatif dan pendekatan sastera. - Creator
- Rugijah @ Ruzita Bte Tumeran
- Source
- Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya
PL5065 1997 Rugrt
- Date
- 1996/97
- Contributor
- kelly
- Format
- Project Paper
- Identifier
- A515625505
Dublin Core
Collection
Citation
Rugijah @ Ruzita Bte Tumeran, “Kajian penggunaan bahasa dalam novel Syajar,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed September 24, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14674.