Perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi

Dublin Core

Description

Penulisan kertas projek ini bertujuan untuk mengesan apakah perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi akibat perkembangan dan kemajuan ke atas diri mereka. Seterusnya untuk meninjau pula kesannya ke atas diri dan masyarakat akibat perubahan kedudukan tadi.

Dalam bab satu, pengkajian hanya berkisar pada bidang pengkajian, masalah, tujuan dan metode kajian. Penulis turut menjelaskan teori kedudukan dan perubahan yang dinyatakan oleh beberapa ahli antropologi.

Bab kedua pula akan dibincangkan tentang latar belakang wanita Melayu tradisi. Ia meliputi peranan yang perlu dijalankan selaras dengan keadaan masyarakat dalam adat berpakaian, pergaulan, pekerjaan dan perkahwinan. Turut dibincangkan ialah perbexaan peranan serta kedudukan lelaki dan perempuan dalam masyarakat tradisi. Penulisan ini juga membawa bukti pentingnya peranan wanita hingga terbawa-bawa ke dalam pepatah, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu.

Bab seterusnya memperlihatkan perubahan besar yang berlaku ke atas wanita dari zaman tradisi hingga ke dunia moden ini dalam aspek pekerjaan, pergaulan, perkahwinan, pendidikan dan pakaian. Disentuh juga sedikit tentang perubahan peranan wanita di arena politik dalam sistem pemerintahan negara. Perbincangan juga melibatkan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku.

Bab terakhir meninjau pula implikasi yang timbul ekoran perubahan kedudukan wanita tradisi. Ia dapat dilihat ke atas diri, proses sosialisasi anak-anak, institusi keluarga, masyarakat dan penduaan wanita Melayu. Seterusnya, penulis membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan sebagai penutup pengkajian ini.

Creator

Suria Binti Saleh

Source

Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya
PL5065 1999 Surs

Date

1999

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A515616897

Citation

Suria Binti Saleh, “Perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14774.