Konseptual Keris Mas dalam Kumpulan cerpen Darah dan Air Mata : Penerapan terhadap teori konseptual kata kunci

Dublin Core

Description

Abstrak
Kajian tentang kumpulan cerpen Keris mas ini adalah bertujuan untuk melihat kata-kata kunci yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Pengkaji telah menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci yang dihasilkan oleh Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan untuk mengkaji cerpen-cerpen Keris Mas ini.
Dalam bab pendahuluan, pengkaji menyentuh tentang latar belakang kajian, tujuan kajian, permasalahan kajian, kaedah/metodologi kajian, batasan kajian, kajian terdahulu, landasan teori/konsep, dan pembahagian bab. Dalam bab ini juga pengkaji menyatakan tentang fokus kajian yang hanya tertumpu kepada penggunaan teori untuk mengkaji cerpen Keris Mas.
Dalam bab pertama, pengkaji menghuraikan tentang teori konseptual kata kunci yang digunakan. Selain dari itu, pengkaji juga turut mengemukakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori tersebut serta contoh-contoh yang terdapat di dalam teori tersebut.
Dalam bab kedua pula, pengkaji menceritakan tentang latar belakang pengarang dan kepengaranganya dalam menghasilkan cerpen. Di samping itu juga, turut dibincangkan tentang pengalaman pengarang dan sinopsis cerpen yang hendak dikaji.
Seterusnya, dalam bab ketiga pengkaji membincangkan tentang pendekatan Teori Konseptual Kata Kunci. Dalam pendekatan ini dibincangkan tentang analisis konsep dan analisis cerpen. Konsep yang digunakan oleh pengkaji ialah konsep ‘perjuangan’,konsep ‘kemajuan’ dan konsep ‘cinta’.
Manakala bab terakhir, iaitu bab kelima pengkaji merumuskan tentang dapatan kajian yang diperolehi. Seterusnya pengkaji turut mengemukakan ulasan dan pendapat mengenai penggunaan teori konseptual kata kunci terhadap cerpen-cerpen Keris Mas tersebut.

Creator

Musa Mat Daud

Source

PL5065 2007 Musmd

Date

2007

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Musa Mat Daud, “Konseptual Keris Mas dalam Kumpulan cerpen Darah dan Air Mata : Penerapan terhadap teori konseptual kata kunci,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19933.