Keunikan seni tatu dalam kalangan masyarakat Iban : Kajian kes Kuching, Sarawak

Dublin Core

Description

Abstrak
Kajian ini cuba mengetengahkan keunikan seni tatu dalam kalangan etnik Iban di Sarawak. Seni tatu merupakan tradisi masyarakat Iban yang diwarisi turun-temurun. Dalam penulisan ini, telah dimuatkan asal-usul seni tatu dan etnik Iban, peralatan serta bahan dalam penghasilan tatu, cara-cara membuat tatu melalui kaedah tatuk, asal-usul motif tatu, peranan seni tatu dan risikonya serta masa depan seni tradisi masyarakat Iban ini.
Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab Pertama adalah Bab Pendahuluan yang menyentuh tentang permasalahan kajian, kajian -kajian lepas, matlamat kajian, kaedah kajian, batasan kajian dan dinamik setiap bab. Dalam Bab Kedua pula telah dijelaskan tentang latar belakang kawasan kajian, iaitu sejarah bandaraya Kuching, kedudukan dan saiz bandaraya Kuching, serta kepelbagaian etnik di bandaraya Kuching.
Bab Ketiga membincangkan tentang konsep-konsep penting dan pengenalan kepada seni tatu yang meliputi konsep umum seni, tatu dan etnik Iban. Asal-usul ukiran tatu juga diceritakan melalui mitos-mitos di samping memaparkan peralatan serta bahan untuk membuat tatu beserta proses-proses pembuatan tatu dengan menggunakan kaedah tradisional. Dalam Bab Keempat, motif-motif serta simbolisme di sebalik tatu juga di terangkan satu-persatu.
Dalam Bab Kelima, peranan seni tatu dan risiko daripada pembuatan tatu di jelaskan dengan terperinci. Peranan tatu pada masa dahulu dan kini dinyatakan setelah melakukan kajian dan pandangan daripada pihak yang terlibat. Dalam bab terakhir, dipaparkan masa depan tatu entik Iban yang membincangkan tentang transformasi yang dialami oleh tatu, faktor-faktor perubahan seni tatu serta cadangan-cadangan untuk memartabatkan seni tradisi masyarakat Iban ini.

Creator

Joyner Anak Sedin

Source

PL5065 2011 Joys

Date

2011

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Joyner Anak Sedin, “Keunikan seni tatu dalam kalangan masyarakat Iban : Kajian kes Kuching, Sarawak,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20113.