Analisis kesantunan perlakuan verbal : Kes novel Restu karya Ismail Kassan

Dublin Core

Description

Abstrak
Kajian ini secara amnya bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek kesantunan perlakuan novel seperti yang terdapat dalam novel Restu karya Ismail Kassan (1996). Bab 1 sebagai pendahuluan memberi tumpuan kepada beberapa komponen penting sesuatu kajian seperti objektif dan permasalahan kajian. Dalam bab 2 iaitu Sorotan Literatur, pengkaji telah membuat rujukan hasil kajian para pengkaji terdahulu yang berkaitan dengan tajuk dan bidang penyelidikan.
Dalam bab 3 iaitu Teori dan Metodologi, pengkaji menghuraikan reka bentuk kajian dan teori yang diterapkan bagi menganalisis data kajian. Sebanyak 13 sampel perbualan telah diambil bagi melihat aspek kesantunan bahasa. Teori Prinsip Kesopanan Leech (1983) dan Strategi Komunikasi dan Kesopanan Asmah (1996) digunakan bagi menganalisis data yang dipetik dari novel. Kaedah soal selidik turut diterapkan untuk melihat tahap pemahaman pelajar tentang aspek kesantunan bahasa yang telah diketengahkan oleh pengarah. Dalam bab ini, pengkaji turut menerangkan sebab penggabungan kedua-dua model ini bagi menganalisis data kajian.
Analisis dan perbincangan pula dilakukan dalam bab 4. Dalam bab ini , pengkaji mengkategorikan data yang dipetik dari bahan kajian berdasarkan Maksim Kesopanan Leech (1983) dan Strategi Komunikasi dan Kesopanan Asmah (1996), kemudian pengkaji menganalisis secara terperinci bagi setiap sampel yang dipetik. Seterusnya, kekerapan setiap maksim dan strategi dipaparkan dengan peratusan dan rajah. Dalam bab 6, pengkaji mengetengahkan perbincangan tentang rumusan kajian dan cadangan kajian. Pengkaji kemudian memberi kesimpulan kepada hasil penyelidikan yang telah dilakukan.

Creator

Majidah Ramli

Source

PL5065 2014 Majr

Date

2014

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Majidah Ramli, “Analisis kesantunan perlakuan verbal : Kes novel Restu karya Ismail Kassan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20297.