Pembinaan Bahasa Melayu : satu pengkajian khusus mengenai perancangan bahasa di Malaysia

Dublin Core

Subject

Malay language -- History
Malay language -- Usage

Description

Abstrak
Kajian ini adalah mengenai perancangan bahasa yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia dengan perancangan bahasa dimaksudkan langkah-langkah secara sedar yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa dalam hal penggunaan bahasa Melayu, samaada dalam bentuk keputusan atau pelaksanaan dasar, demi untuk membina bahasa Melayu itu menjadi suatu bahasa yang antarterjemah dengan bahasa-bahasa lain yang dianggap sudah maju ertikata berkeupayaan menjadi alat sains dan teknologi dan seterusnya meluaskan penggunaan bahasa Melayu yang sudah diperkembangkan itu dalam segala bidang penghidupan masyarakat.
Dalam tesis huraian dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama ialah pendahuluan yang menghuraikan latarbelakang sejarah dan masyarakat bahasa melayu di Semenanjung Malaysia ini. Bab kedua menghuraikan dasar bahasa negara pelaksanaannya. Dalam bab ini ditulis latarbelakang pembentukan dasar bahasa itu dan kemudian meninjau masaalah-masaalah yang dihadapi dalam melaksanakan dasar itu.
Bab ketiga menghuraikan perkembangan bahasa Melayu. Dengan perkembangan bahasa Melayu dimaksudkan proses-proses yang telah berlaku atau dilakukan disekitar (a) penciptaan atau penyemakan sistem tulisannya, (b) penstandardannya atau pemilihan bentuk dialek yang hendak dijadikan norma serta penulisan tatabahasanya, dan (c) pemodenannya yakni pembaruan-pembaruan akibat dari pertambahan kepada leksikonnya. Kesemua aspek perkembangan bahasa Melayu seperti yang telah dihuraikan ini telah ditinjau secara detail dalam bab ini.
Bab keempat adalah mengenai peluasan penggunaan bahasa Melayu. Dalam bab ini ditinjaukan cara-cara yang telah di ambil oleh Kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam dasar pelajaran kebangsaan dan dalam pentadbiran negara. Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam melaksanakan dasar bahasa setakat ini dihuraikan secara perangkaan di dalam bab ini. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kelemahan atau kekurangan yang terdapat supaya tiap-tiap satunya dapat diperbaiki kemudian nanti.
Bab kelima dadalah bab penutup. Sebagai penutup, bab ini menyimpulkan hasil proses perancangan yang telah berlaku dalam pembinaan bahasa Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang harus diambil dalam rangka mengusahakan pembinaan bahasa Melayu itu.

Creator

Raja Mukhtaruddin Raja Muhammad Dain.

Source

PL5067 Mukrmd

Date

1976

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Raja Mukhtaruddin Raja Muhammad Dain. , “Pembinaan Bahasa Melayu : satu pengkajian khusus mengenai perancangan bahasa di Malaysia,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20929.