Teater Melayu makyung : kajian kreativiti koreografi

Dublin Core

Subject

Theater -- Malaysia -- History and criticism
Malay drama -- Malaysia -- History and criticism
Performing arts -- Malaysia -- History and criticism
Choreography -- Malaysia

Description

Abstrak
Sesuatu persembahan pentas yang mempamerkan hubungan dari hasil penggubahan yang menyentuh kepada perlambangan adat masyarakat Melayu tanahair perlu mempunyai kaedah dan teknik yang khusus sebagai garis panduan pemikiran kreativinya. Penyelidikan ke atas corak-corak komposisi ini telah membentuk kerangka pemikiran yang diperlukan untuk sesuatu penggarapan yang berakar dari adat masyarakat Melayu. Di mana kerangka ini telah mengungkap persoalan-persoalan yang menyentuh tentang konsep, gaya penggarapan dan motif bahan kreatif. Ciri-ciri ini telah dilihat dan ditafsirkan kedalam corak hasil dapatan yang tertumpu ke sudut dan aspek-aspek teknikal yang diperlukan. Penentuan genre-genre teater yang mempunyai konsep koreografi gerak lakon dan tari melalui klasifikasi dari skop kajian telah meletakkan kesenian teater tari Makyung sebagai kajian utama dan Mek Mulung pula sebagai perbandingan. Menyentuh kepada gaya dan corak persembahan teater sebegini akan mengundang pelbagai tahap dan nilai pengukuran yang memperlihatkan keselarian dengan tuntutan konsep keindahan. Iaitu keperluan bagi menepati corak dan gaya kreatif melalui sudut pandangan adat masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Makyung dan Mek Mulung mempunyai kaitan yang memperlihatkan corak penggubahan yang megambil bahan-bahan kerja kreatif koreografi berdasarkan nilai-nilai perlambangan masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun hanya kesenian Makyung sahaja yang mempunyai corak penggubahan yang menyatakan kaedah dan teknik melalui aspek-aspek teknikal yang lebih menyeluruh.

Creator

Mohd Effindi Samsuddin.

Source

PL5065 UMP 2012 Mohes

Date

2012

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Mohd Effindi Samsuddin., “Teater Melayu makyung : kajian kreativiti koreografi,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22254.