Novel-novel terpilih Azizi Hj Abdullah : kajian intertekstualiti

Dublin Core

Subject

Malay fiction -- History and criticism.
Intertextuality

Description

Abstrak
Kajian ini menganalisis tiga buah novel terpilih karya Azizi Hj. Abdullah dengan menggunakan Teori Intertekstualiti. Novel-novel tersebut ialah Seoang Tua di Kaki Bukit (1982), Memoir Seorang Guru (2007) dan Beruk (2010). Analisis tersebut akan menggunakan tiga prinsip yang terdapat Teori Intertekstualiti iaitu pertama, prinsip transformasi, kedua, prinsip modifikasi dan ketiga, prinsip ekspansi. Permasalahan kajian bertolak daripada Azizi Hj Abdullah sebagai seorang sasterawan yang berkecenderungan melakukan penyelidikan dan merujuk sumber-sumber asalnya untuk diangkat dalam karyanya yang baharu. Kebanyakkan hipoteknya ialah teks pengarang itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Azizi Hj. Abdullah menulis dengan merujuk hipoteks yang melalui pelbagai proses seperti kerja pemindahan atau penambahan episode tertentu bagi memperkukuh makna hipoteks. Selain itu terdapat juga proses-proses lain seperti penukaran, pengembangan, serapan, persamaan atau pembaikan daripada teks asal membolehkan teks asal berubah kepada bentuk baharu sama ada dari aspek kandungan ataupun sisi plot penceritaan. Disamping berfungsi sebagai sebuah rakaman atau pengalaman bagi generasi akan datang. Kreatifnya seorang pengarang itu mengadun kembali teks awal mereka dalam hiperteks membuktikan bahawa setiap karya sastera akan terus hidup, dapat dilanjutkan persoalan, diperdalam gelojak jiwa watak seterusnya meninggalkan impak bersar kepada khalayak pembaca melalui pemaknaan sama ada dalam bentuk yang konkrit mahupun yang signifikan.

Creator

Nursham Abdul Aziz

Source

PL5065 UMP 2015 Nuraa

Date

2015

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Nursham Abdul Aziz, “Novel-novel terpilih Azizi Hj Abdullah : kajian intertekstualiti,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22289.