Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia

Dublin Core

Subject

Batak language -- Indonesia
Toba-Batak dialect -- Indonesia
Toba-Batak (Indonesian people) -- Indonesia -- Social conditions

Description

Abstrak
Pada masa kini, penggunaan bahasa Batak toba di Pontianak sudah semakin berkurangan. Orang Batak Toba tidak mampu untuk mengekalkan bahasa mereka apabila berdepan dengan penduduk tempatan yang lebih ramai. Orang Batak Toba menggunakan bahasa Indonesia apabila berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dan juga sesama ahli keluarga. Kenyataan ini didapati atas kajian pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Tobadi Pontianak, Indonesia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tanda-tanda pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, untuk menjelaskan faktor yang menyebabkan peralihan bahasa, dan mencadangkan usaha untuk melestarikan bahasa yang sedang mengalami peralihan. Berasaskan Analisis Domain Perlakuan Bahasa, kedalam kajian ini telah dijalankan soal selidik terhadap 201 responden. Jumlah itu sama dengan 10% daripada jumlah orang Batak Toba di Pontianak. Soal selidik yang dilakukan adalah berkaitan dengan latar belakang responden, penguasaaan, dan pemilihan bahasa dalam sembilan domain. Selain itu, juga dilakukan pemerhatian untuk mendapatkan penggunaan bahasa semula jadi mereka di Bandar Pontianak berasaskan teori Akomodasi Berbahasa. Untuk menunjukkan perbandingan peringkat penguasaan dan pemilihan bahasa, responden dibahagikan berasaskan generasi, iaitu (1) Pendatang asli di bandar Pontianak, lelaki atau perempuan, berusia 65 tahun atau lebih, disebut generasi pertama (disingkatkan G I); (2) Keturunan dari generasi pertama, lelaki atau perempuan, lahir di bandar Pontianak, disebut generasi kedua (disingkatkan G II); dan (3) Keturunan dari generasi kedua, lelaki atau perempuan, lahir di bandar Pontianak, berusia minimum 12 tahun, disebut generasi ketiga (disingkatkan G III).

Creator

Hotma Simanjuntak

Source

PL5065 UMP 2017 Sim

Date

2017

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Hotma Simanjuntak, “Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22357.