Hibridisasi masakan Melayu : kajian kes di Kuala Lumpur

Dublin Core

Subject

Cooking, Malay -- Kuala Lumpur (W.P.)
Food habits -- Kuala Lumpur (W.P.)
Cooking -- Kuala Lumpur (W.P.)

Description

Abstrak
Budaya kulinari Melayu sentiasa dalam keadaan aktif dari segi inovasi dan tindak balas terhadap pengaruh elemen-elemen kulinari luar negara. Untuk memahami bagaimana cef-cef Melayu bertindak balas terhadap fenomena ini, kajian ini menganalisis berbagai-bagai aktiviti masakan di restoran-restoran terpilih. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Implikasi globalisasi melalui berbagai ‘’scape’’dianalisis bertujuan untuk meninjau ciri-ciri globalisasi, iaitu bagaimana ia mempengaruhi dan disesuaikan sebagai tindak balas terhadap trend pemakanan global. Satu permasalahan besar dalam masakan Melayu adalah ketiadaan konsep yang jelas dan kurang daya tarikan. Perkembangan ini menyebabkan cef-cef Melayu berusaha mencari penyelesaian terhadap isu ini. Amalan menyesuaikan makanan asing dengan makanan Melayu baik dari segi teknik mahupun penggayaan dalam kalangan cef-cef Melayu dilihat boleh mendatangkan masalah dari penyelesaian. Setiap cef mempunyai minat yang mendalam terhadap masakan mereka. Sungguhpun begitu mereka terpaksa memilih antara minat dan keuntungan yang boleh dijana dari masakan tersebut. Justeru kajian ini menyarankan penggunaan kaedah ‘scape’ untuk membina lanskap kulinari Melayu yang lengkap. Kerangka lanskap kulinari Melayu ini membolehkan analisi dibuat terhadap masa hadapan masakan Melayu dalam mengharungi era pemodenan.

Kata kunci : etnoscapes, technoscapes, ideoscapes, mediascapes, finanscapes,
Globalisasi, nouvelle cuisine.

Creator

Abd. Razak Aziz

Source

PL5065 UMP 2018 Abdra

Date

2018

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Abd. Razak Aziz, “Hibridisasi masakan Melayu : kajian kes di Kuala Lumpur,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22390.