Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia

Dublin Core

Subject

Archaeology -- Malaysia
Excavations (Archaeology) -- Management

Description

Abstrak
Tapak-tapak arkeologi pra-sejarah adalah warisan ketara yang amat sedikit bilangannya dan tidak dapat dinilai harganya. Ianya dianggap sebagai warisan manusia sejagat. Pada waktu yang sama, tapak-tapak ini sangat sukar untuk dikenal pasti dan sayangnya, senang sangat dimusnahkan oleh kerana keadaan jumlah kandungan peninggalan budaya kebendaannya yang amat sedikit. Ini adalah kerana kebanyakan daripada tapak-tapak arkeologi pra-sejarah tergolong dalam zaman di mana manusia mengamalkan kehidupan berpindah-pindah atau nomadik dan tidak membina struktur-struktur yang kekal lama. Penyelidikan ini cuba untuk menganalisis pengurusan beberapa tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia dan membandingkannya dengan satu kumpulan pengurusan ‘ best-practices’ yang berdasarkan kepada beberapa garis panduan perundangan global yang dicadangkan oleh PBB dan UNESCO. Sebanyak empat tapak arkeologi dan empat muzium tapak arkeologi yang berbeza telah dipilih, berkaitan dengan pengalaman pengkaji dengan tapak-tapak berikut. Ianya adalah Guar Kepah, Kampung Sungai Mas, Kota Tongkat, Kota Kelangkiu, Lembah Bujang, Lenggong, Bukit Tengkorak dan Gua Niah. Keadaan semasa tapak-tapak yang dipilih telah dikenalpasti oleh pengkaji berdasarkan lawatan tapak dan pelbagai temubual-temubual. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pengurusan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah di Malaysia tidak mencapai tahap prestasi global. Terdapat pelbagai sebab mengapa perkara ini berlaku, akan tetapi secara asasnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat satu sistem sepadu yang menggabungkan kesemua pengurusan tapak-tapak arkeologi yang digunakan oleh institusi-institusi yang terlibat dengan pengurusan tapak-tapak ini.

Creator

Ahmad Hakimi Khairuddin

Source

PL5065 UMP 2020 Ahmhk

Date

2020

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Ahmad Hakimi Khairuddin, “Pengurusan tapak arkeologi pra-sejarah : sebagai satu warisan ketara di Malaysia,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22452.