Bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui analisis wacana kritis

Dublin Core

Subject

Elections -- Malaysia
Political parties -- Malaysia

Description

Abstrak
Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (Pru ke-14) membuktikan wacana sememangnya berperanan dan berkeupayaan membina ideologi sesebuah parti politik sehingga Berjaya menarik sokongan rakyat dan menang dalam PRU-ke-14. Justeru, kajian bahasa dan ideologi dalam manifesto Pakatan Harapan dilakukan untuk memaparkan cara bahasa dimanfaatkan dalam wacana, khususnya mentafsir ideologi Pakatan Harapan. Oleh itu, secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui analisis tekstual, membicangkan bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui wacana praktis dan menganalisis bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui analisis wacana sosial. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif untuk menafsir ideologi Pakatan Harapan berdasarkan teori wacana kritis tiga dimensi yang dimajukan oleh Fairclough (1995). Berdasarkan analisis tekstual, wacana praktis dan praktis sosial, pengkaji telah Berjaya menafsir dua ideologi dalam wacana manifesto Pakatan Harapan, iaitu ideologi menyahterakan rakyat dan ideologi pentadbiran berintegriti. Hasil kajian menerusi dimensi tekstual mendapati aspek nahuan, leksikal dan kohesi yang digembleng dalam wacana manifesto Pakatan Harapan telah berupaya mengukuhkan ideologi yang ingin disampaikan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat. Menerusi dimensi wacana praktis pula, aspek intertekstualiti, interdiskursiviti dan kandungan teks telah Berjaya mentafsir ideologi Pakatan Harapan untuk disampaikan kepada rakyat. Praktis sosial menerusi aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan politik berkeupayaan mentafsir dua ideologi dalam wacana manifesto Pakatan Harapan, iaitu ideologi menyahterakan rakyat dan ideologi pentadbiran berintergriti.

Creator

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya

Source

PL5065 UMP 2022 Tens

Date

2022

Contributor

fieda

Rights

Universiti Malaya

Type

Thesis

Citation

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya, “Bahasa dan ideologi manifesto Pakatan Harapan melalui analisis wacana kritis,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/22463.