Strategi komunikasi pelajar Dusun dalam pembelajaran bahasa Melayu

Dublin Core

Subject

Oral communication -- Study and teaching -- Sabah.
Malay language -- Spoken Malay -- Study and teaching -- Sabah.
Malay language -- Spoken Malay -- Study and teaching -- Dusun speakers.
Malay language -- Sabah -- Usage.
High school students -- Sabah -- Language.

Description

Abstrak

Kajian ini memberikan tumpuan kepada penggunaan Strategi Komunikasi (SK) oleh pelajar-pelajar Dusun Tindal dalam pertuturan bahasa Mela;u. Kajian ini bertujuan untuk (a) menganalisis jenis-jenis SK yang digunakan oleh pelajar-pelajar Dusun semasa berkomunikasi dalam BM, (b) mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Dusun semasa mereka berkomunikasi dalam BM dan (c) mengkaji hubungan persekitaran linguistik dengan tahap penguasaan dan perlakuan lisan pelajar pelajar Dusun. Data-data yang telah dianalisis menggunakan taksonomi SK yang diperkenalkan oleh Tarone (1983) dengan penyesuaian mengikut maklumat yang diperolehi. Kajian dilaksanakan secara keratan rentas (cross-section). Subjek kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tingkatan empat SMK Tuan Fuad Sthephen Kiulu, Sabah yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian ini adalah soalan soal selidik dan juga aktiviti komunikasi lisan yang berpandukan kepada Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Analisis kajian dibahagikan kepada analisis data linguistik dan persekitaran linguistik. Bagi tujuan menganalisis data linguistik yang dibuat secara kualitatif, ujaran Iisan (speech production) yang terhasil melalui aktiviti komunikasi lisan telah dirakam dan ditransliterasikan. Hal ini bagi mengenal pasti SK yang telah digunakan pelajar bagi mengatasi masalah komunikasi. Data persekitaran linguistik akan dibuat secara kuantitatif bagi mengenal pasti sejauhmana signifikan atau tidak signifikan faktor tersebut mampu mempengaruhi penggunaan strategi komunikasi pelajar dalam proses pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (B2). Dapatan kajian ini menunjukkan jenis SK yang paling banyak digunakan ialah strategi penukaran kod yang digunakan apabila pelajar menghadapi rhasalah untuk menyampaikan mesej. Strategi yang menunjukkan penggunaan paling sedikit ialah strategi deskriptif, iaitu huraian atau definisi tentang satu kata atau frasa yang mendokong sesuatu konsep dalam B2 dengan panjang lebar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penemuan 3 SK baru yang tidak terkandung dalam model taksonomi Tarone (1983) iaitu strategi pengulangan kata, strategi agakan dan strategi sokongan. Pengkaji telah mengaplikasikan strategi-strategi tambahan tersebut, kepada strategi yang telah disarankan oleh Tarone (1983). Ketiga-tiga strategi tambahan ini adalah aplikasi daripada dapatan baru yang telah digunakan oleh ahli-ahli linguis seperti Dornyei & Scott (1997), Khanji (1996) dan Celce-Murcia, at. al. (1995). Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan SK baru yang paling banyak ialah strategi pengulangan kata, manakala penggunaan paling sedikit ialah strategi agakan. Sehubungan itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memberi impak pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk tujuan pemerolehan bahasa dan juga memberikan faedah sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji dan penyelidik bahasa.

Creator

Habibah Saiban

Source

PL5065 UM 2011 HABS

Date

2011

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation