Kognitivisme dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak

Dublin Core

Subject

Language acquisition.
Preschool children -- Malaysia -- Language.
Cognitive learning.

Description

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan untuk melihat tahap pembentukan dan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah yang berusia 6 tahun berdasarkan analisis bentuk kata dan binaan ayat dalam bahasa Melayu. Kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang bahasa yang sama, iaitu dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Felda Trolak Selatan. Oleh itu, kesemua kanak-kanak ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka. Oleh sebab kelima-lima subjek yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak Melayu yang dibesarkan dalam masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka dalam sebarang bentuk perhubungan maka analisis kajian ini akan melihat tahap pemerolehan pembentukan bahasa mereka terutama dari sudut pemerolehan pembentukan kata dan pemerolehan pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk melakukan analisis terhadap 50 ujaran yang dibuat oleh lima orang kanak kanak berdasarkan tahap perkembangan dan penguasaan mereka berdasarkan aspek pembentukan kata dan pembinaan ayat. Pengkaji memilih aspek ini kerana ia saling berkait rapat dan saling berhubungan antara satu sama lain. Selain itu pengkaji juga menyarankan beberapa langkah yang dapat di ambil untuk membantu kanak-kanak serta penjaga mereka untuk menyelesaikan masalah pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Pengkaji juga menyentuh sedikit mengenai aspek penggunaan bahasa bukan linguistik dalam kajian ini. Ini disebabkan semasa temu bual dijalankan, pengkaji mendapati ada antara kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menggunakan bahasa tubuh. Kajian ini dibuat secara langsung antara pengkaji dengan kanak-kanak tersebut. Rakaman dilakukan secara langsung dengan menggunakan kamera digital dan perbualan diujarkan secara spontan oleh kanak-kanak semasa ditemu bual oleh pengkaji. Hanya 50 ujaran terbaik yang dipilih sebagai data. Analisis diakukan terhadap data yang telah ditranskripsikan dengan menggunakan ukuran ukuran tertentu beradasarkan analisis pembentukan kata dan pembinaan ayat bahasa Melayu, mengikut kesesuaian dan skop kajian.

Creator

Fazlina Pahim

Source

PL5065 UM 2011 FAZP

Date

2011

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation