Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural

Dublin Core

Subject

Folklore -- Negeri Sembilan -- Structural analysis.
Folk literature -- Negeri Sembilan -- History and criticism.
Indigenous peoples -- Negeri Sembilan -- Social life and customs.

Description

Abstrak

Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kajian ini merupakan satu penyelidikan terhadap cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan yang tinggal di kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan. Sejumlah dua belas cerita rakyat Temuan telah berjaya dikumpulkan. Kajian ini terbahagi kepada enam bab. Bab pertama, dinyatakan pendahuluan bahan dan pembatasan kajian, permasalahan kajian, tujuan, metodologi serta kajian-kajian berkaitan. Bab kedua pula, membicarakan tentang latar belakang cerita rakyat, perkembangannya, konsep dan ciri ciri, serta penggolongan cerita rakyat. Selain daripada itu turut diterangkan tentang pendekatan struktural yang dijadikan panduan untuk menganalisis bahan kajian. Bab ke tiga, perbincangan mengenai latar belakang masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya dan masyarakat suku Temuan di Negeri Sembilan khasnya termasuk lokasi, jumlah penduduk, taraf hidup, dan sosio-budaya mereka. Bab keempat mengandungi analisa cerita rakyat Temuan secara pendekatan struktural iaitu menyentuh aspek tema, plot, pervwatakan, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Manakala bab kelima pula meneruskan kerja menganalisa dari segi penggolongan cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan. Dalam bab keenam, pengkaji membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian serta mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dijadikan landasan buat pengkaji-pengkaji lain. Dapatlah dinyatakan bahawa cerita-cerita rakyat Temuan merupakan hasil kesusasteraan lisan masyarakat Malaysia yang tinggi nilainya, baik dari aspek sastera, bahasa, estetika mahupun akal budi.

Creator

Norazam Ibun

Source

PL5065 UM 2010 NORI

Date

2010

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Norazam Ibun, “Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23370.