Sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa Bahasa Melayu

Dublin Core

Subject

Ali al-Haji Riau, Raja, 1809-1870--Contributions
Malay language--Grammar--History
Authors, Malay--Malaysia--Language

Description

Abstrak

Kaijan ini merupakan kajian terhadap dua buah buku, iaitu Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858). Kedua-dua karya ini ialah karya tentang bahasa Melayu, yang ditulis oleh seorang pengarang pada abad ke-19, iaitu Raja Ali Haii. Kaiian ini menggumakan buku Bustan al-Katibin yang telah ditransliterasikan daripada tulisan Javi kepada tulisan Rumi oleh Hashim Musa (2005)., dan Kitab Pengetahuan Bahasa, juga ditransliterasikan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, oleh Raja Hamzah Yunus (1986). Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti isi kandungan yang terdapat dalam kedua-dua karya bahasa, di samping mentafsir sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilnmu tatabahasa bahasa Melayu. Bidang ilmu tatabahasa bahasa Melayu yang dibincangkan terbahagi kepada tiga, iaitu huraian tentang kelas kata, huraian tentang binaan ayat, dan bidang perkamusan yang juga mengandungi huraian tatabahasa bahasa Melayu. Setiap bidang dibincangkan oleh Raja Ali Haji dengan amat mendalam dan terperinci. Secara amnya, kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama merupakan pendahuluan yang menyatakan permasalahan kajian, pendekatan kajian, tujuan kajian, kajian-kajian lepas, struktur kajian, dan metodologi kajian. Bab kedua pula membicarakan latar belakang Raja Ali Haji. Latar belakang beliau boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu keturunan, pendidikan, dan karya-karya dihasilkannya. Bab ketiga dan bab keempat mengandungi perbincangan tentang isi kandungan Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Dalam kedua-dua karya ini, huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat berdasarkan model bahasa Arab. Banyak istilah Arab digunakan. Susunan atau penggunaan perkataan bahasa Melayu juga dipengaruhi oleh susunan bahasa Arab. Hal ini disebabkan oleh pengaruh persckitaran dan pendidikan Arab yang diterima oleh Raja Ali Haji sejak beliau masih muda lagi. Bab kelima membicarakan perbandingan antara Bustan al-Katibin dengan Kitab Pengetahuan Bahasa. Terdapat empat aspek yang dihuraikan untuk memperlihatkan unsur persamaan dan perbezaan, iaitu ilmu bahasa yang dibincangkan, terutama aspek tatabahasa, ilmu agama yang menyertai huraian bahasa, konsep adab dan budi, dan gaya kepengarangan Raja Ali Haji. Juga ditambahkan sedikit maklumat tentang perbandingan aspek tatabahasa Raja Ali Haji dengan karya semasa, iaitu Tatabahasa Dewan (2008). Bab keenam ialah bahagian kesimpulan yang menghuraikan sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa bahasa Melayu dan ketokohan beliau dalam bidang persuratan Melayu.

Creator

Ting, Hua Lui

Source

PL5065 UM 2009 TIN

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation