Asuhan anak melalui taska : satu kajian kes sosialisasi di Taska Jade Pond di Petaling Jaya Selangor

Dublin Core

Subject

Child care--Selangor--Petaling Jaya--Case studies
Day care centers--Selangor--Petaling Jaya--Case studies
Children--Institutional care--Selangor--Petaling Jaya--Case studies
Child developmentSocialization--Child--Selangor--Petaling Jaya
Social integration--Research--Selangor--Petaling Jaya

Description

Abstrak

Kebergantungan anak-anak kepada ibu bapa dalam masyarakat moden dewasa ini semakin berkurang. Dalam usia dua tahun hingga enam tahun, kanak-kanak memerlukan sokongan keluarga untuk membina potensi diri dan emosi mereka. Namun, tuntutan hidup memaksa ibu dan bapa bekerja dalam tempoh yang panjang sehingga masa untuk anak-anak menjadi sangat terhad. Kajian ini merupakan analisis sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Fokus kajian ialah melihat keberkesanan aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh guru, pembantu taska dan ibu bapa dalam membina sikap dan pembangunan diri ke arah kehidupan sosial anak-anak. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ke atas kanak-kanak di dalam dan luar bilik darjah. Temu bual ibu bapa juga dilakukan untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak di rumah. Aktiviti di taska dijalankan dengan panduan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang diselaraskan oleh Akta Taman Asuhan kanak-Kanak 1984 dengan kurikulum khusus untuk kanak-kanak pra sekolah. Sebagai pusat asuhan, penyediaan gizi makanan sihat dan pendidikan yang menekankan elemen bahasa, perkembangan emosi, sosial, moral dan akhlak ditekankan. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh kanak-kanak pada usia muda sangat penting. Kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kerap berkomunikasi dengan ibu bapa akan lebih proaktif berbanding kanak-kanak yang jarang berkomunikasi dengan ibu-bapa mereka. Peranan taska sebagai tempat mendidik dan memberi kasih sayang diakui dapat menampung kekurangan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akibat kesibukan bekerja. Bagaimanapun, kajian ini membuktikan, peranan ibu bapa di rumah tetap penting dalam membina sikap anak-anak, khususnya dari segi pembinaan sahsiah diri dan emosi. Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk membina hubungan rapat dengan taska, khususnya mengetahui tahap perkembangan anak anak mereka di luar rumah.

Creator

Tohri, Turaini

Source

PL5065 UM 2009 TOH

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Dissertation

Format

Dissertation

Citation

Tohri, Turaini, “Asuhan anak melalui taska : satu kajian kes sosialisasi di Taska Jade Pond di Petaling Jaya Selangor,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23402.