Pemikiran dalam novel Mohd. Affandi Hassan : analisis dari sudut kajian budaya

Dublin Core

Subject

Culture in literature
Malay fiction--20th century--History and criticism
Malay fiction--20th century--Criticism, Textual
Malay literature--20th century--History and criticism
Malay literature--20th century--Criticism, Textual

Description

Abstrak

Kajian ini merupakan satu analisis aspek pemikiran budaya Mohd. Affandi Hassan lewat novel-novelnya dengan menggunakan pendekatan Kajian Budaya (Cultural Studies). Lima buah novel: Tampang Sasterawan, Citra Pujangga, Wajah Pendeta, Aligupit, dan Jejak Warisan dijadikan bahan kajian selain sumber-sumber lain yang menyokong hujah dan pemikiran dari sudut Kajian Budaya. Pemahaman konsep Kajian Budaya dalam kajian sastera diperkukuh dengan pendekatan oleh Chris Barker dan Nyoman Kutha selain Ben Agger untuk menggeledah sudut-sudut budaya dalam lingkungan hidup masyarakat Malaysia yang hidup dalam karya Mohd. Affandi Hassan. Kekuatan analisis menggunakan pendekatan Kajian Budaya telah menemukan sikap dan pemikiran pengarang terhadap persoalan budaya dan pembinaan kebudayaan dalam konteks ketamadunan. Pengetahuan adalah sumber penting dalam pembinaan budaya yang dapat membina narasi besar tentang diri dan masyarakat selain memperkukuh jati diri dalam menghadap gugatan nilai di pentas global. Idea-idea mengenai pembinaan diri dan masyarakat ini diungkap dengan baik oleh Mohd. Affandi Hassan sementara bedah siasat Kajian Budaya meletakkan peranan sastera dalam masyarakat sebagai agen pembina budaya. Jelas, kajian yang menggunakan Kajian Budaya untuk melihat pemikiran pengarang tentang budaya dalam karya sangat relevan, bahkan sosiobudaya dalam karya dapat dianalisis dengan rangka pemikiran yang bersifat kesemasaan dengan nilai intelektual yang dipaksakan dalam perbincangan. Kajian ini berjaya mengangkat sikap, tanggapan dan pemikiran Mohd. Affandi Hassan tentang watak dan perwatakan entiti manusia yang membangunkan identiti masyarakat berbudaya. Mohd. Affandi Hassan ternyata mengedepankan nilai teras - agama dan budaya - yang muni/sejati (esensial) bagi pencerahan subjek/entiti, gender dan etnik di samping daya tahan melawan nilai baharu seperti liberalisme dan sekularisme yang bertopeng modenisme. Mohd. Affandi Hassan melihat kuasa dan politik dalam penentuan agenda kebangsaan yang berteras jati diri bangsa, budaya dan agama sebagai unsur paling utama. Kajian ini juga menemukan keperluan pengarang merakam nilai budaya dalam karya serta usaha setiap pengarang untuk menghasilkan karya sastera yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan budaya kerana karya sastera seharusnya menjadi magum opus masyarakat bertamadun.

Creator

Wan Zaida Wan Yussof

Source

PL5065 UM 2009 WANZWY

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation