Analisis struktur pasif bahasa Melayu : penerapan teori kuasaan dan tambatan

Dublin Core

Subject

Malay language--Syntax
Malay language--Passive voice

Description

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis sintaksis struktur ayat pasif bahasa Melayu (BM) dengan menggunakan pendekatan kuasaan dan tambatan (K&T), Inti pati pendekatan ini ialah andaiannya bahawa perkataan dalam sesuatu ayat disusun mengikut hiraki, bukan sekadar susunan linear. Fokus kajian ini ialah menjelaskan proses-proses sintaksis dalam penjanaan struktur ayat pasif, termasuk proses Alih-a, iaitu pergerakan kepala (X) dan peluasan maksima (X'"), pada peringkat representasi yang berkenaan. Kajian ini mengandaikan bahawa X kata kerja (termasuk kata kerja pasif), iaitu SelS, Kala dan SelO, mengalami penurunan untuk membentuk X kompleks. Alasan andaian ini ialah penurunan X menghasilkan langkah yang sedikit berbanding penaikan X. Kedua-dua jenis X** argumen dan adjung) pula mengalami penaikan. X*" argumen menjadikan posisi Pen SelO" sebagai sasaran pendaratan. X*" adjung pula boleh bergerak ke posisi yang lebih atas, iaitu Pen Kala'" atau Pen SelS'', sebagai sasaran pendaratannya. Lima jenis transformasi pemindahan argumen (objet tepat (N'" an N1"), objek sipi (N2""), subklausa atau frasa komplemen, N'" keluar dari FKomp dan anjakan N'") telah dibincangkan. Transformasi anjakan N" berbeza daripada transfornasi pemindahan X* yang lain kerana ia menggerakkan X" tersebut ke bawah struktur. Lebih tepat lagi, N'" tersebut digerakkan dan disisipkan ke bahagian kanan paling hujung frasa kerja. Lebih daripada satu adjung boleh disisipkan pada sesuatu ayat pasif tetapi kajian ini mengehadkan pemerian pada satu penyisipan dan pemindahan adjung sahaja. Satu lagi proses sintaksis yang terlibat dalam penjanaan struktur ayat pasif, iaitu pengguguran unsur, juga telah dibincangkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenal pasti dan menyenaraikan struktur ayat pasif BM serta variasinya.

Creator

Mohd Rashid Darham

Source

PL5065 UM 2009 MOHRD

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Mohd Rashid Darham, “Analisis struktur pasif bahasa Melayu : penerapan teori kuasaan dan tambatan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23410.