Identiti Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Thailand

Dublin Core

Subject

Malays (Asian people)--Thailand--Ethnic identity
Malays (Asian people)--Thailand--Social life and customs

Description

Abstrak

Ini adalah satu kajian etnografi mengenai identiti orang Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Wilayah Ayutthaya, Thailand. Dari segi sejarah, mereka memasuki Ayutthaya untuk berniaga dengan kerajaan Ayutthaya, tetapi ada dari kalangan mereka yang dibawa dari negeri Melayu Patani serta ditempatkan di kawasan tersebut pada zaman Rattanakosin. Kajian ini membincangkan mengenai pengaruh masyarakat dan budaya Thai yang memberi kesan kepada identiti masyarakat Melayu di Ayutthaya dan sejauh manakah kelangsungan identiti Melayu dapat dikekalkan dalam kalangan mereka. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kehidupan seharian orang Melayu Ayutthaya telah lama dipengaruhi oleh masyarakat dan budaya Thai melalui beberapa faktor, yang menyebabkan mereka tidak berbeza dengan orang Thai-Buddha. Manakala sebahagian daripada adat istiadat dan budaya Melayu masih diamalkan yang merupakan kelangsungan identiti Melayu dan dapat dikenali sebagai cara hidup orang Melayu. Agama Islam merupakan faktor yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti Melayu yang tidak berubah sejak masa dahulu sehingga sekarang. Bab I adalah bab pendahuluan yang merupakan pengenalan secara umum mengenai latar belakang masyarakat Melayu Ayutthaya. Bab ini mengemukakan tujuan kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, kajian terdahulu, kerangka konsep dan pembahagian bab. Bab II membincangkan latar belakang kawasan kajian yang berkaitan dengan hegara Thai dari segi sejarah negara, geografi dan organisasi pentadbiran. Selain daripada itu, latar belakang Mukim Klong Takian yang terletak di Wilayah Ayutthaya dikemukakan. Mukim tersebut merupakan mukim yang menempatkan kelompok etnik Melayu. Bab ini juga membicarakan sejarah orang Melayu pada empat zaman dan perbincangan mengenai orang Thai Muslim atau orang Islam di Thailand. Bab Il membincangkan tentang pengekalkan ciri-ciri Melayu di Ayutthaya. Ciri-ciri Melayu merupakan identiti yang diwarisi daripada nenek moyang kepada generasi baru. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat dari empat aspek penting, iaitu pendidikan, bahasa, pakaian dan makanan. Bab IV membincangkan faktor-faktor pengaruh budaya Thai terhadap perubahan identiti Melayu di Ayutthaya serta sebahagian cara hidup masyarakat Melayu Ayutthaya berasimilasi dan berintegrasi dengan orang Thai. Perubahan identiti masyarakat Melayu Ayutthaya dikaji dari aspek pengaruh Thai dari segi sejarah, pengaruh dasar kerajaan Thai dan pengaruh kemasyarakatan dan kebudayaan Thai. Bab V menganalisis peranan Islam dalam mengekalkan identiti Melayu. Bab ini membincangkan pelbagai kegiatan dan cara hidup yang berlandaskan Islam yang merupakan identiti Melayu yang seterusnya dapat membezakan masyarakat Melayu Ayutthaya daripada masyarakat Thai Buddha. Bab VI ialah bab penutup. Bab ini mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan disertasi.

Creator

Sangduen Ishakwan

Source

PL5065 UM 2009 SAN

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation