Warga tua di Kampung Bagan Baharu, Perak : pemakanan, keuzuran dan perubatan

Dublin Core

Subject

Older people--Malaysia--Perak--Social life and customs
Older people--Nutrition--Malaysia--Perak
Older people--Health and hygiene--Malaysia--Perak

Description

Abstrak

Di Malaysia, warga tua sering dirujuk sebagai golongan yang sudah lanjut usia ataunun sudah berumur. Lazimnya, apab1la seseorang itu mencecah usia 56 tahun ke atas. ja boleh dianggap sebagai tua. Dalam meneliti siapakah sebenarnya warga tua, terdapat pengertian berbeza-beza yang diberikan oleh para sarjana daripada pelbagai disiplin, seperti sosiologi, psikologi, biologi, dan bioperubatan. Dalam kajian ini, tumpuan adalah terhadap soal pemakanan, keuzuran atau masalah kesihatan, dan perubatan atau jagaan terhadapnya. Golongan yang menjadi sasaran bagi pengkaji meneliti kesemua aspek tersebut ialah warga tua di Kampung Bagan Baharu, Selama, Perak. Seramai 88 orang warga tua telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada 46 orang responden lelaki dan 42 orang responden perempuan. Kesemua responden ini telah diberi satu set soalan soal selidik untuk dijawab. Dari segi pemakanan, antara perkara yang diteliti ialah makanan rutin warga tua, jenis-jenis makanan yang diambil, masa makan bagi warga tua, amalan cara hidup sihat yang diamalkan serta ingin mengetahui sama ada mereka mengetahui zat yang terkandung dalam sesuatu makanan yang diambil. Berkenaan aspek keuzuran atau masalah kesihatan pula, perkara yang disentuh ialah jenis-jenis penyakit serius yang dihidap1 warga tua, jenis-jenis penyakit biasa yang dihidapi oleh warga tua serta melihat kaum manakah yang lebih berpenyakit sama ada kaum lelaki ataupun kaum perempuan. Dari segi perubatan atau penjagaan kesihatan yang melibatkan warga tua pula, pengkaj1 cuba melihat cara warga tua menjaga kesihatan diri mereka sama ada mereka i mendapatkan kaedah rawatan moden, kacdah rawatan tradisional atau ada kaedah lain yang boleh membantu warga tua ini kelihatan sihat dan dapat mengharungi hidup pada usia tua dengan sempurna . Walaupun menghidap penyakit, pengkaji dapati warga tua di tempat kajian tetap mengambil langkah pengawalan dan pencegahan. Biarpun gagal menyembuhkan penyakit, langkah ini sekurang-kurangnya mengurangkan penderitaan yang mereka tanggung akibat menghidap sesuatu penyakit. Oleh sebab itu, pengkaji dapati warga tua di Kampung Bagan Baharu lebih memilih perubatan moden bagi merawat penyakit yang mereka hidapi. Namun begitu, perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh warga tua di tempat kajian terutamanya bagi memulihkan urat yang terseliuh, mengurut badan bagi membuang angin serta air penawar bagi menyembuhkan demam biasa. Di samping itu, warga tua di Kampung Bagan Baharu turut menjaga kesihatan dengan mengamalkan tidur yang cukup pada waktu malam iaitu antara tujuh hingga ke lapan jam serta tidur di sebelah siang antara 30 minit hingga satu jam. Pengambilan makanan kesihatan tambahan serta senaman pada setiap pagi juga turut diamalkan. Namun, jumlah warga tua yang berbuat denmikain adalah terlalu sedikit.

Creator

Abdullah Abd. Jabar

Source

PL5065 UM 2009 ABDAJ

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Abdullah Abd. Jabar, “Warga tua di Kampung Bagan Baharu, Perak : pemakanan, keuzuran dan perubatan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23424.