Kajian intertekstualiti novel Tengku Menteri

Dublin Core

Subject

Intertextuality
Autobiographical fiction, Malay--Malaysia--Criticism, Textual
Malay fiction--Malaysia--Criticism, Textual
Malay literature--Malaysia--Criticism, Textual

Description

Abstrak

Disertasi ini berasaskan kajian terhadap novel Tengku Menteri karya Talib Samat yang berbentuk sejarah autobiografi Tengku Menteri, iaitu seorang ahli korporat negeri Perak. Perbincangan ini dikaitkan dengan hubungan 'teks dalam sebuah teks,' yang menekankan bahawa pengarang sangat dipengaruhi oleh 'tek individu' dan 'teks sosial' dalam menghasilkan sesebuah karya. Fahaman ini telah diperkenalkan oleh Julia Kristeva dalam teori intertekstualiti yang bertolak daripada fahaman dialogikal Mikhail Mikhalovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinan de Saussure serta telah diperincikan oleh beberapa orang sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Rifaterre dan Harold Bloom. Beberapa rumus intertekstualiti akan dilihat dalam hubungan antara teks awal (hipoteks) dengan teks baru (novel Tengku Menteri) yang dihasilkan. Teks-teks awal (hipoteks) itu dianalisis berdasarkan klasifikasi daripada teks tradisional, teks sejarah, teks agama dan teks lain oleh pengarang sendiri. Analisis terhadap hubungan intertekstualiti ini menemukan keakuran terhadap teks awal (hipoteks) ini berperanan dalam mempengaruhi penghasilan sebuah karya yang baru berbentuk sejarah yang memperlihatkan olahan pencerekaan yang bercirikan: pertama, keakuran pengarang melakukan penyalinan semula (transformasi) peristiswa peristiwa tertentu supaya sesuatu fakta itu dapat dilihat dengan jelas, kedua, kecenderungan pengarang melakukan mengubahsuaian, tokok tambah, dan pemilihan peristiwa (modifikasi) yang bersesuaian dalam menghasilkan sebuah novel sejarah yang kreatif (teks baru) dan ketiga, pemikiran pengarang dalam memindah, mengubah dan memanjangkan (ekspansi) teks awal bagi keperluan dalam sebuah cereka imaginatif yang masih terikat dengan fakta sejarah ini.

Creator

Zaharah Osman

Date

2008

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation