Tanda pemikiran dan tanda emosi dalam Sangeetha : kajian semiotik

Dublin Core

Subject

Deconstruction
Symbolism in literature--History and criticism
Semiotics and literature--Malaysia
Malay fiction--20th century--Criticism, Textual
Discourse analysis, Narrative--Malaysia

Description

Abstrak

Kajian ini merupakan penyelidikan yang dijalankan dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Bahan yang digunakan dalam kajian ialah novel Sangeetha yang dihasilkan oleh penulis prolifik, Azizi Haji Abdullah. Novel ini menggunakan banyak tanda yang memerlukan pemahaman dan pentafsiran makna agar khalayak memahami teks secara berkesan. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tanda-tanda yang dominan yang terdapat dalam novel ini. Tanda-tanda yang telah dikenal pasti diklasifikasikan kepada tanda pemikiran dan tanda emosi. Tujuan kajian seterusnya adalah nmenganalisis tanda pemikiran dan tanda emosi untuk mendapatkan tafsiran makna. Kajian ini mengaplikasikan teori semiotik kerana semiotik adalah ilmu tentang tanda. Melalui semiotik, tanda-tanda yang terdapat dalam novel ini dapat diperjelas dan difahami maknanya. Semiotik gagasan Charles Sanders Peirce dijadikan asas model kajian. Tanda pemikiran dan tanda emosi dianalisis berdasarkan tanda Ikon, tanda Indeks dan tanda Simbol yang telah dikenal pasti. Melalui analisis tanda pemikiran yang melibatkan tanda Ikon, Indeks dan Simbol, didapati bahawa novel ini memaparkan isu berkenaan kehidupan bermasyarakat bagi rakyat yang pelbagai kaum, khususnya Melayu dengan India. Hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka mewujudkan kehidupan yang harmoni. Oleh sebab terdapat jurang antara generasi, ditemui bahawa generasi muda mengabaikan sikap toleransi terhadap kaum lain. Novel ini juga mengetengahkan hal-hal berkenaan keikhlasan dalam persahabatan, kerenggangan hubungan kekeluargaan, kejayaan dan kekayaan menjadi milik orang yang rajin berusaha serta keindahan agama Islam yang menjadi tarikan orang dari agama lain untuk mendekatinya. Hasil daripada analisis tanda emosi menemukan berbagai-bagai emosi yang dialami dan dirasai oleh orang tua yang hidup sebatang kara. Wujud emosi positif dan negatif di dalam diri dua watak utama dalam Sangeetha. Kehadiran orang ketiga telah menjejaskan perhubungan baik antara mereka dan bermulalah emosi yang negatif yang meretakkan hubungan persahabatan dan mnencalarkan emosi antara kedua duanya. Akhirnya persahabatan mereka telah diakhiri dengan maut. Kajian ini penting untuk memahami mesej yang tersirat dalam novel Azizi Haji Abdullah. Aplikasi semiotik Peirce merupakan langkah yang tepat dalam usaha untuk memperjelaskan makna tanda-tanda yang kabur. Kajian ini juga penting kerana memaparkan cara bekerja yang sistematik untuk mengaplikasikan teori semiotik. Dengan cara bekerja yang tersusun, tanda dalam teks dikenal pasti dengan tepat dan seterusnya analisis terhadap tanda dilakukan secara berkesan. Hasilnya makna tanda ditanggapi dengan tepat dan mesej sebenar sampai kepada khalayak. Kajian semiotik berjaya mengangkat kedudukan karya Sangeetha sebagai sebuah karya yang kaya dengan pemikiran dan emosi.

Creator

Tuan Zainab Wi

Source

PL5065 UM 2008 TUAZW

Date

2008

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation