Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah : transliterasi dan analisis teks

Dublin Core

Subject

Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah
Manuscripts, Malay--Criticism, Textual
Manuscripts, Malay--History and criticism

Description

Abstrak

Kajian yang dilakukan ke atas manuskrip Hikayat Nurul Lisan Meniawab Masalah (HNLMM) ini melibatkan beberapa aspek yang penting. Sebagai permulaannya pihak pengkaji mentransliterasikan teks dengan berpandukan Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi., kemudian segala keralatan ejaan cuba disesuaikan dengan ejaan yang terkini. Selepas itu baharulah penelitian dibuat mengikut halaman muka surat. Fokus kajian ialah melihat isi kandungan utama HNLMM dan disesuaikan dengan perkara yang hendak dianalisis iaitu pengajaran yang diperolehi dari aspek keagamaan dan kesusasteraan dan sejauhmana dapat dikatakan HNLMM ini adalah merupakan sebuah teks perubatan tradisional. HNLMM terbahagi kepada tujuh puluh sembilan muka surat dan dikuti dengan tujuh muka surat bertajuk Fahrasat'". Pembahagian bab dapat dilakukan selepas transliterasi dilakukan. Selepas diperincikan HNLMM ini dibahagikan kepada tujuh belas topik untuk memudahkan, pemahaman dan pengkajian dilakukan. Antara isi kandungannya ialah berkaitan dengan akidah, (rukun iman, zakat dan sembahyang). Terdapat juga bab berkaitan dengan sejarah Islam, ilmu tauhid, al-Quran, kejadian alam, perniagaan, mengenai kejadian manusia dan fungsi tiap-tiap jenis tumbuhan. Bahagian ini adalah meliputi halaman 41 hingga halaman 79 serta melibatkan bahagian fahrasat iaitu tujuh muka surat lagi dihuraikan dengan jelas Dalam aspek kedua pula kajian dilakukan dengan melihat aspek sejauhmanakah ianya dapat memberikan pengajaran dari segi keagamaan dan juga kesusasteraan. Kedua-dua eleman ini sebenarnya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dilihat dari segi keagamaan contohnya banyak perkara yang positif yang dapat diambil iktibar oleh para pembaca, antaranya ialah sikap menghormati, menghargai, amanah, ikhlas, tanggungjawab dan perana setiap manusia terhadap khalik-Nya. Pengarang menggunakan gurindam sebagai meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati Al-Hassan, tindakkannya itu pula sebenarnya melahirkan satu bentuk sastera lisan idak dijangkakannnya telah dilakukan tanpa disedarinya. Perincian juga cuba dilakukan oleh pihak pengkaji dengan meneliti, sejauhmanakah dapat dikatakan bahawa HNLMM ini mempunyai fungsinya sebagai sebuah teks perubatan. Analisis dan perincian dibuat dari aspek yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri dari segi pemakanan yang elok, jenis-jenis-jenis penyakit, perincian kepada beberapa jenis penyakit, punca-punca datangnya penyakit melarat, cara mengetahui penyakit seseorang, mengenali darah dan muntah, penggunaan tumbuhan dalam perubatan tradisional, sukatan yang digunakan, perincian kepada anggota manusia, pantang larang dan kesan-kesan menahan diri dalam melakukan perkara-perkara yang berkenaan. Bahagian Fahrasat" sebagai memudahkan rujukan kepada penjenisan penggunaan tumbuhan terhadap sesuatu jenis penyakit. HNLMM ini bukan hanya sebuah manuskrip yang menyentuh perkara yang khusus, tetapi di dalamnya terkandung ilmu berkaitan agama Islam juga perubatan yang memaparkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional khususnya.

Creator

Noorita Mohd Bahar

Source

PL5065 UM 2008 NOOMB

Date

2008

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation