Syair si burung nuri dan Syair ikan tambra : transliterasi dan analisis teks

Dublin Core

Subject

Syair si burung nuri--Criticism, Textual
Syair ikan tambra--Criticism, Textual
Folk poetry, Malay--History and criticism

Description

Abstrak

Kajan ke atas manuskrip Syair Si Burung Nuri (SSBN) dan Syair Ikan Tambra (SIT) ini melibatkan tiga aspek penting, iaitu transliterasi teks, analisis struktur, dan juga analisis nilai budava. Transliterasi teks melibatkan kerja mengubah bentuk teks asal SSBN dan SIT, jaitu daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan Panduan Transliterasi Huruf Jawi Ke Huruf Rumi (1988). Sementara analisis struktur melibatkan komponen yang membina teks seperti plot, tema, watak, dan perwatakan, latar, dan gaya bahasa dengan menggunakan pendekatan struktural. Analisis nilai budaya dibuat berdasarkan hasil penelitian struktur teks untuk melihat tanggapan, pemikiran, perasaan, kepercayaan, serta adat kebiasaan masyarakat dalam SSBN dan SIT, khususnya terhadap cinta. Hasil daripada transliterasi menemukan beberapa perkataan lama yang jarang digunakan, malah hampir tidak kedengaran pada zaman ini seperti ningsun, "cerana', "mengerna", "rum-rum", dan "mejelis". Di samping itu, terdapat juga bait yang tertinggal dalam beberapa rangkap syair, khususnya dalam SIT disebabkan oleh kecuaian penyalin semasa menurunkan semula teks tersebut. Dari segi struktur pula didapati bahawa secara umumnya terdapat persamaan dari segi plot, tema, jenis watak, dan gaya bahasa dalam $SBN dan SIT. Hal ini demikian kerana kedua-dua buah syair tersebut tergolong dalam jenis yang sama, iaitu syair kiasan dan juga ditulis pada waktu yang sama - sekitar tahun 1800. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi perwatakan tokoh dan latar, khususnya latar tempat (latar masa dan latar masyarakat tidak berbeza). Perbezaan dari segi perwatakan tokoh adalah disebabkan oleh kreativiti pengarang dan plot cerita yang berbeza, manakala perbezaan dari segi latar tempat disebabkan oleh keperluan untuk menyesuaikan watak dengan tempat tinggalnya - burung dan bunga hidup dan tumbuh di darat bagi SSBN; manakala ikan hidup dalam sungai, laut, atau dalam air bagi SIT.

Creator

Hasrina Baharum

Source

PL5065 UM 2005 HASB

Date

2005

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation