Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes : pantai timur

Dublin Core

Subject

Textile fabrics--Case studies--Malaysia
Malays (Asian people)--Clothing

Description

Abstrak

Seiak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup; sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai Timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persalinan sepertimana dihuraikan di dalam bab 2 dan 3. Berdasarkan hasil kajian, tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melalui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempurnakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan dalam bab 4 dan terdapat berbagai faktor diperincikan lagi dalam bab 5 bagi membuktikan mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adalah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilai-nilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.

Creator

Maziah Ab Rashid

Source

PL5065 UM 2005 MAZAR

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation