Nyanyi Sunyi Amir Hamzah : analisis runtutan

Dublin Core

Subject

Hamzah, Amir, Teuku, 1911-1946. Nyanyi sunyi
Malay poetry--History and criticism

Description

Abstrak

Disertasi ini cuba melihat aspek runtutan berdasarkan konsep primer dan sekunder dengan menggunakan kerangka kajian Beaugrande dan Dressler (1981) dengan pindaan. Selain itu, pentakrifan makna teks pula dilihat berpandukan kerangka fungsi bahasa Liya 'Budu yang dikemukakan oleh Sanat (1998). Bab 1 merupakan bab pendahuluan. Dalam bab ini terkandung latar belakang kajjan, tujuan, skop, kaedah dan bahan yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep penting dalam kajian juga diperkenalkan. Bab 2 berkisar kepada latar belakang Amir Hamzah, penulis teks Nyanyi Sunyi. Pengetahuan tentang latar belakang keluarga dan pendidikan yang diterimanya dianggap penting kerana telah membentuk keperibadian mulia yang tertanam di dalam jiwa beliau sehingga lahirnya puisi-puisi yang bernafaskan ketuhanan. Maklumat ini juga dapat membantu pembaca menyelami suara hati Amir Hamzah. Bab 3 mengupas kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dihuraikan konsep-konsep penting wacana dan runtutan secara mendalam. Empat model runtutan dibincangkan, iaitu Model Runtutan van Dijk (1977) dan V (1985), Model Runtutan Beaugrande dan Dressler (1981) dan Model Runtutan Glauner (1984). Turut dibincangkan ialah Fungsi Bahasa Liya' Budu yang dikemukakan Sanat (1998) dalam Teori Atgakum. Di hujung bab ini dinyatakan pendekatan yang dipilih untuk kajian, iaitu pendekatan Beaugrande dan Dressler (1981) dengan sedikit pindaan dalam kerangka fungsi bahasa Liya' Budu Sanat (1998). Bab 4 merupakan bab analisis, pemaparan dan perbandingan data. Dalam bab ini, analisis runtutan sajak dibuat berdasarkan 4 jenis konsep primer dan 34 jenis hubungan dalam konsep sekunder. Dipaparkan juga analisis perbandingan teks, jenis-jenis objek, objek sebagai lambang dan gabungan dua konsep yang membentuk metafora. Perbandingan makna teks juga dilihat dan dibuat enam rumusan gagasan idea yang ingin disampaikan penyair secara keseluruhannya. Bab 5 merupakan bab penutup. Rumusan keseluruhan kajian dimuatkan dalam bab ini. Dikemukakan juga cadangan kajian pada masa akan dating untuk memperkayakan lagi khazanah kajian bahasa Melayu di negara ini khususnya.

Creator

Siti Norngaliah Mohd. Salihin

Source

PL5065 UM 2004 SITNMS

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation