Perbicaraan di mahkamah syariah : suatu analisis

Dublin Core

Subject

Negeri Sembilan. Jabatan Kehakiman Syariah
Judgments (Islamic law)--Negeri Sembilan

Description

Abstrak

Bab 1 merupakan pengenalan awal yang meliputi konsep dan sejarah perkembangan wacana. Bahagian ini juga menyentuh tentang latar belakang beberapa Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan, tujuan dan masalah kajian. Teori yang dipraktikkan dalam analisis kajian ialah teori Dell Hymes (1974), iaitu "Penutur dan Pendengar, Tajuk, Lokasi, Tujuan dan Saluran/Cara Penyampaian)". Selain itu, pendekatan sosiolinguistik dan komunikasi digunakan kerana wacana perbicaraan bersifat wacana lisan. Kepelbagaian corak komunikasi dan perbezaan latar belakang pemeran menyebabkan pendekatan ini relevan dan praktikal. Bab 2 analisis berkisar tentang teknik-teknik yang digunakan oleh pemeran dalam usaha mencapai matlamat masing-masing dalam perbicaraan. Terdapat tujuh kepelbagaian teknik yang digunakan. Berdasarkan analisis, semua teknik dianggap penting walaupun mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Di dalam Mahkamah Syariah yang dikaji, aspek utama yang dilihat ialah keberkesanan teknik-teknik tersebut untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada individu yang terlibat. Bab 3 tertumpu kepada aspek kebahasaan yang wujud dalam komunikasi. Ragam bahasa yang digunakan oleh pemeran dikaitkan dengan falktor kekuasaan yang ada pada seseorang. Selain itu, corak komunikasi yang pelbagai telah mewujudkan beberapa gejala bahasa yang menarik, seperti bahasa pasar dan campur kod. Walaupun perbicaraan di mahkamah bersifat formal, namun adakalanya komunikasi yang berlangsung tidak menggambarkan situasi sebenar. Aspek kesopanan dalam komunikasi dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4. Kesopanan bukan sahaja dilihat dari sudut kebahasaan tetapi juga sudut intonasi dan gerak-geri. Enam strategi komunikasi yang menandakan kesopanan telah diterapkan dalam data perbicaraan. Secara langsung, teori Dell Hymes (1974) dipraktikkan secara menyeluruh dalam bahagian ini. Berdasarkan kajian, kesopanan dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah sentiasa terkawal oleh pemeran yang mempunyai kuasa. Bab 5 merumuskan semua dapatan kajian yang telah dibuat dalam keseluruhan bab. Setiap analisis memberikan hasil yang berbeza-beza kerana peristiwa bahasa di dalam mahkamah tidak sama dengan peristiwa bahasa yang lain. Teori dan pendekatan yang digunakan mampu mengupas setiap persoalan dan relevan untuk disesuaikan dengan data perbicaraan di dalam Mahkamah Syariah.

Creator

Rohaidah Haron

Source

PL5065 UM 2004 ROHH

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation