Dayang Kak Nun : analisis perbandingan teks dari aspek intrinsik dan kepengarangan Melayu

Dublin Core

Subject

Dayang Kak Nun--Criticism, Textual
Folk literature, Malay--History and criticism

Description

Abstrak

Sastera rakyat, atau sastera lisan merupakan bentuk kesusasteraan awal yang lahir dalam semua kebudayaan manusia. Biarpun tradisi tulisan Sudah diperkenalkan dalam masyarakat Melayu di nusantara, namun sastera lisan masih tetap berkembang juga dengan pesat dalam masyarakat Melayu tradisional. Kajian terhadap sastera lisan telah dimulakan oleh sarjana-sarjana Eropah sejak abad ke-17 dan ke-18 Masihi namun di nusantara perhatian terhadap sastera lisan bermula sejak zaman penjajahan di sekitar awal abad ke-19 dan 20. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan kepada dua buah teks cerita penglipur lara yang dtuturkan oleh tukang cerita yang sama iaitu Puan Fatimah bt.Musa. Manakala teks yang ikaji pula berdasarkan transkripsi yang dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamid ( 1966 ) dan Dr. Zahir b.Ahmad (2002 ). Objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan dan persamaan antara teks dalam penceritaan cerita penglipur lara Melayu dan konsep kepengarangan tukang cerita Melayu. Pengkaji menggunakan teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dari aspek pengarang untuk melihat keupayaan dan kewibawaan pengarang Melayu dalam kerja-kerja kepengarangan . Manakala dari segi pendekatan pula, pengkaji menggunakan pendekatan vang dibawa oleh Rene Welleck dan Austin Warren untuk melihat dari aspek intrinsik. Hasil penelitian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kedua-dua teks tersebut telah membuktikan bahawa cerita penglipur lara bukanlah suatu yang statik manakala pengarang Melayu pula adalah manusia yang luar biasa. Dengan ini teori kepengarangan Melayu yang dicetus oleh Muhammad Haji Salleh dalam teori Puitika Sastera Melayu amat relevan digunakan dalam penelitian terhadap sastera lisan.

Creator

Mohamad Hanifah B. K. Koya Moideen Kutty

Source

PL5065 UM 2004 MOH

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation