Pendidikan moral untuk kanak-kanak : kes teater "Siti di Alam Fantasi"

Dublin Core

Subject

Moral education (Early childhood)--Malaysia
Children's theater--Malaysia--Social aspects

Description

Abstrak

Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap pendidikan moral untuk kanak kanak yang diteliti melalui satu persembahan teater muwzikal kanak-kanak jaitu persembahan teater Siti di Alam Fantasi (SDAF). Penelitian dibuat berdasarkan kepada dua sudut utama dalam menilai sesebuah teater iaitu daripada sudut skrip dan juga persembahan. Aspek skrip yang terdiri daripada tema, plot, watak dan dialog serta aspek persembahan yang terdiri daripada kepelbagaian elemen kekaguman, dilihat mampu untuk menyerlahkan nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarahnya. Di sebalik pementasan teater SDAF sebenarnya tersirat berbagai unsur pengajaran yang merangkumi nilai-nilai murni seperti nilai kekeluargaan, budaya dan agama serta etika dalam perhubungan, baik sesama manusia, hubungan manusia dengan alam mahupun hubungan manusia dengan perncipta. Pengkaji melihat usaha yang dilakukan oleh penulis skrip dalam merealisasikan sebuah karya dalam berntuk skrip kepada sebuah persembahan teater sebagai suatu usaha yang positif ke arah mengembangkan ilmu teater dari peringkat awal lagi. Kemunculan teater ini yang juga telah mencatat kutipan box office di Istana Budaya seakan memberi nafas baru kepada bidang teater kanak-kanak untuk diperkembangkan lagi setelah sekian lama diabaikan. Kekreatifan pengarah dalam memanfaatkan aspek audio visual yang canggih dalam mementaskan teater ini telah berjaya menarik minat audien, khususnya kanak-kanak. Justeru, pengkaji melihat kekuatan kedua-dua aspek ini iaitu aspek skrip dan dibantu oleh aspek persembahan dalam meneliti nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarah teater ini dengan lebih berkesan. Tanggapan bahawa teater SDAF sekadar sebuah teater muzikal kanak-kanak yang berbentuk hiburan semata-mata harus disangkal dan dibuktikan dengan menyelami dan meneliti secara terperinci mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah teater ini.

Creator

Maizira Abdul Majid

Source

PL5065 UM 2004 MAIAM

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation